Soal Jawab Agama

Hukum Memakai Purdah

Hukum Memakai Purdah

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Saya ingin bertanya, apakah hukum memakai purdah?dan dihadapan siapa sahaja yang kita boleh buka purdah?

Jawapan :

Madzhab Maliki

Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai cadar hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah. Bahkan sebagian ulama Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita adalah aurat.

* Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara indahnya juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh laki-laki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekedar melihat ataupun untuk tujuan pengobatan. Kecuali jika khawatir timbul fitnah atau lelaki melihat wanita untuk berlezat-lezat, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176) Pendapat madzhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai cadar hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah.

* Asy Syaranbalali berkata:

وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih dan merupakan pilihan madzhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)

Madzhab Syafi’i

BACA:  Kelonggaran Aurat Wanita di Rumah

Pendapat madzhab Syafi’i, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai cadar di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat mu’tamad madzhab Syafi’i.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’kamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti laki-laki, yaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

Mazhab Hambali

* Imam Ahmad bin Hambal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“Setiap bagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

* Syaikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:

« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, karena wajah bukanlah aurat di dalam shalat. Adapun di luar shalat, semua bagian tubuh adalah aurat, termasuk pula wajahnya jika di hadapan lelaki atau di hadapan banci. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha” (Raudhul Murbi’, 140)

BACA:  Ciri-ciri Suami Soleh Menurut Islam

Kesimpulannya

Bahawa sesugguhnya menutup muka (memakai purdah adalah sunat bukan wajib). Boleh buka muka (purdah) ketika dirumah sendiri walau pun ada saudara mara yang bukan mahram di rumah seperti abang ipar, sepupu atau suami kepada mak saudara. Ketika mengajar disekolah berhadapan dengan anak murid di haruskan .

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

6 Comments

  1. Salam, saya nak tanya apa hukum mak tak mengizinkan anak pakai purdah dengan beranggapan bahawa purdah hanya untuk golongan yang cantik sahaja? Sedangkan pakai purdah ni ada 3 golongan. Boleh terangkan tak apa yang perlu dilakukan oleh anak bila berhadapan dengan situasi mcm ni ?

    1. Memandangkn memakai purdah hukumnya sunat dan menyenangkn hati ibu itu lebih kpd wajib dan be dosa jika menyakitkn hatinya maka hrp ditangguhkn dulu niat baik itu..bykkn brdoa moga hati ibu lembut dn mmbenarkn memakai purdah …insya ALLAH…hati2 manusia dlm genggamn ALLAH. .rayu dan pujuk lh DIA..

  2. terima kasih

  3. As salam, apa hukumnya wanita berhijab tapi tidak solat? Berhijab tapi berpakaian ketat dan berhijab tapi menghina orang yang tidak memakai hijab.. Mohon penjelasan nya ustaz.. Terima kasih.

  4. Assalamualaikum sis.
    Saya nak tanye,sekarang sy lihat ramai golongan pemurdah yang lebih kepada style hipster.bergambar dan berposing pelbagai2.malah yang paling mengecewakan ada juga yang mengukir kening dan memakai kanta mata berwarna warni untuk kelihatan cantik.purdah ini jugak saya lihat kalau di instagram atau fb dah macam trend pulak.cara pemakaiannya pula tidak seperti yang disarankan iaitu “untuk melindungi diri dari pandangan ajnabi” tetapi sekarang malah dijadikan modal untuk cinta islamik.jgn terasa.saya bukan anti niqabis.cuma segelintir daripada mereka membuatkan sy kecewa.purdah itu pakaian sunnah.jadi pakailah seperti yang disarankan.bukankah wanita yang terbaik itu ialah wanita yang tidak memandang dan dipandang.

  5. Adakah boleh kalau dikecualikan pemakaian purdah ketika keluar berjalan jalan bersama keluarga tetapi hanya memakai ketika sesi pembelajaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *