Tazkirah

Hukum Membaca Jampi Dalam Perubatan

Penggunaan jampi dalam perubatan adalah perkara biasa dalam masyarakat melayu.
Sebenarnya berubat yang ada padanya jampi bukan hanya dalam masyarakat melayu tetapi hampir di seluruh dunia Islam sejak dari zaman Nabi saw.

Daripada ‘Auf bin Malik Al-Asja’iy r.a. berkata :

كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ فَقَالَ اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ

artinya : “Kami selalu menggunakan kaedah jampi di zaman jahiliyah. Maka kami pernah bertanyakan Rasulullah saw pada hukum yang demikian itu.
Maka sabda Rasulullah saw : “Cuba kamu bacakan di hadapanku ayat-ayat jampi kamu itu. Tidak ada salahnya dengan jampi selama tidak mengandungi perkara yang syirik.” (Hadith Muslim)

Daripada Jabir r.a. katanya :

كَانَ أَهْلُ بَيْتٍ مِنْ الْأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُمْ آلُ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ يَرْقُونَ مِنْ الْحُمَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ نَهَى عَنْ الرُّقَى فَأَتَوْهُ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نَهَيْتَ عَنْ الرُّقَى وَإِنَّا نَرْقِي مِنْ الْحُمَةِ فَقَالَ لَهُمْ اعْرِضُوا عَلَيَّ فَعَرَضُوهَا عَلَيْهِ فَقَالَ لَا بَأْسَ بِهَذِهِ هَذِهِ مَوَاثِيقُ

artinya : “Adalah satu keluarga Ansar yang dikenali sebagai keluarga ‘Amru bin Hazm melakukan jampi dari sakit keracunan akibat sengatan dan sebelum itu Rasulullah saw ada melarang jampi.
Maka datang keluarga itu akan Nabi saw dan berkata : Wahai Rasulullah! Sungguhnya engkau telah melarang dari jampi. Kami ada mengamalkan jampi dari sakit keracunan.
Kata Nabi : Cuba kamu tunjukkan kepadaku jampu kamu itu lalu mereka tunjukkan jampi mereka kepada Nabi.
Maka Nabi berkata : Tiada salah pun dengan ini. Ia bacaan untuk menguatkan.” (Hadith Ibnu Majah)

BACA:  Cara Mendidik Anak Dengan Adab

Dapatlah diambil kesimpulan dari hadith-hadith di atas bahawa menjampi dalam perubatan itu asalnya harus selama tidak ada perkara yang salah di sisi agama.

Ulama membuat garis panduan perubatan yang harus menggunakan jampi ialah :

1. Jampi menggunakan ayat Quran, hadith dan doa para Nabi
yang terdapat di dalam al-Quran.

2. Bacaan-bacaan jampi atau doa-doa yang diamalkan oleh
salafussoleh .

3. Jampi dengan menggunakan ayat-ayat yang difahami
maksudnya di mana tiada padanya perkataan yang syirik,
haram dan khurafat.

4. Menjauhi perkara yang batil dalam berubat seperti memuja
jin dan hantu syaitan dan tidak menggunakan benda-benda
kotor seperti darah, arak dan seumpamanya.

5. Meyakini hanya Allah Taala sahajalah yang memberi bekas
atas setiap perbuatan dan yang sebenarnya menyembuhkan
penyakit.

Sekian

Wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original) 

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *