Hukum Gantung Gambar Bernyawa

April 6th, 2011 | 4:33 pm | Ibadah | 38 responses

Oleh: Ustaz Azhar Idrus

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(38)

  1. 1

    terima kasih for that info..
    nak tanya…boleh ke kite sbg muslim melukis makhlus bernyawa sbb,

    dlm sebuah buku btajuk: RIYADHUS SOLIHIN
    susunan oleh: Imam Nawawi
    diringkaskan oleh: Syaikh Yusuf Al Nabhani
    page: 481

    daripada riwayat al Bukhari no.5950 dan Muslim no.2109
    maksudnya:
    “Aku pernah mendengar Rasullah SAW bersabda:
    sesungguhnya orang yang paling berat seksanya pada hari kiamat kelak adalah para pelukis gambar (mahkluk bernyawa)”

    dan:
    daripada riwayat al-Bukhari no. 7042 dan Muslim no.2110
    maksudnya
    “Aku pernah mendengar Rasullah SAW bersabda:
    sesiapa di dunia melukis gambar (mahkluk bernyawa), maka pada hari kiamat kelak akan dibebani untuk meniupkan nyawa ke dalam gambar tersebut, padahal dia memang tidak mampu meniupkan nyawa ke dalamnya.”

    kat sini nak tanya lebih details, adakah ini bermaksud kita langsung tak boleh lukis gambar makhluk bernyawa, ataupun maksud makhluk bernyawa yang dinyatakan dalam hadis diatas adalah yang sempurna lukisannya (contoh: manusia yang dilukis dari kepala hingga ke hujung kaki)

    tapi confuse bila ada pendapat yang mengatakan

    Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang

    Berbalik kepada soalan yang ditanya, ia berkisar berkenaan hukum melukis gambar objek yang hidup yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Sememangnya para ulama berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith Rasulullah yang zahirnya melarang lukisan.

    Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.

    Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.

    Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.

    dan..

    Contohnya gambar seorang manusia yang cukup dengan kepala dan badan. Bukankah sekiranya seseorang itu hanya dilahirkan dengan mempunyai kepala dan badan, dia masih mampu untuk hidup? Namun sekiranya gambar yang dilukis hanyalah gambar kepala sahaja atau gambar manusia tanpa kepala, maka hukum gambar seperti ini adalah diharuskan tanpa ada sebarang hukum makruh. Hukum makruh di sisi Mazhab Al-Imam Malik hanyalah sekiranya gambar yang dilukis adalah gambar manusia atau binatang yang sempurna.

    kiranya persoalan utamanya ialah: boleh ke kita melukis gmbr mahkluk bernyawa spt manusia dan haiwan, jika lukisan itu bukanlah sempurna..tetapi bagaimana pula dengan kenyataan yang terdapat didalam hadis2 tadi..

    TQ kerana memberi perhatian kepada komen ni

    • 2

      Setahu sya semua benda yang diciptakan ALLLAH adalah bernyawa…hanya buatan manusia yg tidak bernyawa..misal gunung ganang pun bernyawa.

      • 3

        memang la bernyawa, babi pon bernyawa juga…sbgai contoh gini la tuan@puan ….bukan semua tumbuh tumbuhan boleh dimakan, bukan semua binatang boleh dimakan,…….

  2. 4

    Assalammuaalaikum, minta izin copy n paste artikel di atas dan beberapa lagi artikel ke blog saya….. tq

  3. 5

    saya ada soalan,ada pendapat yg mengatakan kita boleh meletakkan gambar keluarga dan gambar org yg terdekat dgn kita dgn syarat tidak ada sifat menunjuk-nunjuk,riak dan bermegah-megah.apa pendapat ustaz

  4. 6

    Assalamualaikum ustaz..nk tanye..adakah melukis manusia or haiwan(makhluk brnyawa) itu berdosa besar?.bagaimana jika melukis separuh(kepala dan badan) dengan tujuan suka-suka(dan ia tidak sempurna)?bagaimana pula dengan melukis karakter kartun?

  5. 7

    Assalamualaikum…. Ingin sy bertanya, apa pula hukumnya kalau mengambil gambar? contohnya jurugambar, biasanya mereka mengambil gambar yg sempurna x kiralah haiwan atau manusia, apakah hukumnya? adakah ia sama seperti melukis gambar atau ada hadis lain yang boleh menjelaskannya? terima kasih.

  6. 8

    Assalamuakaikum ustaz..

    Adakah sama hukumnya jika meletak frame gmbr bersanding atau gambar keluarga di atas meja tetapi tidak menggantungnya di dinding?

    Anak-anak saya dan saya sendiri suka akan anak patung atau teddy bear…adakah anak patung ini kategori patung yang di haramkan di dalam rumah?

    Minta penjelasan ustaz…

  7. 9

    assalamualaikum ustaz
    sy nk tanya ada ke hukum dia haram? jika sy letak dlm bilik saja pun sama ke

  8. 10

    Laa.. kenapa satu pun tak berjawab? Takkan langsung takde respon walau satu pun? Habis ruangan ini untuk ape?

  9. 11

    ntah apa2 la…ada info tapi xde respon…jawabla bro…

  10. 12

    salam,
    check jawapan di sini
    http://bahrusshofa.blogspot.com/2011/05/hukum-menggantung-foto.html

    • 13

      byk perselisihan pendapat mengenai perkara ni. Ada yg kata harus n ada yg kata haram, ini terjadi d sebabkn x ada hadis nabi khusus utk gambar spt skg ni.. ada benarnya jg kata ulama tsebut, yg mana dia menggantung gambar kedua ibubapanya yg telah meninggal dunia, dgn harapan org yg dtg melihatnya akan mendoakan keduanya. Tapi yg paling kita risaukan sekarang ni, sdh menjadi trend masyarakat skg mengantung gambar d dinding @ meletakkn d atas meja dan menjadi tontonan org yg datang berziarah, tp gambar yg d pamerkn blh menimbulkn fitnah kalau x kena caranya, sbb kbnyakan gambar yg d pamerkn adalah gmbr2 yg se’olah2 menunjuk-nunjuk. Ramai yg mpamerkan gmbar anak2 wkt konvokesyen, gambar sewaktu berada d luar negara, ke mekah, dlm majlis2 tertentu..dan kbanyakan org dlm gmbr tersebut x menutup aurat..org yg dtg tgk pn bkn nak doakan tp ada yg berhasad dengki, kata saja nak menayang, knapa x letak dlm album sj kalau bukan nak minta puji, minta puji la tu kata mereka. Dah jadi satu fitnah..bagi sy seeloknya gambar tersebut di simpan dalam album sahaja utk kenangan dpd siap gantung kat dinding. Kalau gambar anak2 yg tak tutup aurat, org dtg tgk, kan dah jadi saham dosa utk ibubapa..kalau byk sgt dosanya dpd pahalanya, baik simpan sj elok2 gmbar tu kat dlm album. Kalau 24 jam asyik2 gmbar kat dinding tu je yg d pandang, bosan jg, nk bg doa pn dah lali asyik pandang 24jam.. org skg gantung gambar bkn sbb nak di doakn, tp nak menunjuk-nunjuk dan b’unsur riak..gambar kat dlm facebook jgn kata la..bkn stakat kat dinding rmh jer..siap satu dunia boleh tengok..wallahualam..

  11. 14

    admin sibuk kot.. tryla tanya kat fb ustaz azhar

  12. 15

    cadangan : jika mempunyai persoalan agama, sila berforum di halaqah.net.. :)

  13. 16

    apa pula hukumnya meletak gambar2 keluarga pd frame2 kecil dan diletak atas lemari perhiasan…..

  14. 17

    terima kasih atas maklumat yang diberikan.
    jika gambar keluarga seperti ambil ijazah yang seperti dikatakan di atas diletakkn dalam bingkai gambar dibolehkan ke atau tidak?

  15. 18

    assalm.. nk tnye klau gmbar kite ( gmbar keluarga ) di gantung pada dinding rumah pon di kira haram?? manusia bernyawa kan?? tlg trng kan sikit.. nk lebih faham..

  16. 19

    http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/18723
    JAKIM telah menjawab hukum menggantung gambar keluarga tidak haram
    http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/36694

  17. 20

    Assalamualaikum Ustaz,
    saya nak tahu apa hukum menggantung gambar para ulama’/ustaz-ustaz contohnya gambar ustaz azhar idrus atau dato’ nik aziz? adakah hukumnya sama seperti menggantung gambar selebriti? terima kasih kerana menjawab. :)

  18. 21

    Assalamualaikum,
    sebetulnya saya kurang paham dengan hukum tersebut,,,
    melihat kondisi yang terjadi saat ini, ada banyak umat yang melakukan hal demikian, menggantung gambar” bernyawa, entah itu berupa foto maupun lukisan…

    yang ingin saya tanyakan,,apakah dampak bagi seseorang yang menggantung gambar” bernyawa dalam konteks kehidupannya…??

  19. 22

    Assalamualaikum
    Sy nk tnya..sy seorang pelajar yang mengambil bidang graphic..so dalam bidang ni semua kerja2 sy iaitu melukis dan mendesign gambar..xkirelah ape..
    tapi masalah saya ialah berdosakah sy melukis gambar manusia ..tetapi ianya bercirikan lebh kepada carton bukan potrait.
    sy memang minat graphic n minat melukis…dan..sy keliru dalam masalah sy ni

  20. 23

    Assalamualikum,
    sebetulnya saya kurang paham dengan hukum tersebut,,,
    melihat kondisi yang terjadi saat ini, ada banyak umat yang melakukan hal demikian, karena ada yang berpendapat bahwa waktu jaman dulu orang mengambar dan membuat patung mempunyai tujuan untuk di sembah dan kalau dihadapkan dengan jaman yang moderen seperti saat ini bagaimana ustad?

  21. 24

    Apa hal agama Islam banyak patang-lalang. Jadi gambar pemimpin negara pun diharamkan. Kenapa Allah tak hukum non-Muslim yang tak mengikut ajaran Islam bahkan kelahiran mereka masih tinggi. Jelas sekali ini semua tipu-helah dari pencipta agama. Ini zaman baru jangan lagi kena tipu.

    • 25

      Astaghfirullahalazim…tak baik ckp mcm tu…setiap pantang-larang tu mesti ada sebabnye..Allah tau ape yg terbaik utk hambanye..sy takde lah pandai mane pon dlm agame ni…tp baik saudara ucap syahadah semula kalau saudara islam…

    • 26

      islam agama yg sangat halus dan sempurna. cuba anda bandingkan dengan agama lain. setiap ajaran yg diajar dalam islam ada bersebab. bagi yg bukan islam, anda kena dalami betul2 apa itu islam baru anda faham. dan bagi yg sudah islam dan masih ragu2 dan mempermainkan hukum allah, esok2 saat ajal depan mata baru anda akan faham apa tujuan anda dihidupkan di dunia. hidup adalah untuk mati. hidup menuju pencipta NYA. ALLAH. senang di dunia tidak bermakna senang di akhirat. tapi amal dunia menjamin akhirat. moga ALLAH sentiasa memberi hidayah. manusia takkan pernah puas dengan nikmat dunia. islam mengajar segalanya.

      • 27

        rasanya zaman baru ni non-muslim…haha kelaka korg ni…..tk yh layan non muslim ni…sbb aini diorg mrh sbb kita expose kan ttg halal dan haram……esok2 diorg akn kecoh plk sbb tk igtkan diorg….tk igtkan diorg yg betapa ptingnya agama islam ni…kena relaks ….y ptg skg…..TIADA PAKSAAN…kalau diorg nak dgr dn fikir ,biarkan diorg buat..kalau diorg tknk dgr dan fikir pon……terserah..yg ptg skg kita yg muslim usaha utk buat yg terbaik utk diri dan semua saudara kita…..tk perlu nak paksa sesiapa…yg ptg kalau kita tjuk cntoh yg baik…Insya Allah suatu hri nnti ade kebaikan dn hkmahnya…wallahua’lam……

  22. 28

    walaubagaimanapun,dibolehkan gantung gambar-gambar ulama,para pemimpin yang adil supaya kita sentiasa ingat agama.

  23. 29

    salam..saya ada kekeliruan d cni,saya pna baca dlm satu blog yang myatakan klu mgantung @ meletakn gambar family hukumnya tidak salah tetapi adalah salah jika gambar yang digantung e2 adalah gambar seorg artis @ gambar yg bernyawa kita agung2kan @ yang kita puja…?????

  24. 30

    msa skolah mnengah ustat ada bgtahu klu nk lukis manusia boleh tp jgn bagi sempurna.. contohnya sparuh badan. . dan bkenaan gmbr letak d dinding tue.. ustazah norbahayah pn letak gmbr familynya d ruang tamu.
    dan ustat bgtahu lg hanya gambr binatang sja yg tdk boleh d jadikn prhiasan dlm rumah..

  25. 31

    berhati2 dgn hadis palsu..

  26. 32

    bagaimana jika sy menggantung gambar keluarga mahupun gambar sy d ruang tamu rumah sy?

  27. 33

    kalo gambarnya itu sempurna dari ujung kepala ampe ujung kaki tetapi tidak nenunjukkan raut wajahnya apakah itu masih haram ustadz….????

  28. 34

    Secara umumnya hukum gambar ini terbahagi kepada dua pendpt:

    1) Haram secara mutlak kecuali dharurat seperti gambar IC, Passport dan seumpamanya. Pendapat ini disokong oleh Sheikh Ibn bin Bazz.
    2) Harus yang difatwakan oleh Syekh Muhammad Bakhit, Mufti Mesir dan disokong oleh Dr Yusuf al-Qaradawi.

    Pendapat haramnya gambar itu berlandaskan dalil berikut:

    Ali bin Abu Talib juga berkata, “Rasulullah s.a.w. dalam (melawat) suatu jenazah ia bersabda: Siapakah di kalangan kamu yang akan pergi ke Madinah, maka jangan biarkan di sana satupun berhala kecuali harus kamu hancurkan, dan jangan ada satupun kubur (yang bercungkup) melainkan harus kamu ratakan dia, dan jangan ada satupun gambar kecuali harus kamu hapus dia? Kemudian ada seorang laki-laki berkata: Saya! Ya, Rasulullah! Lantas ia memanggil penduduk Madinah, dan pergilah si laki-laki tersebut. Kemudian ia kembali dan berkata: Saya tidak akan membiarkan satupun berhala kecuali saya hancurkan dia, dan tidak akan ada satupun kuburan (yang bercungkup) kecuali saya ratakan dia dan tidak ada satupun gambar kecuali saya hapus dia. Kemudian Rasulullah bersabda: Barangsiapa kembali kepada salah satu dari yang tersebut maka sungguh ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w.” (Riwayat Ahmad; dan berkata Munziri: Insya Allah sanadnya baik)

    Manakala pendapat kedua iaitu harus, Dr Yusuf al-Qaradawi megatakan bhw apa yg pasti dilarang adalah gambar-gambar yang dipahat atau dilukis dan kemudiannya diagungkan. Juga termasuk gambar yg diharamkan adalah gambar yg dibuat utk menandingi ciptaan Allah. Ini berdasarkan hadis berikut:

    “Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: Bagaimana saya masuk, sedang di dalam rumahmu itu ada korden yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu tetap akan memakainya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar.” (Riwayat Nasa’i dan Ibnu Hibban)

    Dari hadis di atas, maka boleh dibuat kesimpulan bahawa gambar yg dipotong/dihinakan bolehlah dimanfaatkan. Namun begitu, bolehkah gambar yg dimaksudkan dalam hadis di atas boleh diqiaskan kpd gambar fotografi yg diambil dgn menggunakan kamera atau videocam. Dr Yusuf al-Qaradawi menerangkan bahawa kalau illatnya itu tidak ada, yang dihukumpun(ma’lulnya) tidak ada. Oleh yang demkian gambar yg diambil melalui kamera itu hukumnya harus. Dr Nasih Ulwan mengatakan keharusan ini dihubungkan dengan tujuan pergambaran itu. Jika ia untuk tujuan yg baik dan kebajikan, maka haruslah ia.

    Adapun hadis yg diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib di atas, gambar yg dimaksudkan adalah kerana gambar-gambar/patung-patung tersebut adalah lambang kemusyrikan jahiliah yang oleh Rasulullah sangat dihajatkan kota Madinah supaya bersih dari pengaruh-pengaruhnya.

    Maka berdasarkan keterangan ringkas di atas, kami(al-Ahkam) memilih pendapat Dr Yusuf al-Qaradawi. Walaupun hukum gambar fotografi ini harus, namun keharusannya bersyarat. Berikut kita sertakan kesimpulan hukum gambar(Dari fotografi dan juga lain2) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi:

    1. Macam-macam gambar yang sangat diharamkan ialah gambar-gambar yang disembah selain Allah, seperti Isa al-Masih dalam agama Kristen. Gambar seperti ini dapat membawa pelukisnya menjadi kufur, kalau dia lakukan hal itu dengan pengetahuan dan kesengajaan.
    2. Begitu juga pemahat-pemahat patung, dosanya akan sangat besar apabila dimaksudkan untuk diagung-agungkan dengan cara apapun. Termasuk juga terlibat dalam dosa, orang-orang yang bersekutu dalam hal tersebut.
    3. Termasuk dosa juga, orang-orang yang melukis sesuatu yang tidak disembah, tetapi bertujuan untuk menandingi ciptaan Allah. Yakni dia beranggapan, bahwa dia dapat mencipta jenis baru dan membuat seperti pembuatan Allah. Kalau begitu keadaannya dia bisa menjadi kufur. Dan ini tergantung kepada niat si pelukisnya itu sendiri.
    4. Di bawah lagi patung-patung yang tidak disembah, tetapi termasuk yang diagung-agungkan, seperti patung raja-raja, kepala negara, para pemimpin dan sebagainya yang dianggap keabadian mereka itu dengan didirikan monumen-monumen yang dibangun di lapangan-lapangan dan sebagainya. Dosanya sama saja, baik patung itu satu badan penuh atau setengah badan.
    5. Di bawahnya lagi ialah patung-patung binatang dengan tidak ada maksud untuk disucikan atau diagung-agungkan, dikecualikan patung mainan anak-anak dan yang tersebut dari bahan makanan seperti manisan dan sebagainya.
    6. Selanjutnya ialah gambar-gambar di pagan yang oleh pelukisnya atau pemiliknya sengaja diagung-agungkan seperti gambar para penguasa dan pemimpin, lebih-lebih kalau gambar-gambar itu dipancangkan dan digantung. Lebih kuat lagi haramnya apabila yang digambar itu orang-orang zalim, ahli-ahli fasik dan golongan anti Tuhan. Mengagungkan mereka ini berarti telah meruntuhkan Islam.
    7. Di bawah itu ialah gambar binatang-binatang dengan tidak ada maksud diagung-agungkan, tetapi dianggap suatu manifestasi pemborosan. Misalnya gambar gambar di dinding dan sebagainya. Ini hanya masuk yang dimakruhkan.
    8. Adapun gambar-gambar pemandangan, misalnya pohon-pohonan, korma, lautan, perahu, gunung dan sebagainya, maka ini tidak dosa samasekali baik si pelukisnya ataupun yang menyimpannya, selama gambar-gambar tersebut tidak melupakan ibadah dan tidak sampai kepada pemborosan. Kalau sampai demikian, hukumnya makruh.
    9. Adapun fotografi, pada prinsipnya mubah, selama tidak mengandung objek yang diharamkan, seperti disucikan oleh pemiliknya secara keagamaan atau disanjung-sanjung secara keduniaan. Lebih-lebih kalau yang disanjung-sanjung itu justru orang-orang kafir dan ahli-ahli fasik, misalnya golongan penyembah berhala, komunis dan seniman-seniman yang telah menyimpang.
    10. Terakhir, apabila patung dan gambar yang diharamkan itu bentuknya diubah atau direndahkan (dalam bentuk gambar), maka dapat pindah dari lingkungan haram menjadi halal. Seperti gambar-gambar di lantai yang biasa diinjak oleh kaki dan sandal.

  29. 35

    Macam mana dgn gambar/logo proton(kepala harimau),apa hukumnya?

  30. 36

    gantung jela gambar apa pun, takde iman ke?

  31. 37

    Penapis Santan? Ada juga ke yang gantung gambar ni…kih…kih…kih…

  32. 38

    Soalan… klu gambar bernyawa tu kita letak dlm bilik bleh x?? Bilik pintu tertutup… Di ruang tamu xda gbar bernyawa…malaikat masuk jugak kah?? Dan apa kelebihan malaikat rahmat ni masuk rumah??

Leave a Reply

CommentLuv badge