Hukum Melumur Darah Haiwan Aqiqah Pada Anak
Soal Jawab Agama

Hukum Melumur Darah Haiwan Aqiqah Pada Anak atau Pintu Rumah

Hukum Melumur Darah Haiwan Aqiqah Pada Anak

1: Apakah hukum melumurkan darah haiwan sembelihan aqiqah ke atas kepala anak yang baru dilahirkan?

J: Hukum melumur darah haiwan aqiqah pada anak adalah makruh. Ini kerana Rasulullah melarang daripada perbuatan yang sedemikian. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah R.A.;

“Mereka di zaman jahiliyyah menyapu darah haiwan aqiqah dengan kain lalu dilumur ke atas kepala anak yang baru dilahirkan itu, maka Nabi S.A.W memerintahkan mereka menukarkan darah tersebut dengan wangian.”

Wallahuaklam

2: Apakah hukum bagi orang yang melumuri pintu rumah dengan darah kambing aqiqah ataupun korban bagi tujuan dijauhkan dari syaitan?

J: Adapun orang yang melumuri pintu rumah mereka dengan darah kambing aqiqah atau korban adalah salah dan haram dari hukum agama. Ini kerana ia termasuk perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, dan kepercayaan yang mengatakan akan dijauhi syaitan apabila menyapu darah korban ataupun aqiqah pada pintu rumah adalah bertentangan dengan pegangan akidah umat Islam. Wallahuaklam

Firman Allah Ta’ala ( al-Nisa 4:48):

﴿إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا﴾

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah melakukan dosa yang besar.

Firman Allah Ta’ala ( al-Nisa’ 4:116):

﴿وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا﴾

Maksudnya: Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah tersesat sejauh-jauhnya.

Firman Allah Ta’ala ( al-Maidah 5:72):

﴿إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ﴾

BACA:  Tips Mudah Untuk Bangun Solat Tahajud

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka.

Firman Allah Ta’ala ( al-Haj 22:31):

﴿وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ﴾

Maksudnya: Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

Syirik di sini yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam merangkumi orang yang kufur secara terang seperti golongan kafir Quraish dan orang yang kufur secara sembunyi seperti golongan munafiqin yang menzahirkan Iman dan menyembunyikan kekufuran.

Firman Allah Ta’ala ( al-Nisa’ 4:145-146):

﴿إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا . إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا﴾

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah.Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada irang-orang beriman.

Artikel oleh: Kambing Aqiqah Murah (Hukum Melumur Darah Haiwan Aqiqah Pada Anak)

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *