Ali bin abi talib pernah berkata “janganlah engkau mengatakan sesuatu yang engkau sendiri tidak suka mendengarnya jika orang lain mengatakan kepada engkau”.Kata-kata mutiara ini apabila kita renungkan kembali ianya sangat berkait rapat dengan cara kita berkomunikasi dalam kehidupan seharian.Setiap hari, kita pasti akan berinteraksi dengan ramai orang sama ada bersama keluarga,kawan-kawan mahupun kenalan yang baru kita kenal.
Al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk bagi manusia memahami tanggungjawab dirinya diciptakan di atas dunia. Dengan Al-Quran, manusia boleh menjumpai makna dan sebab mengapa dirinya bernyawa setiap hari. Dengan Al-Quran juga, kita tidak hilang arah apabila ujian hidup datang menimpa.
Hari Hisab ialah suatu hari di akhirat kelak di mana segala amal manusia akan dikira, diaudit dan diberi balasan. Tidak ada satu pun amalan yang akan terlepas daripada perhatian dan pengetahuan Allah.
Setiap kehidupan di dunia ini pasti mempunyai tarikh luput. Apabila sampai masanya, pasti tarikh itu akan datang dan menamatkan kehidupan tersebut. Begitu juga dengan manusia yang akan mati.
Kisah Nabi Adam AS dan pasangannya Hawa memakan buah yang dilarang dalam syurga ialah kisah zaman-berzaman yang diimani oleh umat Islam. Dalam kisah ini, dipaparkan bagaimana syaitan menghasut Nabi Adam dan Hawa untuk makan buah yang telah dilarang oleh Allah SWT.
Ujian boleh menimpa manusia dalam keadaan yang disangka atau tanpa disangka-sangka. Tetapi yang lebih memberi impak pastilah suatu yang tidak kita jangka akan terjadi, yang boleh membuatkan seseorang terkaku dan terbungkam – terjatuh tangga, kematian yang tiba-tiba atau hilang duit dari bank tanpa sebarang notis transaksi.
Bila agaknya kali terakhir kita membaca Al-Quran? Semalam, kelmarin, minggu lepas, bulan lepas, Ramadan lepas atau sudah tidak ingat bila.