Keluarga, Soal Jawab Agama

Hukum Minta Kembali Hantaran Pertunangan

SOALAN :

Apabila putus tali pertunangan adakah harus pihak keluarga tunang lelaki meminta kembali dari pihak tunang perempuan semua barang yang telah diberikan kepadanya sebagai barang hantaran ketika bertunang?

JAWAB :

Barang-barang berupa hantaran yang diberikan olih tunang lelaki itu kepada tunang perempuan itu adalah termasuk dalam hukum hadiah bukan termasuk dalam maskawin. Olih itu haram meminta kembali sekalipun putus pertunangan yang telah dibuat kerana pemberian tersebut telah menjadi hak milik tunang perempuan tersebut.

Begitu juga barang hantaran yang diberikan ketika aqad nikah maka ia menjadi milik pengantin perempuan sekalipun berlaku perceraian.

Yang bolih diambil kembali apabila berlaku perceraian hanyalah maskawin sebanyak separuh jika belum berlaku persetubuhan.

Ada pun jika telah berlaku persetubuhan maka kesemua maskawin adalah hak isteri tidak harus diminta kembali sedikit pun.

Tersebut dalam himpunan Fatwa Mufti Oman :

الهدايا التي تقدم إلى العروس ليلة الزفاف ليست من المهر؛ لأن المهر موثق في عقد الزواج، وتم الاتفاق عليه حين العقد، وعموماً الهدايا التي يقدمها أهل الزوج للزوجة باعتبار أنها هدية؛ تجري عليها أحكام الهبة والهدية التي تلزم بالقبض، وتكون ملكاً للزوجة، فلا يحق لأهل الزوج الرجوع فيها، لقوله صلى الله عليه وسلم: (لا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُعْطِيَ عَطِيَّةً أَوْ يَهَبَ هِبَةً فَيَرْجِعَ فِيهَا إِلا الوَالِدَ فِيمَا يُعْطِي وَلَدَهُ، وَمَثَلُ الَّذِي يُعْطِي الْعَطِيَّةَ، ثُمَّ يَرْجِعُ فِيهَا كَمَثَلِ الْكَلْبِ يَأْكُلُ فَإِذَا شَبِعَ قَاءَ، ثُمَّ عَادَ فِي قَيْئِهِ) رواه أبو داود.
أما إذا تم الاتفاق على أنها جزء من المهر فتصبح ملكاً لها كاملاً إن تم الدخول، ومناصفة إن طلقت قبل الدخول.
وإن حصل العدول عن الخطبة ليلة الزفاف فيرد الهدايا من عدل عن الخطبة إن دفعت على أساس أنها من المهر، وقد جاء في قانون الأحوال الشخصية الأردني في المادة رقم: (4/ب): “إذا عدل أحد الطرفين عن الخطبة، أو انتهت بالوفاة، فللخاطب أو ورثته الحق في استرداد ما دفع على حساب المهر من نقد أو عين، إن كان قائماً، أو قيمته يوم قبضه إن تعذر رد عينه أو مثله”. والله تعالى أعلم .

BACA:  5 Cara Suami Melayan Isteri – Ramai Suami Tidak Tahu, Kongsikan Kepada Suami

artinya : “Hadiah yang diberikan kepada pengantin pada hari perkahwinan tidak termasuk maskawin. Kerana sungguhnya maskawin itu ialah harta yang diberikan ketika aqad nikah yang dipersetujui atasnya ketika aqad.

Umumnya segala pemberian yang diberikan olih keluarga suami kepada isteri itu sungguhnya dikirakan sebagai hadiah yang berlaku atasnya segala hukum pemberian dan hadiah yang berlaku dengan penerimaan. Maka adalah ia milik bagi isteri.
Tidak ada hak bagi keluarga suami meminta kembali kerana sabda Nabi saw :

لا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُعْطِيَ عَطِيَّةً أَوْ يَهَبَ هِبَةً فَيَرْجِعَ فِيهَا إِلا الوَالِدَ فِيمَا يُعْطِي وَلَدَهُ، وَمَثَلُ الَّذِي يُعْطِي الْعَطِيَّةَ، ثُمَّ يَرْجِعُ فِيهَا كَمَثَلِ الْكَلْبِ يَأْكُلُ فَإِذَا شَبِعَ قَاءَ، ثُمَّ عَادَ فِي قَيْئِهِ

Artinya : “Tidak halal bagi seorang lelaki yang telah menghadiahkan satu hadiah atau memberikan satu pemberian memintanya kembali melainkan bapa bolih meminta kembali apa yang telah ia berikan kepada anaknya. Dan perumpamaan orang yang memberi satu pemberian kemudian memintanya kembali adalah seperti seekor anjing yang makan sampai kenyang dan muntah lalu ia telan kembali muntahnya itu.” (Hadith Abu Daud)

Adapun apabila kedua pihak bersetuju barangan tersebut dijadikan sebagai maskawin maka barangan tersebut menjadi milik penuh bagi isteri jika telah berlaku persetubuhan dan jika belum berlaku persetubuhan maka separuh menjadi milik isteri dan separuh lagi dikembalikan kepada suami.

Dan jika berlaku salah satu pihak menghentikan pertunangan pada malam perkahwinan maka dikembalikan barang hantaran tersebut jika ia diberikan atas nama maskawin.

Dan sungguhnya telah tersebut pada Qanun Ahwal Syaksiah Negeri Jordan :

Apabila salah satu pihak berpaling (memutuskan) dari pertunangan atau berlaku kematian maka tunang atau warisnya berhak mengambil kembali apa yang telah diberikan atas nama maskawin samada ia mata wang atau harta benda jika masih wujud atau membayar harganya nilai pada hari itu jika uzur ia mengambalikan harta asal atau yang seumpamanya.”

BACA:  Adab Masuk Rumah Baru Dalam Islam

wallahua’lam

KESIMPULAN :

Segala hadiah yang telah diberikan ketika bertunang adalah hak masing-masing yakni menjadi hak kepada tunang perempuan dan tunang lelaki.

Segala hadiah yang telah diberikan olih kedua belah pihak tidak bolih diminta kembali jika berlaku putus tunang.

Haram meminta balik hadiah dan pemberian kerana bertunang apabila berlaku putus tunang.

Jika berlaku perceraian sebelum pasangan suami isteri melakukan persetubuhan maka separuh dari jumlah maskawin milik isteri dan separuh dikembalikan kepada suami jika dia mahu.

Jika berlaku perceraian selepas sekurangnya sekali bersetubuh maka semua maskawin adalah milik isteri.

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *