≡ Menu

Giliran Bashar al Assad semakin hampir

Samada disengajakan atau tidak, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.

Presiden Bashar al Assad (Presiden sekarang) telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.

Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Bashar al Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri (lebih 6,000 menurut PBB) dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan. Manakala lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki.

Beliau mewarisi kekejaman diktator seumpama ayahnya Hafez al Assad yang pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001. Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja. Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ribuan kanak-kanak Syria kini terkorban

Masyarakat antarabangsa harus menginsafi isu ini dan mengutuk kekejaman Bashar al Assad yang terus mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga Hizbullah, Lubnan selain daripada mendapat bekalan senjata daripada Russia dan Cina.

Gilirannya akan tiba jua….

Dengan penuh keyakinan bahawa gilirannya akan tiba apabila beliau juga bakal mencium jejak langkah sekutunya yang digulingkan seumpama Presiden Zainal Abidin Ali di Tunisia, Ghadaffi di Libya dan juga Presiden Hosni Mubarak di Mesir.

Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. pernah berkata “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”

Malahan kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah swt di dalam surah al-Israk ayat 81 yang bermaksud:

“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Teruskan ambil peduli dan doakan untuk saudara seaqidahmu di Syria….

Juga baca :

Kalau nak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Syria, saudara-i boleh cuba lawati Syria dan kenali permasalahan sebenar yang berlaku di bumi Syam ini.

By: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 5 comments… add one }
  • MoSE February 21, 2012, 8:43 pm

    Assalamualaikum… tidak bersetuju dgn penulis meletakkan Gaddafi sebaris dgn pemimpin zalim yg lain.

    Kajian lebih mendalam patut dibuat sebelum propaganda US/Israel memasuki jiwa kita dgn memburukkan pemerintahan Gaddafi.

    Umat Islam perlu berhati-hati dgn campurtagn USA / Israel dlm memecahbelahkan rakyat di negara Islam dgn memberi bantuan kpd pihak2 yg akan menjadi boneka mereka kelak bila memerintah.

    Inilah yg telah berlaku di Iraq dan Afghanistan.

    Wassalam

  • Anti gaddafi March 13, 2012, 1:53 am

    Tiada kasihan pd gaddafi kerana diamanah utk memerintah negara tp cuai dan kufur atas segala nikmat diberiNYA

    • mie March 15, 2012, 1:02 am

      ulama bersepakat mengatakan bahawa gaddafi adalah kafir kerna menolak hukum Al-Quran dan As-Sunnah dalam pemerintahannya biarlah kita amat ketahui bahawa beliau amat menitik beratkan hal2 kebajikan rakyatnya dalam pemerintahan beliau..tetapi hukum ALLAH adalah segala-galanya..mintak maap kalu silap info..

  • aku jugak anak melayu lah October 21, 2012, 5:59 am

    mula – mula Gaddafi, lepas tu Bashar al Assad, next is Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula kot, kakakaka kelakar betul bangsa melayu ni.

    • Jumpa di padang Mahsyar November 12, 2013, 3:12 pm

      Salam bro, nak samakan TGNA dengan pemimpin Arab yang Syiah? Astargfirllahalazim, TGNA mengikut al-Quran dan Sunnah la bro. Menfitnah bukan2 bukan kecil dosanya. Dalam hal ni tak boleh dibawa bergurau. Kena pergi mohon maaf dengan empunya badan kalau bro nak tau. Dosa antara manusia Allah tak ampun kecuali orang yang dianiaya itu yang memaafkan. Suka hati la bro nak cakap apa, yang penting jaga amal sendiri dulu ler..

Leave a Comment

CommentLuv badge