Soal Jawab Agama

Hukum Isteri Minta Cerai Tanpa Alasan

Hukum Isteri Minta Cerai Tanpa Alasan

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan: Saya mahu tanya apakah hukum seorang isteri meminta cerai pada suaminya sedangkan suaminya memberikan nafkah yang cukup?

Jawapan:

Jika isteri meminta cerai tanpa alasan yang di benarkan syarak hukumnya berdosa besar dan tak akan cium bau syurga.Diriwayatkan dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Wanita mana yang meminta cerai kepada suaminya tanpa ada apa-apa maka haram baginya mencium wanginya syurga.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi).

Dalam hadis yang lain

الْمُخْتَلِعَاتُ وَالْمُنْتَزِعَاتُ هُنَّ الْمُنَافِقَاتُ

“Isteri-isteri yang minta khulu’(tanpa alasan yang membenarkannya) dan mencabut diri (dari pernikahan) mereka itu wanita-wanita munafik.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi).

“Wanita mana yang meminta cerai kepada suaminya tanpa ada apa-apa maka haram baginya mencium wanginya syurga.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi )

Kewajipan isteri mentaati suaminya selagi mana si suami tidak menyuruh melakukan maksiat : Dalam Sunan At-Tirmidzi dari Ummu Salamah radliyallah ‘anha, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا رَاضٍ عَنْهَا دَخَلَتِ الْجَنَّةَ

“Wanita (isteri) mana saja yang meninggal dalam keadaan suaminya redha kepadanya nescaya ia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi , Tirmidzi berkata, “Hadis ini hasan.”

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, baginda bersabda:

لَوْ كُنْتُ آمِرًا لِأَحَدٍ أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. at-Tirmidzi, beliau berkata, “Hadis ini hasan”).

“Wanita (isteri) mana saja yang meninggal dalam keadaan suaminya redha kepadanya nescaya ia akan masuk surga.” (HR. At-Tirmidzi )

BACA:  Hukum Lelaki Pakai Seluar Ketat

Diriwayatkan pula oleh Abu Daud dan lafadznya: “…nescaya aku perintahkan para isteri untuk sujud kepada suami mereka di sebabkan kewajiban-kewajiban sebagai isteri yang Allah bebankan atas mereka.”(Shahih Sunan Abi Dawud)

Demikian pula dalam Al-Musnad, Sunan Ibni Majah, dan Shahih Ibni Hibban dari Abdullah ibnu Abi Aufa radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Tatkala Mu’adz datang dari bepergiannya ke negeri Syam, ia sujud kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka baginda menegur Mu’adz, “Apa yang kau lakukan ini, wahai Mu’adz?” Muadz menjawab:

أَتَيْتُ الشَّامَ فَوَجَدْتُهُمْ يَسْجُدُوْنَ لِأَسَاقِفَتِهِمْ وَبَطَارِقَتِهِمْ، فَوَدِدْتُ فِي نَفْسِي أَنْ تَفْعَلَ ذَلِكَ بِكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ

“Aku mendatangi Syam, aku dapati mereka (penduduknya) sujud kepada uskup mereka. Maka aku berkeinginan dalam hatiku untuk melakukannya kepadamu, wahai Rasulullah.” Lalu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

لاَ تَفْعَلُوا ذَلِكَ، فَإِنِّي لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللهِ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّي الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّيَ حَقَّ زَوْجِهَا، وَلَوْ سَأََلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ

“Jangan engkau lakukan hal itu, kerana sungguh andai aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada selain Allah nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang isteri tidaklah menunaikan hak Rabbnya sampai ia menunaikan hak suaminya. Seandainya suaminya meminta dirinya dalam keadaan ia berada di atas pelana (hewan tunggangan) maka ia tidak boleh menolaknya.” (Shahih Sunan Abi Dawud dan Musnad Ahmad).

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

5 Comments

  1. Apakah hukum istri minta cerai pada suaminya yang memberikan nafkah yang cukup namun suami sering melakukan perselingkuhan atau sekedar iseng menjalin hubungan sesaat dengan wanita lain

  2. Yakin dan percaya agam islam itu adalah agama yg amat indah..

  3. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya, bagaimana pula kalau isteri minta cerai kerana isteri ada penyakit sopak, walaupun suami dpt menerima keadaan isteri, tetapi dia tidak dpt menganggap isteri seorang yg cantik. Sedangkan suami sgt2 mengidamkn isteri yg cantik. Selain itu pasangan itu juga tidak ada anak, suami pula sgt inginkn anak. Isteri tidak mahu suami berterusan tiada zuriat tetapi isteri tidak pula sanggup dimadukan. Jadi isteri mahu beri peluang kpd suami utk mencari kebahagian baru yg diidamkn. Adakah boleh minta cerai atas sebab2 tersebut?

  4. As salam
    Dalam kebahagian rumahtangga tiba2 retak menunggu hancur disebabkan ada pihak ketiga yang tidak puas hati disebabkan perasaan dengki dan dendam.
    Soalannya ada tak kes2 seumpama begini yang boleh kita saman pihak ketiga yang terlibat meruntuhkan rumahtangga orang lain. Mohon pencerahan dari ustaz

  5. siti binti saleh

    Assalamualaikom.saya ingin bertanya kalau suami sering meragui isteri dan kami selalu bertengkar hanya kerana perkara kecil,suami pula pernah berkata buat haluan masing2 dan kalu tak nak lagi bersama aku boleh lepaskan kau.sebagai isteri saya buntu kerana perasaan cinta semakin pudar dan rasa ingin bersama telah pun lenyap.kami berpendapat untuk berpisah adakah itu dikira berdosa.minta pendapat yg boleh digunakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *