Akidah

Ilmu saka rosakkan manusia

IKHTIAR…apabila mendapat tahu diri atau ahli keluarga mewarisi saka segera dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam.

SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.

Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

BACA:  Pergaulan bebas hampiri zina

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.

Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.

“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.

“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

BACA:  Doa Rasulullah mohon pertukaran arah kiblat dimakbulkan

“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.

Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.

“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.

“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.

Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.

“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.

“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.

Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.

BACA:  Bagaimana cara berzikir ketika sibuk bekerja?

“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.

“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.

Petanda seseorang mempunyai saka:

Gejala waktu tidur

  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala waktu jaga

  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

86 Comments

  1. mintak izin copy to my FB. tq..

    1. salam…ana nk bertanya,selepas menyambut syawal 1434 pada 1 syawal,ana rasa xbrapa slesa ngan diri saya,ana ada terbaca tentang gejala waktu tidur dan gejala waktu jaga…selepas di fahami ana tngok ada bbrapa prkara yg sama dgn apa yg trjadi pada ana yg lepas,ana ada pergi pusat rawatan islam,katanya ada gangguan,dan katanya dah xdpat nk mngislamkanya,hanya 1jln katanya iaitu bunuh dgn ayat alquran…sekarang ana dah hampir pulih,tpi bila ana nk buat amalan yg di tuntut,ana jadi malas,sakit sendi2 yg membuatkan saya mengantuk…boleh terangkan langkah2 seterusnya utk menghalang perbuatan syaitan

      1. makhluk setan saka tu perawat tu tak leh bunuh mati.. ia jg tidak boleh diIslamkan(setan mana masuk Islam), perawat tu cuma letak kat tmpat lain je…
        sian adik kena tipu ngn perawat tu..

        kena buat rawatan lain.. yg boleh matikan saka(andainya ia saka)..atau apa sj makhluk yg menganggu adik..

  2. saya nak tanya, ada kawan2 saya yang percaya ada batu cincin yag bole wat kite kebal/kaya…adakah percaya sesuatu macam tu juga dikira syirik ataupun ia dikira sebagai mempercayai sesuatu yang ghaib?

    1. mempercayai batu cincin atau batu geliga ajaib ada power (mnjadikan kita kebal ) adalah syirik. hanya Allah yg ada Power. tp mempercayai batu tersebut boleh mendatangkan kekayaan adalah harus, itu pun kalau anda ada ayat power yg boleh mempengaruhi org yg gila power utk membelinya. taruklah harga seribu ke sejuta ke, lg power ayat anda lg mahal org sanggup bayar. pikirlah sikit, org yg jual batu cincin yg mendakwa batu tersebut dpt memberi itu ini tp dia sendiri bertahun mengembara dari satu tempat ke satu tempat menjaja barang yg kononnya ada kuasa sakti…. hohoho…. dunia, dunia….

      1. Saya amat suka dgn kenyataan anda..Bagus…

      2. manusia yang terlalu mencintai dunia, nilah akibatnya sehingga lupa akan kemurkaan Allah. banyak benda2 macm ni berlaku, cuma kekadang belum bijak untuk melarang atau memberi pandangan serta nasihat, mungkin kurang ilmu dakwah tu.

    2. syirik..hanya ALLAH yg MAHA Berkuasa.lebih baik tinggalkan untuk menjaga akidah dan iman.

  3. salam.saya nk tnya.saya ad kenalan,terdapat gejala2 yg dpaparkn d atas wlaupu tdak semua ad.yg paling sya perasan ialah sewaktu tido dia akn lgakn gg.adkah dia juga ad saka.yg sya dapat thu ibunya bru pass away dan ad saka.dan katanya saka arwah sudah tiada(dibuang tanpa pewaris).cuma nak pastikan yg dia btul2 xmenurun saka i2.terima ksih..

    1. kena la scan dulu kalu nak tahu kenapa, gigi nya berlaga masa tido..

  4. Salam,saya nak tanya apakah bacaan atau ayat orang sihir terhadap kita

    1. org buat sihir kat kita x semestinya baca2, bagi makan minum pun blh kena jugak

    2. terpulang kpd apa yg diamalkan oleh org tersebut..
      mgkn suatu mentera. mgkn ayat Qur’an. mgkn campuran dari mentera dan ayat al-Qur’an.. yg ditiup melalui angin.

      mgkn sesuatu bahan yg sudah dipuja atau dibacakan mentera diberi melalui makanan atau minuman..

      atau mgkn sapuan myk dagu(menjadikan seseorg tunduk atau terlalu kasih). atau myk dagu yg dicampurkan dlm makanan atau minuman(menjadikan seseorg tak siuman kerana asyik teringat)..

      mgkn jg saka yg di hantar..dll

    3. melalui pemakaian produk2 spt air minuman, losyen, myk wangi, sabun mandi etc yg telah dimenterakan atau dibacakan ayat qur’an namun dgn prosedur ilmu sesat/ilmu sihir contohnya dgn menggunakan ilmu pati geni, pun mewujudkan makhluk setan

  5. sekarang ni, banyak betul kes-kes yg berlaku akibat gangguan saka adakah sebab anak-anak kita terlalu banyak didedahkan dengan cerita seram baik di TV atau di p.wayang?

    1. ank2 sy sngt suka cerita2 seram kat tv. tp x de plak dia rasa takut nak ke bilik air sorang diri walpun waktu mlm. ank pompuan sy pernah tinggal di asrama sejak tingkatan 1 hingga 5. walpun kwn2 sebilik ke tandas beramai2 namun beliau hanya seorg diri ke bilik air. sy tanya tak takut ke? beliau jwb kan abh dah pesan kalau terserempak dgn hantu terus cakap jangan ganggu ini anak abh nanti abh bg pelempang kang. alhamdulillah 7 org ank2 sy setakat ini blm pernah mengalami ketakutan akan perkara2 tersebut walpun pernah diganggu (maklumlah dia org ni mmg wujud). yg pentingnya kita kena sentiasa berdoa minta pertolongan, perlindungan dan bantuan dpd Allah Yang Maha Kuasa, krn Dia tak pernah malas untuk membantu dan melindungi hamba Nya. Yakinlah sepenuh hati kpd kuasa Nya. Hanya Allah berkuasa, makhluk tiada kuasa. cerita seram kat tv pun x de kuasa nak menakutkan bdk2 yg semakin cerdik hari ini. wallahu ‘alam

    2. hahhaha..saka dah wujud sblom ada tv lagi..

  6. Sepatutnya mereka yang mengamalkan perubatan Islam ini tidak mengenakan bayaran yang tinggi, memadailah seikhlas hati orang yang berubat untuk memberi. Ilmu yg diperolehi adalah ilmu Allah, tidak patut dijual beli. Ramai orang tidak mampu untuk berubat kerana harga yang ditawarkan agak tinggi.

    1. org yg dtng berubat pun agak2 lah. sakit dah bertahun tak sembuh2, takkan nak ikhlaskan RM10 jer utk ustaz pd hal utk doktor beribu pun tak pernah berkira. ustaz pun bkn dpt ilmu free disamping x tdo mlm beramal, berzikir, bersolat utk memantapkan ilmunya, bknnya ilmu perubatan tu dpt dgn gitu2 jer…..

      1. bagi saya, sbgi pgamal prubatn islam.. x usahlah mengenakan ape2 byaran..ikhlaskan diri kerana Allah utk mbantu pesakit..lagipun kita hanya berusaha yang menyembuhkan tu hanya Allah..bukankah ada pusat prubatn islam y tidak mengambil byaran utk perkhidmatannya..byran hnya utk air minuman (mineral) shja..itu lebih baik.. x kira lah ribuan ringgit kita hbiskan utk dapatkan setitis ilmu ini..kerana, gnjrn Allah itu jauh lebih baik utk kita kelak.. ^_^

      2. sgt setuju. bile ltk seikhlas hati, org amik kesempatan padahal kejenya bkn sng

    2. kenapa pergi berubat ditempat berbayar . Berubatlah dengan cara memohon kepada Allah melalui kaedah dan cara yang tidak menuntut bayaran

    3. haram ke ambil bayaran?
      akak cadangkan org yg tak nak ambik bayaran tu, bira dia sdri yg merawat. nak tgk bgm..

      ikhlas atau tak krn Allah bkn terletak kpd bayaran. tapi masa lakukan rawatan.. ada jgk perawat yg tak ambik bayran, namun, dia dh buat perjanjian dgn setan, akan meng-assignkan seekor setan utk setiap pesakit yg dia rawat.. hah! nakke?

      bayaran, bkn kerana membayar ilmu yg kita dpt dr Allah. tapi bayaran adalah utk perkhidmatan yg kita beri.. cgu2 beri perkhidmatan, doktor2 beri perkhidmatan.. dsb.. nak free, buat sdri..

      bayaran yg mahal, tgk pada tahap sakit pesakit..kalu sakit yg ringan, tak perlukan bayaran mahal. tapi kalu pesakit kronik, dan cara rawatan pula memerlukan menggadai nyawa perawat, itu kena persetujuan kedua2 belah pihak..

  7. sy nak kongsi..arwah ayah sy baru meninggal dunia bln oktober lepas. sblm tu dia mmg skit d bbrp bhgian tubuh(kaki, tangan
    etc-mcm tnda2 kat ats) mule tu kmi xtau, just hntr p hsptl smpi dia kna thn..tap ada jg berubt kg (rmi kt arwh kna buatan org)
    tp alhmdulillah sblm dia mnggl kakak sulung bw berubt ngan sorg ust n kt dlm bdn arwh ada saka yg ganggu(da kluarkn sblm dia mninggal)..tp sy yakin ayah sy x penah bela (kmi mmg tau arwah atuk ada saka) sbb arwah ayh mmg org yg kuat ibdt, n mmg xde amln2 yg pndi mgubt org ke..bile sy bc buku ust.sharhan, saka akan turut mganggu org2 yg baik n dkt dgn Tuhan.. dulu arwah ayah slalu cite dia slalu mimpi lwn ngan jin tp dia menang. sy sgt yakin yg arwh ayah x warisi saka tu. n arwah pergi tinggalkan kmi di petang Jumaat dgn tenang wpun sy xde d cc dia ms dia pergi..:(…

    1. walaupun perawat kata saka dh dibuang, anda sekluarga perlu discan jg, manatau, sak tu cuma pergi utk suatu tempoh yg dipersetujui shj..kmdian bila tempoh tersebut tamat, ia akan dtg lagi..

  8. salam saudara…berdasarkn pengetahuan sy,..mempercayai cincin itu mampu melindungi kita,membawa tuah dan sebagainya hukumnya adalah syirik kerana menyekutukan Allah. dimana kita mmpercayai cincin itu mempunyai kuasa untuk melindungi kita walhal Allah lah yg menjadikan kita,melindungi kita,dan rezeki juga datang drpdNYA..
    Wallahualam…

    p/s:sekadar untuk berkongsi sesama saudara..:)

  9. Barakallah Ahsanul Khaliqeen..

  10. Semoga Allah melindingiku drp perkara2 yg memesongkan akidah.Naudhubillah.

  11. gelaja saka… kalau secara xsedar… tetapi mempunyai gejala diatas… adakah itu dipanggil saka? walau pun bukan keinginan kita?

    1. salam.. sy juga mengalami gejala saka seperti di atas.. sy juga sering mengalami sejuk pada bahagian tapak kaki sehingga paras buku lali.. atas bhgn buku lali, berada pd suhu kulit biasa. (sejuk seperti kaki memijak ais).. terlalu sejuk.. pernah berubat tp kembali pada keadaan asal selepas 2 minggu.. jika mengikut perubatan moden, sy dikatakan mengalami peredaran darah yg tidak betul.. jika mengikut perubatan tradisional, terdapat ‘benda’ yg ingin ‘berkawan’ dg sy. perkara ini berlaku sejak sy berada di sekolah rendah lagi.adakah sy pewaris saka?saka yg tak pernah sy inginkan..

    2. suka atau tak, ada saka tu peduli?
      sb tu kita kena check samada terdapat saka pd kita.. tak kira la samada kita jahil atau alim.. saka boleh pilih sesiapa shj yg ia suka dok menempek dlm kluarga..lagi besar sesuatu kluarga, lagi byk pilihan..

      lagi ganas saka(saka yg dipuja sb tuannya pernah menjamu makhluk peliharaannya masa idupnya), lagi teruk kesannya..

  12. saka atau “pusaka” iaitu warisan tinggalan nenek moyang, sudah pastinya perlu pewaris, jadi… ada cara untuk menghancurkan saka ini, iaitu dengan berubat secara islam… InsyaAllah, dengan izin Allah, kita akan terkeluar dari dikelubungi harta pusaka ini!

  13. Salam, saya ingin bertanya mengenai kehilangan duit dirumah, kehilangan duit melibatkan semua ahli keluarga yg menyimpan duit di rumah, perkara ini sudah berlarutan bertahun2, kejadian ini bermula dr rumah mertua sy, sudah bermacam2 cara ikhtiar utk menyekat dr duit hilang seperti jampi pagar keliling rumah, simbah air jampi, sembahyang hajat dan mcm2 lg, namun masih lg berlaku, lg merungsing kejadian kehilang duit ni berlaku jugak di rumah sy yg jarak agak jauh dr rmh mertua, bru2 ni ayah mertua sy berubat skl lg dan jawapan yg di beri dr bomoh tersebut ialah perkara ini dtg dr saka nenek moyang dan duit tersebut dibuang kelaut, yang sy muskil makhluk apa yg ambil duit dan mcm mana berlaku..

    1. ke jalanMu ku berserah

      Ikhlas lah dgn tujuan kita. baca surah Al-ikhlas 7x, surah An-nass 7x, surah Al-falaq 7x. bacalah di awal pagi selepas sembahyang subuh, semoga kita di lindungi dari kejahatan jin mahupun manusia.

    2. yg ni kena scan..

  14. Assalamualaikum w.b.k.t..
    Saya ingin merujuk kepada mana ustaz tentang hal saka.. sebenarnya saya cuma mengesyaki diri saya terlibat berdsarkan keturunan saya. beberapa petanda seperti di ats juga pernah saya alami. Betul kah ‘saka’ ini juga boleh menyebabkan kemusnahan Rumahtangga.. harap dapat penjelasan ustaz.. terima kasih.

    1. bkn hanya kemusnahan rumahtangga, rezeki sempit, hidup yg porak peranda dan kucar kacir.. seluruh kluarga..

      kalu saka ialah hantu raya, ia akan mendatangi isteri spt siisteri adalah isteri ia.. dan isteri mmg tak akan suka kpd suami(tak layan nafkah batin) dan suami pun tak akan suka kpd isteri..

  15. saya nak tanya…ustaz saya pernah sakit akibat terkena santau orang yang menyebabkan tubuh badan saya lumpuh sebelah badan kanan,syukur alhamdulillah dengan kaedah perubatan islam saya sembuh dengan izinNya.Tapi persoalannya sekarang nie,selepas saya sembuh..masalah saka nie pula yang menganggu…kadang2 saya hampir putus asa,mengenang nasib diri…tolonglah ustaz macam mana saya atasi masalah ini

    1. ke jalanMu ku berserah

      Yakinlah kemana jalan yg kita pilih. sentiasalah mengingati Dia. tiada apa yg lbh berkuasa melainkan Dia.

    2. kena berusaha utk dirawat…

  16. salam. saya adalh salah seorg yang mempunyai saka. Saya dapat setelah arwah atok dan nenek saya meninggal dunia slepas saya mula banyak beramal. Arwah datang dalam mimpi selama 6 bulan sebelum dia datang dalam keadaan saya separuh sedar. Arwah datang dan membawa bsama saka harimau untuk di berikan kpd saya. Saya ada 3 ekor harimau saka. dan selepas itu saya x pernah lg bermimpi arwah seperti sebelumnya.

    Saya memang ada kelebihan merawat seseorng sebelum saya dapat saka lagi tanpa saya sedar. tetapi setelah saya mendapat saka ini, saya mempunyai kelebihan yang lebih ketara seperti dapat melihat gambaran pesakit yang saya ubati atau sesiapa saja yang saya sedang bersama.

    kadang2 saya terdengar satu suara yang mengatakan ttg org itu. dan apa yang dikatakan kpd sy itu benar belaka.

    apabila saya mengubati pesakit pula saya tidak mengamalkan bacaan apaa2 selain minta pada Allah . ketika mengubati org saya akan mengeluarkan suara seperti suara ngauman harimau ” keluarkan angin dari badan seseorg ” tetapi bunyi air yag keluar itu seperti yg saya katakan td seperti ngauman harimau.

    Saya pernah cuban untuk membuang saka ini tapi sehingga kini dia masih ada pada saya.

    Nak minta pandangan sesiapa yang arif.

    1. berusahalah utk dirawati..

  17. Saya nk tanya,SAKA and sihir samakah gejalanya??

    1. lebih kurang je.. sb semua melibatkan setan, jadi yg paling penting aqidah umat Islam diserang..

  18. Salam..
    Adakah kanak-kanak juga boleh menjadi pewaris saka?

  19. saya ad tanda2 sprti yg dinyatakan tp saya x pasti adakah saya sedang diganggu saka.saya pernah mimpi berjumpa dgn ular hitam dan ular putih dan juga berjumpe dgn budak dan bayi.mcm mane saya nk tahu dgn lbih tepat yg saya diganggu saka dan mengelak kn dr diganggu saka?

    1. Assalamualaikum, apa yg saya lihat saudari ada bermimpi ular dan bayi..tu mmg tanda-tanda saka dan jin..saya syorkan saudari cari atau download ayat-ayat ruqyah dan pasang dirumah..sambil-sambil tu cari lah ustaz2 yang bertauliah contohnya darul syifa’ insya-Allah saudari boleh disembuhkan.. ni salah satu website yg saya layari untuk download ruqyah.. http://islamicexorcism.wordpress.com pilih salah satu sihir atau saka dan sebagainya..sort sampai bawah sekali ada ruangan untuk download ruqyah..kalau boleh yang ada sekali dgn azan..selamat mencuba..

    2. tak semestinya saka…scan la..

    3. kalu tak mau saka mengganggu..matikan ia..

  20. askum…
    isteri saya kadang2 tak sedarkan diri,sebelum ia tidak sedarkan diri ada jerr benda pelik,yang sya tau mayat…ada satu masa bila dia tidak sedarkan diri saya tengok mata dia merah…saya baca ayat suci,azan di telinga dia,bleh dia mrah balik malah ketawa…

    apa penyakit yang dia alami tuu yang arif…..???

    1. Assalamualaikum, pendapat saya..isteri saudara mungkin di sihir..cuba lah cari atau download ayat-ayat ruqyah dan pasanglah kat rumah..sambil-sambil tu carilah ustaz-ustaz yangbertauliah untuk berubat.. ni salah satu website yang boleh saudara download ayat2 ruqyah.. http://islamicexorcism.wordpress.com

      Saudara klik mana2 jenis saka, sihir sort sampai bawah..ada ruangan untuk download ruqyah..selamat mencuba..

    2. scan la..
      tak semestinya saka atau sihir.. mgkn ada jin yg berkenan kat dia..

  21. saya cuma nak tahu bagaimana nak mengecam/mengenal muka org yg ada saka, bahasa tubuhnya/mulutnya, serta kebanyakan sosial hidupnya supaya dapat berjaga2 menyediakan diri sendiri drpd diganggu pula

  22. Assalammualaikkum ww. Apabila artikel perihal ” SAKA “..terbaca..saya ingin mengetahui apa beza nya diantara ” SAKA” dengan ” QADAMM ” ? adakah QADDAM di kategorikan dalam status SAKA ? adakah ianya sama ? itu ajer. Salam .

    1. saka ialah suatu makhluk setan yg diwarisi etc

      khadam ialah peliharaan.. wujud dari amalan atau diberi oleh seorg kpd seorg yg lain contohnya tok guru perawat memberi kpd anak murid perawat..ramai jg perawat, pegawai syarie/peguam syarie, ustaz/ustazah yg gunakan khidmat khadam samada utk merawat atau utk memenangi sesuatu kes mahkamah syariah..

  23. saya ingin bertanya, bagaimana jika kita belajar sebuah ilmu yg bisa dikatakan gaib tetapi kita selalu di haruskan mengingat allah swt,
    tolong penjelasannya??

    1. ilmu sesat yg menipu umat Islam..

  24. assalamualaikum….saya cuma ingin berkongsi pasal saka dan sihir. Saya pernah alami kedua-dua ini. Saya pernah berubat dgn bomoh, mcm2 cerita dia bagitau, sampai pecah belah adik beradik. Sudah 3 org ustaz saya dah pergi berubat, cerita dia sama saja,dia org bg mandi dan minum air limau nipis. Alhamdulillah lepas berubat dgn ustaz2 ni keadaan saya semakin baik, tapi masalahnya gangguan ni tak habis juga w/pun dah berkurang. Saya dah tak larat nk pergi berubat..utk rasa hidup lebih selesa saya banyakkan zikir, baca surah albakarah dan buat sembahyang sunat….tapi kalau saya lalai drp membuat perkara2 baik ini, sendi2 saya terasa dicucuk-cucuk terutamanya di bahgian kaki dan jari2 tangan…

    1. pohonlah kpd Allah utk menemui perawat yg boleh membinasakan semua setan2 yg masih menempel kat badan anda..

  25. Assalam,sy nk tumpang tanye..mcmne kite nk tau yang diri kita ade pendamping..??sbb sy sllu ad org ckp kelihatan lain(muka marah,senyum)sdgkan pada waktu sy biasa je…tak ada marah ke apa ke..huhu n now saya selalu mimpi akan Almasih dajjal…sudah 2x kali sy mimpi aknnya..sy dikejar akbt mempersendakannya dan akhirnya sy tersedar…huhu adakah mimpi mmpunyai mksud,..maaf klo soalan sy ni mengarut…huhu trima kasih..

    1. sila scan diri anda..

  26. teks yg bgs utk pengetahuan umum..mintak copy yer utk kongsi ilmu ni dlm blog sy…www.azrulin.blogspot.com

  27. Salam,
    Saya nak minta nasihar dari ustaz. Sudah 2 tahun duit saya selalu hilang dari rumah… saya betul2 musykil.. apa yang saya tahu, arwah bapa mertua saya dulu ada mempunyai saka harimau… tapi tak tahu kenapa mengganggu keluarga saya… bagaimana untuk menyekat dari kehilangan duit.

  28. slm..sye nk tnye kwn sye ni msa dy tdur kn,gigi dy slalu bnyi…kdg2 tu rsa xslesa bla tdur sbelah dy…ust. sye nk tnya mcm mna nk atsi msalah dy tu..arp ust. bleh bg jwpan scept mngkin..trima ksih.

  29. zulkifli yussof

    Bagaimana nak hubungi ustaz ..kerana saya ada kawan yang sekarng sedang sakit menderita ….

  30. Setelah berubat bbrapa tmpat saya dpt tau kami keluarga yg bersaka. Tahun lepas ank ppuan saya 4 bulan x dpt k sekolah. Selepas itu ank lelaki tg 4 pula sudah nk masuk 4 bulan x dpt sekolah kerana bila nak baca buku pelajaran dia akan sakit kepala teramat sangat. Sebelum tu dah melalui pelbagai dugaan sleep walking, dirasuk etc. emak yg dah uzur saya jaga dan mempunyai masalah gangguan juga. Bibik baru yg dtg juga ada masalah gangguan kerana selalu dengar bisikan dan apabila azan ada cecair panas keluar dari telinganya. Semua ni terkumpul di rumah saya. Yg saya bimbang sekarang anak lelaki yg mendapat kputusan cemerlang pmr x dapat ke sekolah (aliran agama).

    1. Assalammualaikum puan. Saya bukan bomoh atau pengamal perubatan tetapi saya pengkaji dan sekarang saya telah mendapat satu cara untuk mengenal pasti kenapa sesaorang itu boleh mengalami penyakit misteri.

      Dalam kajian saya, ada dua punca untuk berlakunya perkara mistik ini pada diri sesaorang dan ia boleh diketahui melalui pengiraan tarikh lahir anda

      1. IKATAN PERKAHWINAN ATAU PERSAHABATAN.
      Adapun dua jiwa yang dilahirkan pada tarikh berlainan oleh ibu
      masing-masing apabila digabungkan maka akan berubahlah watak
      diri anda dan pasangan. Dari gabungan ini ada diantaranya akan
      mewujudkan situasi dimana anda dan pasangan akan mudah
      diganggu jin.

      2. KETURUNAN ( PERCAMPUAN BENIH KETIKA HUBUNGAN
      KELAMIN )
      Kerana sedikit nikmat syurga dunia yang Allah beri kepada
      manusia atau kerana kegelojohan, maka ramai diantara pasangan
      yang bernikah terlupa untuk menitipkan secebis doa kepada Allah
      sebagai perlindungan dari disertai jin atau syaitan ketika menikmati.
      Dengan tanpa memohon perlindungan dariAllah, sudah tentulah
      semasa anda besetubuh tanpa anda sedari maka digandakan oleh
      syaitan akan nikmat itu ( maksudnya syaitan pun menyertai
      persetubuhan ini )
      Apa yang berlaku seterusnya ialah ketika benih lelaki dan
      perempuan disenyawakan maka ditiup oleh syaitan sedikit rohnya
      dan akan hidup bersama benih anda didalam rahim hinggalah
      kelahiran.
      Bila ada roh spesis syaitan, didalam perut pun dah buat hal yang
      macam-macam apatah lagi sesudah lahir.
      Baginilah pendapat saya dan disini saya yakin perkara sihir
      menyihir sebenarnya tidak berlaku tetapi ianya disebabkan oleh
      salah gabungan dan salah sendiri menjadikan anda terdedah atau
      mudah ditpu syaitan
      Wallahhualam

      1. sentot…

        kaji lagi la..baca terjemahan Qur’an.. wujudkah sihir?

        tatau apa2 terus buat kesimpulan..

        byk lagi yg anda kena tau..

    2. scan..mgkn rumah/tapak rumah anda yg ada masalah..

  31. As Salam. Saya ada bermimpi 2 hari berturut-turut berkenaan seorang wanita ingin menyerahkan Ilmu Saka kepada saya tetapi dalam mimpi berkenaan, seorang budak enggan menyerahkan ilmu itu kepada saya. apakah maksud mimpi tersebut? Selang seminggu, saya bermimpi melhirkan seorang bayi (anak) tetapi dalam mimpi tersebut, semua orang tidak percaya bahawa bayi itu adalah anak saya. Apakah mimpi tersebut sinambungan mimpi pertama?

  32. Assalamualaikum.. Saya pernah berikhtiar berubat Dgn seseorang yg mendakwa dirinya sebagai perawat Islam. Beliau menggunakan telur yg digelak gelekkan di badan dan turut membaca garis di telapak tangan. Saya berasa sgt curiga dan takut mensyirikkan Allah. Adakah cara ini syirik atau mengikut syariat. Minta penjelasan.

    1. itu cara melayu kuno

  33. sy da hadap dan sdg hadap saka n sihir dalam pd masa yg sama. 10 thn menderita sakit. skrg ni saka pun blm abis buang dtg plak sihir…..

    1. kesian kpd anda. pohonlah kpd Allah semoga Allah pertemukan anda dgn perawat yg Allah redhai..

  34. Assalamualaikum..saya sering bermimpi menyusukan bayi..ada seseorang yang memberikan bayi lelaki tu kepada saya..kebiasaannya bayi yang saya terima itu tidak berbaju..saya amat kasihan melihat bayi itu yang kelaparan..saya pun menyusukan bayi tersebut sehingga kekenyangan…apakah maksud mimpi saya itu…

    1. menurut yang pernah saya dengar daripada ustaz dato ismail kamus,ustaz kazim elias dan ustaz sharhan shafei maksud mimpi mendapat bayi dan menyusukan bayi adalah ada jin saka yang telah masuk dalam badan orang yang mendapat bayi dan menyusukan tu.wallahualam.

  35. Assalamualaikum

    Bagaimana cara untuk mengetahui seseorang itu di damping Saka?

    Ibu saya mempunyai sifat yg pelik , sering marah dan memaki hamun orang kadang2 tanpa alasan munasabah.

    Ada ketika dia diam dan tak mau berbuat apa langsung . Ada ketika dia terlebih cakap dan kadang2 bercakap sendirian.. Masa ni dia terlebih rajin tapi bersembahyang dengan keadaan yg kurang menyenangkan .

    Ada orang yg mengatakan ibu saya ada saka tpi saya tak pasti sebab saya tak tahu sejarah ibu saya..

    Apa perlu saya buat untuk menyembuhkan ibu saya …………..

    1. g jumpa perawat yg boleh merawat..insyaa Allah..

  36. Bagaimana cara nak buang saka didlm diri seseorang. Kalau disuruh zikir cahaya zikir tak mengalir kedlm roh dan jasad. Jadi dgn kerana itu semestinya ada org yg tahu selok belok utk membantu . Bagaimanakah cara terbaik utk mengeluar saka didlm diri seseorang.

  37. maaf bertanya . saya seringkali bermimpi jatuh dari banggunan yang amat tinggi . bermimpi minta pertolongan tetapi tiada siapa yg dengan . mimpi ini sangat kerap di mimpi . kadang2 kerap menangis dalam tidur .dan ada sebahagia di atas terjadi pada saya . adakah saya juga di duduki saka ? mohon jawapan 🙂

  38. Suami saya dukun.Keluarga saya menghadapi keadaan misteri-penyakit(gila) menyerang salah seorang anak,Seorang anak lagi juga bermasalah Lbih bermasalah jika kami sekeluarga berkumpul.Saya (isteri) terpaksa lar/keluar dari rumah/suami supaya keadaan tenang.Hampir setahun saya menjauhkan diri daripada suami kerana takut penyakit berulang.Begiitu juga anak.Saya tinggal serumah dengan anak yang dikatakan gila.Tetapi peliknya jika tidak sebumbung dengan bapanya anak normal.Suami sekarang tinggal sendiri.daripada pengalaman tinggal selama 28 tahun dengan suami dan daripadan rukyah,suami penggemar koleksi minyak ,mengamal jampi serapah dan mempunyai pendamping.apa pendapat ustaz.Rumah tangga kami tergantung sahaja.Suami enggan memberi kerjasama.Ada ahli keluarga menganggap pendamping itu anugerah Allah,jadi jangan pertikaikan apa-apa.Patutkah ustaz.Saya rasa kehidupan keluarga kami hampir musnah,tapi saya cuba bertahan.Sekarang saya pulang ke kampung di Semenanjung dengan anak.Anak normal seperti biasa.Tapi saya tak akan kembali kepada suami selagi dia enggan bertaubat.

  39. Salam ustaz. Adakah saka ini juga akan mengganggu janin? sy musykil kerana adik beradik perempuan sy semua bermasalah ketika mengandung termasuk sy. kami 3 beradik perempuan, sy tiba2 mendapat penyakit ketika mengandung, adik kedua anak terkeluar ususnya ketika bersalin sedangkan semasa scan, tidak nampak. yg bongsu, baby meninggal dlm perut disebabkan air ketuban lebih. test genetik, semua negatif. kedua2 ibu ayah kami ada keturunan yg memelihara saka ini.

    1. Assalam Azwa,
      Kemungkinan besar ada gangguan saka. dia akan ganggu habis anak beranak. Saya seorang perawat islam menggunakan 100% ayat quran dalam rawatan gangguan jin. Sila hubungan saya … md.ariffin_darus@yahoo.com.my

  40. Assalamualaikum ustaz. Saya dari Kuching Sarawak. Saya ada kemusykilan berkaitan suami saya.. suami ada mengadu yang dia kadang2 ada rasa di tindih oleh seseorang time suami berbaring, dia tidak dapat bergerak, bercakap dll. Persoalannya adakah suami saya terkena gangguan jin.. Ustaz.. Mohon pencerahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!