≡ Menu

Ikan Haruan Sembuhkan Luka Bersalin, Tetapi Ramai Yang Tersilap Cara Penyediaannya

Alhamdulillah Abang Di (Rosdi)…… dapat juga ikan haruan untuk bini Lan…

Kata seorang sahabat yang terbayang kegembiraan di wajahnya bila ikan haruan telah berjaya di tangkap oleh saya dengan menggunakan serkap di bendang tadi, untuk isterinya yang baru bersalin anak pertama pagi tadi…

“Nanti balik saya nak buat sup nak bagi bini saya makan supaya dia cepat sembuh” kata Lan sambil membantu saya memegang serkap supaya saya dapat memegang ikan haruan untuk di masukkan kedalam guni beras cap rambutan yang di bawanya…

“Cukuplah Lan dua ekor kita dapat ikan nie!! hari dah nak maghrib jom kita balik” kata saya pada Lan..

“Ok abang Di nanti ajar saya cara bagaimana untuk buat sup ikan haruan ye abang” kata Lan dengan penuh gembira.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Yelah nanti abang ajarkan dekat Lan” sambil tersenyum saya melihat wajah Lan, maklumlah baru jadi seorang ayah, tentu ingin buat yang terbaik kepada keluarganya..

Kami pun pulang dengan baju yang di penuhi lumpur tanah bendang sambil melihat keindahan alam kejadian Tuhan, maghrib semakin hampir kami pun bergegas pulang kerumah untuk menunaikan solat maghrib dan mengajar Lan bagai mana cara menyediakan sup pati ikan haruan….

Untuk pengetahuan semua hari ini ramai orang tidak tahu dan salah dalam penyediaan sup ikan haruan untuk isteri bersalin.

Sebenarnya kalau kita hendak menyediakan sup ikan haruan untuk isteri bersalin atau luka, kita harus mengikut panduan cara orang-orang tua terdahulu barulah ikan haruan itu menjadi ubat kepada isteri bersalin…

BACA:  Orang Yang Suka Mandi Lama Tak Bahagia Dalam Hidup – Kajian

Caranya mudah sahaja, samasa ikan haruan di potong, jangan basuh ikan haruan dengan apa-apa jenis asam dan tidak dibenarkan membuang lendir pada kulit ikan haruan tersebut, cukup sekadar membuang darah dan isi perut ikan haruan sahaja, basuh perut ikan dan cuci darah yang terdapat pada perut ikan haruan sehingga bersih barulah di jadikan sup.

Kerana lendir itulah penawar untuk merawat luka sebenarnya, lendir yang terdapat pada badan ikan haruan mempunyai asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka, selain itu juga ia mempunyai glisin merupakan komponen kolagen untuk kulit..

Jikalau kita membuang lendir ikan haruan maka tiada maknanya di namakan sup ikan haruan untuk isteri bersalin, kerana tiada penawar penyembuhan untuk merawat luka lagi.

Hari ini sebenarnya ramai yang tidak tahu pekara ini….

Sumber: Md Rosdi Hasan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel