Keluarga

Hukuman Bucu Dinding Mampu Mengubah Tingkahlaku Anak

Denda “time out” dalam bahasa Melayu dikatakan denda bucu dinding.

Anak yang buat salah kena mengadap bucu dinding selama 10 ke 15 minit…

Sebelum tu kena bagi tau dulu kenapa kena denda tu…

HUKUMAN “Di Bucu Dinding” , Merupakan kaedah mengubah tingkahlaku ,

Individu yang dihukum DIASINGKAN sementara. Terasing dari persekitaran yang menyeronokkan

“Time Out” Terbukti berkesan untuk; – Masalah disiplin – Kekasaran tingkahlaku – Tidak mendengar kata

Tempoh denda:

MAXIMUM 15 MINIT

Duduk atau berdiri di bucu dinding, tepi tangga, atau bucu bilik.

Kaedah ni MF tak pernah cuba lagi sebab temperature tu cepat sangat naik.. Jadi otak lost Untuk bertindak secara waras. Haha..

Bila camtu.. Mulut lagi laju dari tindakan. Hadoi.. Mak berubah juga nih.. Kena belajar kawal emosi.

Insha Allah… Lepas ni nak cuba buat macam ni… Kita tengok keberkesanannya macam mana…

Tapi denda apa pun.. Tak boleh selalu buat. Nanti dah terbiasa… Dia dah lali jadi tak berkesan dah… Jadi, ada kala guna kaedah ni.. Adakala kaedah rotan juga diperlukan…

Bukan senang nak didik anak kan.. Lebih mencabar dari mengandung dan melahirkan… Sebab salah didikan rosak masa depan. Nauzubillah…

Sekian.

 

Sumber: www.mariafirdz.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  5 Cara Suami Melayan Isteri – Ramai Suami Tidak Tahu, Kongsikan Kepada Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *