General

Fakta Tentang Telaga Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zam Zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah terletak di bawah garis permukaan laut. Menurut beliau, air Zam Zam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zam Zam.

Lantaran isu tersebut, Raja Faisal segara memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air Zam Zam ke Eropah untuk diuji. Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut Jeddah, diberi tanggungjawab menyelidik dan mengkaji air Zam Zam

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya. Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di Eropah, terbukti bahawa air Zam Zam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.

Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

Air Zam Zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam Zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

BACA:  8 Tip Penting Untuk Membeli Al Quran Di Pasaran

Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air Zam Zam tetap berair. Dan air Zam Zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air Zam Zam ketika pulang ke negaranya kerana air Zam Zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Fakta Menarik

Permukaan air Zam Zam adalah sekitar 10.6 kaki di bawah permukaan tanah. Adalah sebuah mukjizat dari Allah SWT bahawa ketika telaga Zam Zam dipam terus-menerus selama 24 jam tanpa henti dengan tingkat sedutan 8 ribu liter/detik, permukaan telaga akan turun hingga 44 kaki di bawah permukaan tanah.

Tetapi, ketika pengepaman berhenti, permukaan telaga segera kembali pada 13 kaki di bawah permukaan tanah setelah 11 minit. Kiraan 8 ribu liter/detik;

Bererti 8,000 x 60 = 480,000 liter/minit

Bererti 480,000 x 60 = 28.8 juta liter/jam

Bererti 28,800,000 x 24 = 691.2 juta liter/hari

Jadi ada 690 juta liter air Zam Zam dipam dalam 24 jam tetapi telaganya terisi kembali hanya dalam waktu 11 minit !!!

Ada dua mukjizat di sini.

Pertama, bahawa telaga Zam Zam terisi kembali dengan segera, dan kedua bahawa Allah SWT memiliki kuasa yang luarbiasa untuk tidak mengisi telaga Zam Zam secara berlebihan sebab jika sebaliknya, dunia akan tenggelam oleh luapan air Zam Zam yang demikian besar #jompahala

 

Sumber: Rohizan Ya

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *