Ibadah

Hukum Menahan Kencing & Kentut Ketika Solat

Hukum Menahan Kencing & Kentut Ketika Solat

Sentiasalah kita berusaha untuk mencapai kesempumaan dalam sembahyang dan dalam waktu yang sama berusaha mengelakkan perkara-perkara yang mengurangkan kesempumaan itu sekalipun ia nampak kecil, seperti pandangan mata yang bukan di tempat sujud, memalingkan muka ke kiri atau kanan dan yang seumpamanya iaitu menahan diri daripada hadats kecil.

Apa yang dimaksudkan dengan menahan diri daripada hadats kecil di sini, ialah menahan air kencing, air besar atau angin daripada keluar ketika seseorang hendak mengerjakan sembahyang atau ketika di dalam sembahyang.

Orang yang menahan air kencing dalam bahasa Arab dipanggil haqin, sementara orang yang menahan air besar ialah haqib dan orang yang menahan angin dipanggil haziq.

Menurut kajian perubatan, bahawa perbuatan kerap menahan air kencing dan air besar ini boleh menjejaskan kesihatan. Kerap menahan air kencing boleh menyebabkan penyakit batu ginjal. Ini kerana apabila ia ditahan, air kencing menjadi lebih pekat, atau berlaku jangkitan saluran kencing. Air kencing yang pekat dan jangkitan saluran kencing merupakan faktor penyumbang terbentuknya batu. Sementara menahan air besar pula boleh menyebabkan penyakit sembelit iaitu kesukaran untuk membuang air besar.

Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah berhubung dengan hukum menahan diri daripada hadats kecil tersebut, adakah ia membatalkan sembahyang atau boleh mengurangkan kesempumaan sembahyang?

Sembahyang Orang Yang Menahan Diri Daripada Hadats Kecil

Makruh mengerjakan sembahyang dalam keadaan seseorang itu menahan air kencing, air besar atau angin daripada keluar, kerana ia boleh menjejaskan kekhusyukan dalam sembahyang. Ini samalah juga halnya, jika seseorang itu menahan keinginannya yang bersangatan untuk makan atau minum di dalam sembahyangnya sedangkan ketika itu hidangan sudah terhidang. Perkara ini ada disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, bahawa beliau pemah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

BACA:  Subhanallah! Cukur dan timbanglah rambut anak ketika lahir 7 hari. Tak Sangka ini hikmahnya.

Tidak sempurna sembahyang dengan adanya makanan yang terhidang, dan juga tidak sempurna sembahyang ketika dia sedang menahan daripada membuang air kecil dan air besar.

(Hadits riwayat Muslim)

Bila Ia Makruh?

Hukum makruh mengerjakan sembahyang dalam keadaan menahan air kencing, air besar atau angin itu, dikira semasa wujudnya keadaan menahan itu pada ketika mengangkat takbiratul-ihram.

Adapun jika wujudnya keadaan menahan diri daripada hadats kecil itu semasa dalam sembahyang fardhu, maka tidak hams dia memutuskan sembahyangnya itu melainkan ada keuzuran seperti takut mudharat pada dirinya apabila menahan diri daripada hadats kecil. Namun jika dia menahannya ketika dalam sembahyang sunat walaupun dia bemazar untuk menyempumakan sembahyang sunatnya itu, maka tidak haram dia memutuskan sembahyang tersebut.

Demikian juga, hukum makruh itu hanya terjadi apabila waktu sembahyang masih panjang. Sebagai contoh, ketika seseorang itu hendak mengangkat takbiratul-ihram sembahyang fardhu Zhuhur sedang dia menahan air kencingnya, dalam hal ini, makruh dia mengerjakan sembahyang fardhu Zhuhur jika waktu sembahyang tersebut masih panjang.

Sehubungan dengan itu, sunat ke atas orang yang menahan diri daripada hadats kecil untuk mengeluarkannya terlebih dahulu jika waktu sembahyangnya masih panjang.

Qadha’ Hajat Walau Luput Sembahyang Jemaah

Sunat ke atas orang yang menahan air kencing, air besar atau angin untuk membuangnya terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang walaupun sehingga menyebabkan terluput sembahyang berjemaah, itu pun jika waktu sembahyangnya masih panjang.

Sunat Diulang Sembahyang

Sungguhpun makruh mengerjakan sembahyang dalam keadaan menahan air kencing, air besar atau angin dari keluar, namun ia tidak membatalkan sembahyang. Walau bagaimanapun sunat ke atasnya mengulangi sembahyangnya itu.

Takut Luput Waktu Sembahyang

BACA:  Berniatlah Walau Cuma Sesaat

Jika waktu sembahyang fardhu itu suntuk, maka wajib ke atas orang yang menahan air kencing, air besar atau angin, mengerjakan sembahyang dalam keadaan tersebut dan tidak mengakhirkan sembahyangnya. Ini kerana untuk menjaga kehormatan waktu sembahyang tersebut. Itu pun jika tidak terjadi mudharat ke atasnya disebabkan menahan hadats kecil itu.

Bila Wajib Mengeluarkan Hadats Kecil?

Jika seseorang itu menyangka apabila dia menahan air kencing, air besar atau angin, akan memudharatkan dirinya iaitu mudharat yang boleh menyebabkan bertayammum, maka wajib dia mengeluarkan hadats kecil itu terlebih dahulu sebelum dia mengerjakan sembahyang, sama ada waktu sembahyang itu masih panjang ataupun suntuk.

Sebagai kesimpulan, menahan air kencing, air besar atau angin, bukan sahaja boleh menjejaskan atau memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang, bahkan ia juga menyentuh perkara ibadat terutama sekali kekhusyukan dalam sembahyang. Ini kerana perbuatan menahan hadats kecil itu boleh mengalihkan pemikiran dan hati kepada perkara tersebut dan sekaligus menghilangkan kekhusyukan sembahyang.

Kekhusyukan dalam sembahyang adalah salah satu perkara yang menjamin kesempumaan ibadah sembahyang. Oleh itu hendaklah dijaga, bukan sahaja menghindarkan diri daripada menahan hadats kecil tersebut, bahkan menghindarkan semua perkara yang boleh menjejaskan kekhusyukan dalam sembahyang seperti pandangan mata yang bukan di tempat sujud, memalingkan muka ke kiri atau kanan dan seumpamanya.

Sumber: Jabatan Mufti Brunei Darussalam

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *