Ibadah

Ibadat sunat tampung kekurangan solat fardu


KERIUHAN pasar malam dimulai sejak petang lagi mengajak manusia berduyun-duyun melakukan jual beli. Kewujudan pasar malam di pelbagai lokasi sudah menjadi keperluan mustahak bagi penduduk mendapatkan barang keperluan asas juga ruang peniaga kecil tempatan meraih rezeki halal.

Bagaimanapun, apabila pintu senja akan beralih kepada malam, dari suasana cerah bertukar gelap, ada tuntutan yang perlu diberikan perhatian oleh umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila kegelapan malam tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu, sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Agak malang, bagi yang beranggapan sudah memadai melakukan ibadat fardu sehingga tidak mempedulikan solat sunat lain

Umat Islam mesti sedar dalam keasyikan keriuhan pasar malam atau di mana saja berada, ada amalan penting perlu dilaksanakan antara ruang Maghrib ke Isyak. Keutamaan menunaikan solat sunat antara Maghrib ke Isyak dijelaskan Hudzaifah dengan katanya yang bermaksud: “Aku solat Maghrib bersama Rasulullah SAW, sesudah beliau berdiri melakukan solat berterusan hinggalah masuk waktu Isyak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Menunaikan solat sunat selepas waktu Maghrib seperti solat sunat awwabin mungkin agak asing bagi sesetengah umat Islam yang dilalaikan dengan urusan dunia. Agak malang, bagi yang beranggapan sudah memadai melakukan ibadat fardu sehingga tidak mempedulikan solat sunat lain.

Antara kelebihan menunaikan solat sunat seperti dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan pertama manusia yang akan diperiksa pada hari akhirat ialah solatnya, berkata Tuhan kepada malaikat pada hal Dia Maha Mengetahui: Periksalah pada solat hamba-Ku sama ada dia menyempurnakannya atau tidak, kalau didapati dia telah menyempurnakan solatnya, maka tuliskanlah dengan sempurna, sebaliknya apabila didapati solat yang dilakukan tidak sempurna maka Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Lihatlah kalau hamba-Ku itu ada melakukan solat sunat? Kalau memang ada solat sunat yang pernah dilakukan maka Allah berfirman lagi, sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian semua amalannya yang lain diterima kerana kesempurnaan solatnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

BACA:  Ananiyah - Kanser yang sukar diubati

Orang yang benar-benar beriman dan yakin dengan balasan serta janji Allah pada hari akhirat sudah pasti menjinakkan hatinya merebahkan dahi tunduk sujud kepada Allah melalui solat fardu dan solat sunat seperti solat sunat dua rakaat sebelum dan sesudah solat fardu, tahajud, hajat, istikharah, taubat, tasbih dan witir.

Mengikut Ibnu Umar: “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu dua rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudah Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan dua rakaat sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam kehidupan beragama, dari waktu Maghrib hinggalah Isyak adalah ruang beribadat kepada Allah SWT. Mengkhususkan ruang beribadat bersama ahli keluarga dengan menghidupkan proses menyampaikan ilmu dari ibu bapa kepada anak-anak dan sesama pasangan suami isteri.

Keutamaan menjaga waktu Maghrib perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya menitikberatkan anak pulang sebelum Maghrib dapat menghindarkan mereka dengan fitnah. Anak belasan tahun yang masih perlu bimbingan dan kawalan ibu bapa tidak wajar dibiarkan berkeliaran melepasi waktu Maghrib.

Jika dibiarkan anak masih remaja bebas berkeliaran meskipun sudah melewati Maghrib, akan mendedahkan mereka kepada gejala dan penyakit sosial seperti merempit, meragut, pecah rumah atau penyalahgunaan dadah.

Mendekatkan diri kepada Allah SWT dapat melindungi diri dan ahli keluarga daripada fitnah dan bergelut dengan kemelut sosial. Apabila mendekatkan diri kepada Allah, nescaya perlindungan daripada-Nya mengatasi segala kesulitan dan bencana.

7 Comments

  1. SubhanaAllah,,,wabihamdihi,,,,

  2. Assallamualaikum,,,wbr,,,saya sngat snang bisa blajar Islam lewat web,,,ini trimakasih,,,,wassalam…

  3. Assalam,
    terima kasih kerana info2 tg diberi. sgt brmanfaat bg saya ini. syukur.

  4. Salam,

    Ustaz / Ustazah saya nk tny kalau solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu boleh tak dilakukan pada kelima-lima solat farhu????atau pun hanya spesifik pada salah satu solat fardhu sahaja???

    mohon balas..TQ

    1. 1. Sunat Rawatib – iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis:
      a. Sunat “Qabliyah” iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya’;
      b. Sunat “Ba’diyyah” iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya’.

  5. terima kasih krna bkongsi mklumat y pnting ini
    sy amat mnghargai nye…
    amain

  6. Alhmdllahhhh aq Jd Lbh Tw Skrang..
    Makasih Bgt Bwt Hadist”xa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!