Ibadah, Soal Jawab Agama

Hukum memakai contact lens ketika solat dan puasa

contact-lens

Soalan;

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?

Jawapan;

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

  • Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
  • Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
  • Tidak mengubah ciptaan Allah.
  • Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
  • Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
  • Tidak berlebihan.
  • Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

BACA:  Penyakit Alasan Punca Kegagalan

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).

2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).

3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

Nota hujung;

[1] Antara mereka ialah Syeikh Dr. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. (Lihat laman web beliau; http://www.ibn-jebreen.com/). Ada ulamak mengharuskannya untuk lelaki sahaja. Adapun wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram sahaja. Namun keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. (Lihat; fatwa Syeikh Dr. Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)).

Mengenai dakwaan mengubah ciptaan Allah –yang dihujjah oleh ulamak yang mengharamkannya kerana factor tersebut-, dijawab oleh ulamak ulamak-ulamak yang mengharuskannya; ia tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana dapat ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan. (Lihat fatwa Syeikh Ibnu ‘Uthaimin; http://www.denana.com/fatawa/articles.aspx?selected_article_no=1494).

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

18 Comments

  1. terimakasih atas perkongsian

  2. as salam,

    saya minta izin untuk share artikel ini dalam blog saya. Harap diperkenankan juga.

  3. Hukum Memakai Contact Lens Ketika Solat dan Puasa | ماريا ياسمين صفية

    […] Sumber: http://www.islamituindah.my/hukum-memakai-contact-lens-ketika-solat-dan-puasa […]

  4. alhamdulillah. pemakaian contact lense saya atas satu alasan keselamatan yang saya rasa. saya selalu khuatir spek mata saya jatuh, hilang, pecah dan sebagainya .

  5. Contact lens diharamkan jadi gigi palsu tak haramkan? Tak logik…

    1. Gigi palsu keperluan, nak makan. Bukan perhiasan semata-mata.

    2. Contact lens haram HANYA bila menukar warna mata, kerana ia mengubah ciptaa asal. Tapi gigi palsu untuk mengembalikan fungsi gigi yg sedia ada, tapi telah rosak, jadi tiada masalah di situ

    3. Contact Lens haram cuma dalam sesetengah kes sahaja. kalau tujuan untuk menggantikan spek mata, tiada masalah.

      Gigi palsu itu digunakan untuk makan, minum, dan menjadi keperluan ketika membaca alquran dan solat, kerana seorang yang tidak mempunyai gigi tidak mampu menyebut bacaan Alquran ketika solat dengan betul.

  6. So klaw cntact lens yg x mrubah warna mata xpe la… Nasib baik x pnah suka yg ada warna sbb rasa fake sgt… Mcm mpbodohkn diri sndri sbb nk blagak mata kaler itu ini…

  7. Lipstik bedak, celak, pun x leh pakai la ya..kalo dianggap mengubah ciptaan Allah..kkdg perkara cenggini tak perlu la nak rujuk pada ulamak ulamak…pakai common sense jer la…merepek tul!

  8. Asslamualaikum.

    saya nak bertanya. bg perempuan pun haram ke untuk memakai lens yg berwarna? walaupn warna gelap? saya pernah dengar ceramah ustaz UAI ttg pemakaian lens. bg perempuan x haram utk pki berwarna sebab dia boleh bersolek/bermekap. bg lelaki haram berwarna sebab lelaki haram memakai alat solek atau mekap di muka. sy mohon penjelasan dan perkongsian.

    jika haram, adakah klu tujuan pakai berwarna bkn utk menunjuk-nunjuk tetapi hanya utk lebih senang nmpk di dalam air/bekas utk dipakai.

    terima kasih (^_^)

  9. Abestu mcm mne plak klau contact lense tu ade warna dan power.. ?? Tlong jelaskan.. Pliss

    1. tabaruj. Knp nk pkai yg berwarna sdgkn yg clear pny ade? Yg clear lg murah & jimat.

  10. ape hukum lelaki yg memakai kanta lekap

  11. Sayang… Ramai juga yang tak habis baca. Baca betul betul. Dah cukup ringkas dan lengkap dah tu. Terima kasih admin sebab berkongsi ilmu. 🙂

  12. Cik kenanga: mekap x slh asal jgn tabaruj, kne pahamkn betul2 ye kalo nk komen tu.
    kaiyisah: benda yg boleh bawa fitnah sebolehnye dielakkan. Org sekeliling bkn semua yg phm niat kita nk menunjuk2 atau x. Jd better elakkan.

  13. bagaimana pula kalau mandi hadas,sah?

  14. kalau pakai lens yang membesarkan mata hitam kite tu macam mana pulak hukumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!