Isu Semasa

Harga Minyak RON 95 Dinaikkan 1 Sen Setiap Minggu Bermula Januari Depan

Harga petrol RON95 akan dinaikkan sebanyak 1 sen setiap minggu bermula Januari tahun depan sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, pihak kementerian telah memutuskan untuk melaksanakan perkara tersebut sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran.

Beliau berkata demikian dalam sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat.

Pihak kementerian telah mengambil langkah berikut bagi mengelakkan harga barangan daripada naik secara mendadak di samping dapat meringankan kos sara hidup rakyat.

Menurut beliau, harga minyak petrol akan diapungkan secara berperingkat sebanyak satu sen pada setiap minggu sehingga harga RON95 mencapai harga pasaran.

Jawapan tersebut diberi selepas soalan tambahan yang diajukan oleh ahli Parlimen Kota Samarahan iaitu YB Rubiah Binti Awang berkenaan dengan mekanisme kementerian dalam mengelak harga barang meningkat dikemukakan.

Bagaimanapun program PSP ini tidak akan dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Labuan. Harga RON 95 disana kekal pada harga subsidi RM2.08 seliter.

 

Sumber: siakapkeli.my

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Maruah Israel semakin tercalar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *