Keluarga, Tazkirah

Ibu Sudah Tua, Jangan Biarkan Dia Sendiri

Hari ini keluar pergi bazar Ramadhan. Isteri mahu beli kuih muih. Terkeluar cerita guru di sekolahnya yang baru balik dari umrah.

Guru itu bercerita,

“Kali ini Allah mahu uji saya. Kenapa?

Saya tinggal sebilik dengan wanita usia 70an. Ke mana sahaja mahu pergi, perlukan teman. Kita yang tiada kena mengena terpaksa bantu wanita itu.”

“Anak-anaknya tidak temankan dia?”

Tanya guru lain yang dengar ceritanya.

“Kemudian, cucunya siap kirim supaya nenek belikan jubah jenama sekian-sekian. Terpaksalah saya dan kawan bantu mencari barang-barang dikehendakinya.”

Sahabat subahat,

Jangan biarkan ibu sendirian. Dia perlukan teman apabila usianya mencecah 70 tahun. Walaupun dia wanita besi menjaga berbelas anak-anaknya. Dia tetap perlukan seseorang di sampingnya.

Walaupun kita mampu sponsor pakej umrah premium setiap tahun, temanilah ibu di sana. Dia lubuk pahala buat anak-anak.

Berbakti kepada ibu bapa ibarat menangkap ikan dengan pukat tunda. Segala mak nenek binatang masuk ke dalamnya. Pahala berganda-ganda, hidup bahagia aman sentosa.

Membahagiakan ibu bukan dengan membelanjanya dengan pelbagai kemewahan. Cukuplah membawanya ke mana-mana yang dia suka. Walaupun di pondok durian di dusunnya. Walaupun menziarahi rakan sekolah lamanya.

Seorang ibu yang baik tidak akan meminta-minta. Dia mahu kita memahami apa yang dia rasa.

Dekati rakan sahabat handainya. Kita akan tahu siapa ibu sebenarnya di luar pandangan kita. Saya tidak kesampaian untuk melakukan hal itu. Saya hanya sempat 5 tahun sahaja. Suaranya saya hampir lupa.

Mohon jangan biarkan ibu sendirian.

 

Sumber: tzkrh.com 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Doa Sebelum Memulakan Perjalanan dan Ketika Berulang Alik ke Tempat Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!