Harta, Keluarga, Muamalat, Nasihat

Hidup tenang tanpa bebanan hutang

Berhutang itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Juga Baginda saw pernah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” ( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)

Bagaimanakah bebanan hutang boleh kita atasi ?

  1. Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaik mungkin.
  2. Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan.
  3. Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa.
  4. Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang.
  5. Libatkan saksi dalam proses peminjaman.
  6. Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan.
  7. Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling.
  8. Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang.

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan kezaliman manusia.”

Jom, rancang kewangan agar bahagia dunia akhirat.

By: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Galakan Islam Pada Kekayaan

4 Comments

  1. pengurusan hutang boleh dilakukan juga di AKPK. insyaAllah itu usaha yang terakhir jika x mampu tangani beban hutan gyang keliling pinggang

  2. Tau Buat, Tapi Malas... | Blog Uncle Zuan

    […] Di sini, di kongsikan doa menghindari rasa malas dan mengelakkan cengkaman hutang: […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *