Keluarga, Perkahwinan

Fahamilah!!! Orang Perempuan ni, Bila Emosinya Penat, Maka Segala Sikap & Perangainya Akan Keluar

Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan dalam hidup. Ini kerana ianya merangkumi kehidupan anda di masa akan datang

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan penyatuan dua insan yangmana bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Bahkan perkahwinan juga melibatkan dua buah keluarga yang akan menjalinkan persaudaraan.

Melalui perkongsian seorang lelaki melalui laman sosial bahawa; Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar:

Saya pakai baju macam biasa. Isteri nampak terus tanya; “Kenapa pakai baju tu?” Saya tengok baju yang saya pakai. Ya! Saya sedang memakai baju. Apa salah baju ni. Ini kan baju yang biasa saya pakai? Saya tanya diri. Buruk padahnya kalau tanya isteri. “Oh, takpe. Abang pakai baju lain ek. Takyah lah. Pakai je baju tu” Baik. Baru nak buka sarung balik.

“Bagi sup tulang dan nasi satu!” Order di kedai makan. ‘Kenapa order sup tulang je? Cuba abang makan lain plak!” Allahu, nak makan pun tanya lagi. “Kalau camtu, abang tukar makan lain lah ya” ‘Tak yah. Susah plak nak tukar-tukar. Makan je’ Bergetar rasa iman. Terbayang syurga yang akan didiami. Terasa burung-burung turut menyanyi supaya kurang rasa nak kakikan isteri.

Sebelum tidur, isteri diam di hujung tv. Ni kalau pejam mata terus, memang mimpi ngeri. Baik tanya dulu, walau berhadapan saat ni, Allah je yang tahu sukarnya nak hadapi.

‘Saya tidur dulu ya’ Sambil hulur tangan pada isteri. “Tidur je tahu” Allahu, dah malam tidurlah sayang. Nak main teng-teng ke? Saya duduk depan isteri. Saya lihat wajahnya. Saya tatap matanya. Saya tak usik apa-apa walau tangannya.

BACA:  Perlukah Anda Berleter?

Saya cuma kata, “Abang ni lelaki. Lelaki yang suami. Banyak perkara yang boleh abang hadapi, tapi abang memang lemah untuk menghadapi isteri. Kalau ada terasa, abang minta maaf. Kalau ada tak cukup, mintalah. Abang akan usaha. Kalau semua tak sempurna, doakan itu pada Tuhan kita”

Isteri perlahan-lahan pegang tangan. Meletakkan kepala di bahu. ‘Maafkan saya. Saya penat..’ Ya, hanya itu sebenarnya isteri kita. Dia penat. Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar dan membaham suaminya.

Kadang suami mampu diam, Kadang suami tak faham, Kadang suami tak tahan, lalu keluar dan tinggalkan. Sebab itu, kitalah yang kena hadapi mereka. Kitalah yang kena dengar mereka. Kitalah yang kena sabar dan kebal hal ni.

Jika tidak, kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan facebook dengan segala keluh kesah. Sungguh, Rumahtangga sememangnya suatu ujian. Ujian yang membuatkan suami dan isteri akan sangat dekat dengan Tuhan. Sangat mendidik dan menghiburkan.

 

Sumber: kalamindah.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *