Hukum, Soal Jawab Agama

Hukum Membaca Al-Quran ke Atas Jenazah

SOALAN :

Apakah hukumnya membaca Quran selepas seorang itu meninggal dunia atau pun di kuburnya selepas ditanam akan dia?

JAWAPAN :

Membaca Quran ke atas mayat yang baru meninggal dunia atau yang sudah dikuburkan adalah harus hukumnya bukannya bidaah dan bukan pula wajib.

Berkata Imam Al-Qurtubi :

وقد استدل بعض علمائنا على قراءة القرآن على القبر بحديث العسيب الرطب الذي شقَّه النبي صلى الله عليه وآله وسلم باثنين.. قالوا: ويُستفاد من هذا غرس الأشجار وقراءة القرآن على القبور، وإذا خُفِّفَ عنهم بالأشجار فكيف بقراءة الرجل المؤمن القرآن”.. قال: “ولهذا استحب العلماء زيارة القبور؛ لأن القراءةَ تُحْفَةُ الميت مِن زائره. اهـ

Artinya : “Sungguhnya telah berdalil olih sebahagian ulamak-ulamak kami atas harus membaca Quran atas kubur dengan dalil hadith pelepah kurma yang masih basah yang telah mematahkan akan dia menjadi dua olih Nabi saw.
Berkata mereka itu : Dan diambil faedah dari kejadian ini menanam pokok-pokok dan membaca Quran atas kubur. Dan apabila diringankan dari segala mayat dengan sebab pokok-pokok maka betapa pula dengan bacaan seseorang yang mukmin akan Quran.
Katanya lagi : Dan dari kerana inilah ulamak membilang sunat ziarah kubur dari kerana sungguhnya bacaan Quran adalah pemberian kepada mayat dari orang yang menziarahinya.” (Kitab At-Tazkirah)

Berkata Imam Al-Khattabi :

فيه دليل على استحباب تلاوة الكتاب العزيز على القبور؛ لأنه إذا كان يُرْجَى عن الميت التخفيفُ بتسبيح الشجر، فتلاوة القرآن العظيم أكبرُ رجاءً وبركة] اهـ

Artinya : “Pada hadith pelepah kurma itu menjadi dalil disunatkan membaca Quran atas kubur dari kerana sungguhnya apabila adalah diharap dari mayat akan diringankan dengan sebab tasbihnya pokok-pokok maka bacaan Quran yang mulia adalah lebih besar diharapkan akan keberkatannya.” (Kitab Umdatul Qaari Syarah Sahih Bukhari)

BACA:  Anak Perempuan Sudah Baligh Siapa Tanggung Dosa

Berkata Imam Nawawi :

واستحب العلماء قراءة القرآن عند القبر لهذا الحديث؛ لأنه إذا كان يُرجى التخفيفُ بتسبيح الجريد فتلاوة القرآن أولى، والله أعلم] اهـ

Artinya : “Dan ulamak telah menyunatkan membaca Quran disisi kubur kerana hadith tersebut. Dari kerana bahawasanya apabila diharapkan keringanan dengan sebab tasbih pelepah kurma maka bacaan Quran adalah lebih utama.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Dan berkata Mufti Mesir Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam :

قراءة القرآن على الموتى وهبة أجرها إليهم مِن الأمور المشروعة التي وردت بها الأدلة الصحيحة مِن الكتاب الكريم والسنة النبوية الشريفة وأطبق على فعلها السلف الصالح وجرى عليها عمل المسلمين عبر القرون مِن غير نكير، وهذا هو المعتمد عند أصحاب المذاهب المتبوعة؛ سواء كان ذلك حال الاحتضار، أو بعده، أو عند صلاة الجنازة، أو بعدها، أو حال الدفن، أو بعده، ومَن ادَّعى أنه بدعةٌ فهو إلى البدعة أقرب، ولا يجوز إنكارها بعد معرفة مشروعيتها

Artinya : “Bacaan Quran atas orang yang telah mati dan menjadikan pahalanya kepada mereka adalah termasuk perkara yang disyariatkan yang telah datang banyak dalil yang sahih daripada Quran dan Sunnah Nabi yang mulia. Dan telah diamalkan dari sejak zaman salaf solih dari sekelian muslimin berkurun-kurun tanpa diingkarkan.

Inilah yang muktamad disisi ashab segala Mazhab yang diikuti samada ketika seorang itu hampir mati atau selepas mati atau ketika solat jenazah atau selepas solat jenazah atau ketika ditanam atau kemudian daripada ditanam.

Barang siapa mendakwa ianya sebagai bidaah maka orang itulah yang lebih dekat kepada tukang bidaah. Dan tiadalah harus ingkarkannya selepas mengetahui ia disyariatkan.”

Wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *