Soal Jawab Agama

Hukum Cium Anak Semasa Tidur

Hukum Cium Anak Semasa Tidur

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan: Ustaz..betul ke kita tidak boleh cium anak masa dia sedang tidur..tolong di penjelasan ustaz..?

Jawapan:

Boleh kita mencium anak kita sedang tidur kerana tak ada nas yang melarangnya. Terdapat hadis Nabi SAW menggalakkan mencium anak-anak tanda kita kasih dan sayang padanya.

Abu Hurairah r.a berkata :

قَبَّلَ النَّبِىّ صلى الله عليه وسلم الْحَسَنَ بْنَ عَلِىٍّ ، وَعِنْدَهُ الأقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِىُّ جَالِسًا ، فَقَالَ الأقْرَعُ : إِنَّ لِى عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ، فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، ثُمَّ قَالَ : مَنْ لا يَرْحَمُ لا يُرْحَمُ

“Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam mencium Al-Hasan bin ‘Ali, dan di sisi Nabi ada Al-Aqro’ bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro’ berkata, “Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka yang pernah kucium”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallampun melihat kepada Al-‘Aqro’ lalu baginda berkata, “Barangsiapa yang tidak merahmati / menyayangi maka ia tidak akan dirahmati” (HR Al-Bukhari no 5997 dan Muslim no 2318)

Dalam kisah yang sama dari ‘Aisyah r.ha- ia berkata :

جَاءَ أَعْرَابِى إِلَى النَّبِى صلى الله عليه وسلم فَقَالَ : تُقَبِّلُونَ الصِّبْيَانَ ، فَمَا نُقَبِّلُهُمْ ، فَقَالَ النَّبِى صلى الله عليه وسلم أَوَأَمْلِكُ لَكَ أَنْ نَزَعَ اللَّهُ مِنْ قَلْبِكَ الرَّحْمَةَ

“Datang seorang arab badui kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam lalu berkata, “Apakah kalian mencium anak-anak laki-laki?, kami tidak mencium mereka”. Maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam berkata, “Aku tidak boleh berbuat apa-apa kalau Allah mencabut rasa rahmat / sayang dari hatimu” (HR Al-Bukhari no 5998 dan Muslim no 2317)

BACA:  Sebab-sebab Malaikat Rahmat Tak Masuk Rumah

Ibnu Batthool rahimahullah berkata, “Menyayangi anak kecil, memeluknya, menciumnya, dan lembut kepadanya termasuk dari amalan-amalan yang diredhai oleh Allah dan akan diberi ganjaran oleh Allah. Tidakkah engkau perhatikan Al-Aqro’ bin Haabis menyebutkan kepada Nabi bahawa ia memiliki 10 orang anak laki-laki tidak seorangpun yang pernah ia cium, maka Nabi pun berkata kepada Al-Aqro’ ((Barang siapa yang tidak menyayangi maka tidak akan disayang)

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

3 Comments

  1. Klu cium baby time dia sdang tidur pon xpe la eh? Ade kawan ckp tkut bdak tu tkena gangguan nanti.

    1. Takde masalah pun, sebaliknya mengeratkan rasa syg lg terhadap anak2…darah daging kita kan, jika kawan cik mengatakan begitu dia perlu membuktikan terlebih dahulu apa yg dia katakan, mengikut dari nas2 al quran ataupun dr hadis2 sahih ttg tidak boleh mencium anak semasa tidur.

    2. Takde masalah pun, sebaliknya mengeratkan rasa syg lg terhadap anak2…darah daging kita kan, jika kawan cik mengatakan begitu dia perlu membuktikan terlebih dahulu apa yg dia katakan, mengikut dari nas2 al quran ataupun dr hadis2 sahih ttg tidak boleh mencium anak semasa tidur, berpandulah pada al quran dan sunnah itulah panduan hidup kita.insyaallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *