Ibadah

Hukum bernazar dalam Islam

nazar

Nazar hanya sah apabila ia diucapkan dengan lisan. Hal ini menjadi kaedah am dalam hukum dan amalan. Sebagaimana hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam:

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا مَا لم تعْمل بِهِ أَو تَتَكَلَّم

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengampuni umatku apa yang dibisikkan dalam hati selama mana ia tidak dilaksanakan atau diucapkan” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tidak ada lafaz yang khusus buat nazar. Cukup dengan lafaz yang menunjukkan ke arah melazimkan diri dengan sesuatu.

Contohnya: “Wajib atas saya untuk melakukan / tidak melakukan sekian sekian” atau “Saya berjanji dengan Allah untuk sekian sekian”; walaupun tidak disebut perkataan nazar itu sendiri.

Harus diingat, sebahagian ulama termasuk Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahullah melihat bahawa hukum nazar adalah makruh bahkan Syeikhul Islam Ibnu Taimiah cenderung ke arah pengharamannya. Ini berdasarkan hadis Ibnu Omar bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

لا تَنْذُرُوا فَإِنَّ النَّذْرَ لَا يُغْنِي مِنَ الْقَدَرِ شَيْئًا وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ من الْبَخِيل

“Janganlah kalian bernazar; sesungguhnya ia tidak bisa mempengaruhi takdir; ia hanya dilakukan oleh orang yang bakhil” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini hukum nazar secara am. Adapun kalau seseorang itu sudahpun bernazar, maka wajib untuknya melaksakannya selama mana ia adalah suatu yang baik atau harus. Sebagaimana sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلا يَعْصِهِ

“Barangsiapa bernazar untuk taat kepada Allah maka hendaklah dia taat; dan barangsiapa bernazar untuk kemaksiatan maka janganlah ia melakukannya” (Riwayat Bukhari).

Adapun nazar maksiat, cukup dengan dia tidak menunaikan nazar itu kerana ia maksiat. Tidak ada kafarah yang wajib ke atasnya. Selain itu, bagi mereka yang melanggar nazar atau ingin menebus nazarnya, kafarah nazar adalah:

BACA:  Zulhijjah bulan pelengkap sistem ibadat ummah

1. Memberi makan kepada sepuluh orang miskin; atau
2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin; atau
3. Memerdekakan seorang hamba.

Sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Maa’idah, ayat 89.

(Rujukan Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin)

Ustaz Idris bin Sulaiman
Pegawai di Pejabat Kedutaan Arab Saudi

20 Comments

  1. Salam, saya ingin bertanya. dahulu saya pernah memberitahu ibu saya yang saya tak akan kahwin selagi belum membeli sebuah rumah untuk beliau. tapi disebabkan kekangan hidup dan ekonomi sekarang, saya masih tidak mampu untuk membeli rumah kepada beliau. Apa pendapat ustaz tentang perkara ini?

  2. terima kasih dengan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat buat semua…berhati-hati dlm bernazar…

    1. Salam ustaz&ustazah..sy ingin bertanya, sy sudah setahun berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak lg.. Tetapi sy sudah bernazar didalam hati, jika isteri sy mengandung, sy akan botak kan kepala sy.. Dan bila isteri sy tidak dtg bulan slama sebulan, dan selepas buat prangnant test (negetif), perlukah sy membayar nazar sy itu?

  3. Assalamualaikum ustaz.. Saya ingin bertanya sesikit.. Macam mana cara nak memberi makan kepada sepuluh orang miskin tu.. ?

  4. assalamualaikum ustaz..sy nk tanya,sy sblm ni ad beringat kt diri sy,kalau sy lulus satu ujian”sekolah” saya akn benazar puasa selama 5 hari…tapi sy ad berkata lg,puasa sy tu boleh d lakukan selang2 hari…..bolehkah sy bernazar sedemikian….?

    1. tiap seorang tu kira sekali kenyang

  5. Aslm..ustaz..saya mau tanya..waktu itu saya bernazar untuk beli 10 sak semen ke mesjid..nah masalah nya mesjid lg nggak renovasi skg..boleh nggak nazar nya saya genti barang lain yg dibutuhkan oleh masjid tp seharga semen 10 sak itu pak..mksih.. Mhn petunjuk

  6. Assalammualaikum…. Ustad,
    Bagaimana sy hendak mengetahui atau menilai seseorang itu miskin yg boleh sy kafarah nazar? Tlg bantu sy ustad.

  7. kalo hukum nazar makruh kenapa dalam al-Qur’an itu diperbolehkan?

  8. jika saya kata dalam hati, aku bernazar akan bahagiakn mak ayh ‘ adakah sah nazar tersebut ?

  9. Salam..saya ingin bertanya,,sebenarnya saya ingin bertanya secara private atau pribadi dgn akun twiter atau bbm,,supaya lebih jelas N lebih mudah untuk dimengerti,,apakah bsa membalas nya dgn no hp atau ap yg bsa dihbungin,,saya sya tunggu yah,,
    Ni pertnyaan saya,,apakah pantas seorang suamu mencaci maki istrinya N mengungkit” msalah suaminya telah menafkahi istrinya tp tdk ikhlas,,dan apa hukuman nya dlm islam low suami tersebut sudah mengutarakan kata” cerrai lebih dri 3x,tp itu smua dlm keadaan emosional N diluar kendali,,itu apa hkum dlm islam nmanya

  10. Assalamualaikum….

    Saya niat bernazar puasa sebulan, tetapi saya tidak nyatakan saya akan berpuasa terus sebulan atau berselang seli.

    Soalan saya,

    1) Apakah hukumnya saya berpuasa terus sebulan?
    2) Apakah hukumnya saya berpuasa berselang seli sehingga cukup
    30 hari..?

  11. ASK
    Jika kita lupa dengan nazar yang kita ucapkan apa yang harus kita lakukan ?

  12. Assalamualaikum
    Saya mau tanya, waktu itu saya pernah bernazzar “apabila saya mendapatkan teman yang baik dan asik dalam seminggu ini saya akan puasa senin kamis” pada seminggu itu nazzar saya belum terpenuhi tapi seirng berjalannya waktu, saya mndptkan teMan yg saya maksud, tapi belum sepenuhnya, dan beberapa bulan (awal 2015)kmdian saya mendapatkan teman yang saya nazzarkan itu, dan saya lupa akan nazzar saya kmdian saya ingt nazzar saya dan saya belum sempat melaksanakannya dan hari ini saya berniat untuk melaksanakannya pada hri senin apakah itu masih bisa untuk melunaskannya

  13. Salam.. Saya ingin bertanyakan satu soalan.. Jika kita bernazar sesuatu, boleh ke kita menukar niat bernazar kita? Mohon diberi pencerahan…

  14. Terima kasih di atas perkongsian.

  15. ass… ustads… nei sy ad nazar skitar 8 thn yang lalu berpuasa 1 mnggu.. smpai skrng sy blum tbus.. seandaix sy tdk mnbus it,, ,,,,?

  16. coba dipikirin lagi, kalo gabisa bernazar, ya gausah.

  17. Assalamualaikum. Nak tanya, saya ada berhajat seandainya doa saya termakbul, maka saya akan bernazar selama seminggu. Tetapi, apa yang saya hajati tidak termakbul. Jadi, apakah saya masih perlu menjalani nazar yang saya telah janjikan atau tidak?

  18. Saptiman sebi saptiman sebi

    Asalamualaikum selamat sejahtera ,,,saya nak bertanya,,, saya hendak bernazar dan melakukan membotakkan kepala saya dan selepas saya botak sampai nampak kulit kepala..dan rambut tumbuh sekali lagi wajib ke saya membotakkan kembali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!