Tazkirah

Hukum Membuka Aib Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

APABILA ibu bapa kita telah meninggal dunia, tidak ada hadiah yang paling berharga melainkan anak- anak yang masih hidup mendoakan arwah ibu bapa mereka semoga Allah mengampunkan dosa- dosa mereka.

Doa anak yang soleh mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

(Hadith Sahih Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Selain daripada mendoakan mereka, melakukan sedekah jariyah dan niatkan pahalanya untuk mereka. Jika ibu bapa belum mengerjakan haji buatkan badal haji untuk mereka.

Banyak lagi amalan- amalan lain yang boleh anak- anak lakukan untuk membantu arwah dialam barzakh iaitu hadiahkan pahala bacaan al Quran, hubungkan silaturahim dengan rakan- rakan ibu bapa dan amalkan ilmu- ilmu yang bermanfaat yang pernah mereka ajarkan kerana pahala tersebut mengalir terus .

Telah viral di media sosial pengakuan seorang anak bahawa bapanya seorang ulama terkenal telah berbohong untuk menutup satu isu yang diperkatakan masa itu. Perbutan mendedahkan aib bapanya itu satu perkara tidak sewajarnya dilakukan.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian setiap anak dilarang membuka aib ibu bapa mereka terutama apabila mereka telah meninggal dunia. Masalah kita di dunia selesaikan sendiri dan tak boleh dikaitkan apa sahaja dengan orang yang telah meninggal dunia.

Berdosa jika Allah sudah tutup aib arwah kita pula pandai- pandai untuk membukanya dengan alasan hendak membenarkan kesalahan yang telah kita lakukan.

Rasulullah SAW ada menyatakan hal tentang hukum membuka aib orang iaitu:

BACA:  Sedarlah Tempoh Usia Kita Kian Berkurangan

“Barang siapa yang menutup (aib atau cacat) seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

لَا تَسُبُّوا الْأَمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا

“Janganlah kalian mencela mayit kerana mereka telah pergi untuk mempertanggug jawabkan apa yang telah mereka perbuat.”

(HR Bukhari : 1329).

Marilah kita sama- sama beramal dengan ajaran Islam dan tinggalkan perbuatan keji dan mungkar. Islam melarang membuka aib orang yang hidup dan telah meninggal dunia dan melarang sumpah palsu (tidak mengaku perbuatan diri sendiri) dan berbohong dengan nama Allah. Segeralah bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka disisi Allah.

Makmum Sundari

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *