Soal Jawab Agama

Hukum Makan Semeja Dengan Orang Minum Arak

Hukum Makan Semeja Dengan Orang Minum Arak

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan: Ustaz,boleh ustaz beri pandangan dan apakah hukumnya orang Islam yang makan semeja dengan orang bukan Islam dan situ ada arak,tapi orang Islam tak minum arak itu,cuma makan sahaja,contoh: makan malam sempena tahun Baru Cina.

Jawapan:

Umat Islam di minta menjauhkan diri daripada makanan dan minuman haram termasuk makan dan minum semeja dengan orang bukan Islam. Mereka perlu menghormati umat Islam yang di larang meminum minuman keras dan jika mereka nak meminumnya perlu di tempat lain yang bukan semeja dengan umat Islam. Walaupun tidak minum minuman keras tetapi jika ada minuman tersebut di meja yang sama di kira bersyubhat.

Sabda Rasulullah oleh Imam Thabarani maksudnya: “ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia meminum arak, dan siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia duduk pada meja jamuan yang ada diminum arak”

Melalui hadis ini, bukan saja hukum meminum arak itu haram tetapi menghadiri jamuan atau majlis yang ada menghidangkan arak juga diharamkan.

Kita tinjau lagi sabda Rasulullah ini yang diriwayatkan oleh Abu Daud maksudnya “Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak dan orang yang diangkatkan arak kepadanya”

Laknat itu bermaksud di murkai dan jauh dari rahmat Allah.

Hukum bagi arak itu meliputi semua aspek iaitu peminumnya, pemerahnya, peminta perahnya, pembawanya, peminta bawakannya, pemberi minumnya, peminta minumnya, penjualnya, pembelinya, peminta belinya, peminta jualnya, pemakan harganya, penyimpannya dan pemiliknya.

BACA:  Hukum Melumur Darah Haiwan Aqiqah Pada Anak atau Pintu Rumah

Jelas wahai saudara-saudaraku bahawa hukum arak itu adalah haram dan dilaknat oleh Allah. Janganlah kita terpedaya oleh pengaruh arak dan syaitan. Walaupun ada faktor yang mendorong kita berbuat demikian tetapi ingatlah akan balasan yang bakal diterima.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *