General

Farah Lee: “Hijrah Aku Pada Tarikh Hijrah Nabi”

Farah Lee bukanlah seorang selebriti TV, bukan juga seorang penyanyi. Namun, nama Farah Lee cukup dikenali di Instagram dengan pengikut lebih setengah juta orang.

Hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Ally Iskandar, seorang personaliti TV3 pada tahun 2012, beliau dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Maream Esaabel. Farah dilihat sebagai seorang wanita yang cekal dan bersemangat walaupun bergelar ibu tunggal. Perkara itu tidak pernah menenggelamkan semangatnya untuk terus berusaha memperbaiki kehidupannya. Farah juga aktif mengusahakan butik pakaian onlinenya dengan jenama Omma & Esabel.

Baru-baru ini Farah memuat naik gambarnya di Instagram berlatar belakangkan Lapangan Terbang Leeds Bradford dengan caption “Hijrah Aku Pada Tarikh Hijrah Nabi”. Beliau rupanya telah melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Pengajian Kanak-Kanak.

Jika para pembaca ingin tahu, Farah sebenarnya mempunyai latar belakang pelajaran yang bukan nya calang-calang semenjak bangku sekolah. Wanita ini seorang pelajar yang sangat aktif dan pernah merangkul 5A dalam UPSR, 8A PMR dan 11A 1B ketika SPM. Hal ini berlanjutan sehingga ke peringkat universiti. Beliau juga mempunyai segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan dari Universiti Inha, Incheon.

Semoga kecekalan Farah menjadi pedoman buat wanita-wanita di luar sana. Selamat menempuh kembara ilmu diucapkan kepada Farah Lee . Semoga terus kuat menghadapi kehidupan di hadapan!

 

Sumber: tazkirah.net 

BACA:  Keistimewaan Pengebumian Umat Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!