Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!
Travel

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

Bagi mereka yang dah dapat bonus dan nak pergi bercuti tu, plan betul-betul cuti anda ye? Bagi mereka yang tak tahu lagi nak pergi mana sebab bimbang nak cari halal food tempat solat dan sebagainya, apa kata anda ke Tokyo, Jepun.

Serius cantik dan menarik sangat especially pertengahan bulan Mac hingga awal April adalah Musim bunga Sakura mekar berkembang.

KE TOKYO, JEPUN JOM!!!

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Ramai yang tertanya-tanya kan kenapa Tokyo, Jepun? Okay Jepun adalah sebuah negara yang sangat maju. Sejarah mereka pun sangat unik. Hanya di Jepun ada samurai ye?

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Bahkan budaya dan amalan tradisional di negara mereka masih kekal hingga ke hari ini.Negara matahari terbit terbit ni, memang wajib anda kunjungi at least sekali seumur hidup sebab ketinggian budaya, disiplin dan kemajuan negaranya mampu memberikan persekitaran positif pada diri.

KEMUDAHAN MESRA MUSLIM!

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Bagi kita yang Islam ni mesti la nak ada kemudahan tempat solat dan juga makanan halal. Baru la percutian tu jadi lebih bermakna. Tak gitu? Barulah bermakna percutian tu!

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Sebenarnya dekat area Tokyo sahaja ada lebih kurang 15 buah masjid dan surau ya. Banyakkan? Antaranya ialah Dar al-Arqam masjid, As-salaam Masjid, Shin Okubo Musallah, Internatioanal Passenger Terminal, Tokyo Camii Turkish Culture Center, Takashimaya Shinjuku Store dan banyak lagi. Jadi nak solat bukan satu masalah lagi. Bercuti… tu bercuti jugak tapi solat kena la buat ye…

BANYAK TEMPAT MENARIK!

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Dekat Tokyo ni ada banyak sangat tempat menarik. Macam-macam anda boleh buat dekat sini. Tambahan pula, bila tiba musim bunga sakura. Antara aktiviti yang anda tak boleh lepaskan ialah menaiki bot kecil sambil menikmati pemandangan bunga sakura yang cukup menawan dan cantik. Jangan bimbang, akiviti ini selamat dilakukan walaupun, anda ada anak kecil… Cuma kena pastikan anda tak leka dan sentiasa mengawasi pergerakan anak anda.

BACA:  Merasai Apa yang Kyoto Tawarkan Dengan Jadual Perjalanan Mesra Muslim 3H2M ini

Kalau rasa nak cari sedikit hiburan, anda boleh ke Disneyland atau Disneysea Tokyo. Macam-macam karakter Disney anda boleh jumpa dekat sana. Taman tema yang terbahagi kepada 7 bahagian ni sangat luas dan ianya merupakan Disneyland kedua yang dibina pada tahun 1983  setalah Disneyland pertama ditubuhkan di Anaheim, California pada tahun 1955.

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Tokyo jugak ada banyak taman rekreasi dan tempat beriadah yang bersih dan sesuai dijadikan tempat berkelah antaranya ialah Shinjuku Gyoen National Garden dan Yoyogi Park.  Yoyogi Park dekat dengan Meiji Shrine! Cantik kawasannya. Dekat sini kalau musim bunga sakura memang sesak sangat tempatnya.

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Anda jugak boleh melawat ke Tokyo Senso-ji, Temple di Asakusa. Kuil ni merupakan kuil tertua di Tokyo tau!kedua-dua taman ni memang banyak sangat pokok bunga sakura terutamanya, di Shinjuku Gyoen National Garden. Taman ni memang popular dengan kecantikan landskap dan keindahan bunga sakuranya.

HALAL FOOD HUNTING

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Dah penat-penat jalan mesti la kita nak makan kan? Rugilah kalau kita melawat negara orang tapi tak rasa keenakkan masakan tradisional mereka. Inilah masa untuk memburu makanan! pertama, dekat Tokyo memang banyak sangat kedai makanan yang halal cuma kena pandai cari la.

 

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

 

Antara kedai yang wajib anda try adalah Sumiyakiya, Shinjuku Gyoen Ramen Ouka, Stone Grilling MOKUSHUNDO, AYAM-YA, Al-Mina, Aladdin, Halal Ramen Honolu Ebisu dan banyak lagi.

 

PENGINAPAN YANG HEBAT!

Jalan sudah, Makan pun sudah… So dah tiba masa check in hotel pulak. Bagi kita yang muslim ni better cari hotel yang sediakan tempat solat dan ada tawarkan makanan halal.

Admin cadangkan beberapa hotel yang admin rasa memang okay sangat kalau anda nak menginap. Harga pun boleh berpatutan la untuk kita antaranya Keio Plaza Hotel Tokyo, The Prince Park Tower Tokyo, Hotel Marutani, Sakura Hotel Hatagaya dan Shibuya Servised Apartment.

BACA:  Panduan Perjalanan Mesra Muslim Ke Korea Selatan – Insadong, Seoul

Apa-apa pun pastikan anda plan berul-betul percutian korang. Jangan minit terakhir dah ada di Jepun baru nak plan nanti kelaut plak cuti tu. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Tokyo, Jepun apa kata korang ke page Tokyo Tourism. Pelbagai maklumat ada disitu.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri suasana dimana yang lama bertemu dengan sesuatu yang baru, kesenian bertembung dengan kebudayaan tradisonal dan bagaimana elemen pemodenan tidak memakan pemeliharaan alam sekitar yang rancak berlangsung. Inilah Tokyo, bandar dimana keindahan keseluruhan Jepun dapat dihayati dan dinikmati oleh semua.

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *