Tazkirah

Gambaran Kehidupan Orang Yang Beriman

SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.

Riwayat Ahmad dan Muslim

Huraian Hadith & Pengajaran Hadith:

  1. Kerjasama adalah kunci kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Ia boleh mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan stabil kerana daripada kerjasama akan menerbitkan kemesraan berkomunikasi, kasih sayang serta saling bersimpati di antara satu sama lain. Bak kata pepatah cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit.
  2. Makhluk Allah adalah saling perlu memerlukan di antara satu sama lain di mana manusia tidak mungkin hidup tanpa alam persekitarannya dan alam persekitaran pula tidak akan membangun tanpa ada manusia yang mengusahakannya.
  3. Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat Islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

5 Comments

  1. Assalamuaalaikum,
    Macamana untuk menjadi orang yang beriman?
    Iman adalah perkara dalaman yang tidak dapat dilihat, cuma boleh merasai. Ia melibatkan niat, ikhlas dan yakin..Perkara inilah yang hilang dan perlu dititik beratkan. Penyatuan antara Iman dan Islam adalah perkara yang mesti dihebahkan.

  2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa berzikir di dalam hati LaaillaahaillAllahMuhammadurrasullullah. Merupakan Tiang bagi Iman.
    Selepas pegangan Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Rasul Allah ini meresap dan lekat di dalam hati baru lah terpancar Islam pada diri seseorang Hamba. Akan terbit lah taqwa. Selagi amalan ini tidak dilakukan kita tidak akan dapat merasai iman, yakin, ikhlas , ketenangan dan kekuatan serta kesejahteraan. Diri Rohani perlu di beri perhatian serious dalam amalan……………..
    Apakah Iman?

    1. 1.asalamu alaikom: ada satu hadis brbunyi..: assola tu ima duddin wamam tarakaha faqad hadamaddin.
      2. dari umr radiallahu aanhu..talah brkata: diantara kami duduk disisi rasullah s.w.tiba2 ada seorg lelaki tlah dtang pada kami sgt2 putih pakaian nye dn sgt2 hitam oleh rambut nye tidak nampak atas nye oleh kesan2 org masafir dn tidak seseorg pn knal dia,sahingga dia talah duduk dekat nabi s.w.maka dia tlah menyendar 2lutut nye kepada 2lutut nabi dn dia tlah letak 2tapak tngan nye atas 2paha nabi dn ,dn dia telah brkata :ya muhamad bgi tau lah kamu pda aku tentang islam.maka nabi telah bersabda :brmula islam itu bahwa sanye kamu naik saksi bahwa tidak ada tuhan yang di sembah melingkn allah dn bahwa muhamad itu ialah pesurah allah dn kamu mendiri kn solat dn menunaikn zakat dn kamu puasa dibulan ramadhan dn menunaikn haji dibaitil haraam jika kamu mempu.lelaki itu telah berkata banar lah kmu.maka nabi pn hiran bgi nye oleh dia yang menyual dn dia pulak yg membenarkn.kemudian dia tnye nabi lgi serta dia kata :maka khabarkn lah anda pada sy tentng iman .nabi pn jawab :bahwa sanye kamu iman lah kapada allah dn malaikat nye dn kitab2 nye dn rasul2 nye dn iman hari akhirat dn kmu iman dgn takdir biak nye dn jahatnye.kemudian lelaki itu telah kata benar lah anda ckp.lepas itu dia tnye lgi: maka khabarkn lah anda pada sy tentang ihsaan nabi pn jawb: bahwa sanye kamu ibadat lah kpada allah seolah2 kmu nampak tuhan. maka jika kamu tidak nampak allah maka bahwa tentu allah nampak kamu.maka khabarkn lah anda pda sy tentang hari kiamat .nabi tlah jawab tidak ada seorg yg tnye dari tentang kiamat dngn labih tahu daripada org yg di sual.kemudian lelaki itu telah tnye lg :
      maka khabrkn lah anda pada sy tentang alamat hari kiamat.nabi telah jawab :bahwasa nye melahir oleh ibu akn ank nye..tp ibu itu lah yg menjadi hamba bg ank nye sendiri , dn bahwa kamu akn nampak org yg pakai pakaian tp seolah2 tidk ada pakaian nye.
      kemudian nabi telh brsabda kepada umar : wahai umar adakah kmu knal siapa yg tnye tdi? umar tlah jawab : allah dn rasul lah yg terlebih tahu.nabi bersabda : maka sesungguh nye jibril tlah datang pda kamu dia yg mengajar kamu akn agama2 kmu.
      rawahu muslim…

  3. 1. Umat yg mengaku Islam tidak lg menutup aib saudara Islamnya malah dengan berani menabur fitnah.

    2. Umat yg mengaku Islam tidak lg terasa bila saudaranya Islamnya ditindas malah dengan sorak riang berkata menegakkan keadilan hinggakan berperang dan membunuh saudara Islamnya.

    3. Umat Islam hari ini amat menyedihkan apatah lagi berkata tentang iman yg ghaib (batiniah) sedangkan zahir yg dipertontonkan sama sekali tidak memaparkan keimanan baik secara ikhlas mahupun tidak ikhlas.

    Sesungguhnya hanya Allah yg maha mengetahui segala sesuatu kejadiannya… Wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *