Fadhilat Puasa Sunat Asyura’
November 30th, 2011 | 8:30 pm | Ibadah | 20 responses
Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Bibiografi
- Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.
- Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.
- Sunan Abu Daud
- Al-Lafzu al-Mukram bi Fadhaili ‘Asyura al-Muharram, Ibnu Nasaruddin ad-Dimasyqi, Rimadi lin-Nasyr

















responded on December 1st, 2011 at 8:55 am
salam. maknanya kite disunatkan puasa pada 9 & 10 muharam la ye? bersamaan hari ape tu ye. terima kasih .
responded on December 1st, 2011 at 11:16 am
esya : bersamaan 5 & 6 December 2011
responded on December 1st, 2011 at 8:56 am
salam. maknanya kite disunatkan utk berpuasa pd 9 & 10 muharam la ye? bersamaan dgn hari ape tu ye? terima kasih.
responded on December 1st, 2011 at 12:59 pm
nak share dalam blog..will credit ke sini…=)
responded on December 1st, 2011 at 2:13 pm
Assalamualaikum,
Saya nak tanya, kalau saya himpun kan puasa ganti dan puasa ‘Asyura ni boleh ke tak???
TQ.
responded on December 1st, 2011 at 11:21 pm
Lebih baik selesaikan yang wajib dulu..ganti puasa Ramadhan.
responded on December 5th, 2011 at 10:09 pm
Masfira: boleh, tapi niatnya haruslah puasa hari asyura dahulu kmudian niat puasa ganti. tp klu nk puasa sunat 6 / sunat isnin khamis, kne niatkan puasa ganti dahulu kemudian br puasa sunat. wallahualam…
sy dapat ni drp ust Don Daniyal.
responded on December 1st, 2011 at 2:16 pm
Mohon share..:-)
responded on December 4th, 2011 at 8:17 pm
Sedikit musykil. maknanya kaum yahudi pakai kalendar hijrah macam muslim jugak ke?
responded on December 4th, 2011 at 11:01 pm
klu cmbine ngn pose gnti blh ke????klu blh… niat dye cne???
responded on December 4th, 2011 at 11:39 pm
insyaAllah saya juga akan berpuasa…..
mohon share
responded on December 5th, 2011 at 12:30 am
boleh, ada ulama yg membenarkan, niat dgn bahasa melayu sudah memadai
responded on December 5th, 2011 at 6:51 am
yg wajib dan yg sunat jgn disekalikan..
responded on December 5th, 2011 at 6:53 am
assalamualaikum….
utk membezakan puasa asyura dgn puasa org yahudi kta boleh puasa before n after hari asyura? means kalau tlepas puasa 9 muharram bleh puasa pda 10 n 11 muharram sbg puasa asyura ek?
responded on December 5th, 2011 at 8:24 am
Kalau kita terlupa yang hari ini hari asyura,adakah sah puasa sunat asyura ini kalau kita membaca niat selepas pukul 8 pagi?
responded on December 5th, 2011 at 9:52 am
kalau nak puasa 10 Muharam je boleh ke
responded on December 5th, 2011 at 11:43 am
mohon share…=p
trma kasih
responded on December 5th, 2011 at 1:09 pm
mohon utk share dlm blo. terima kasih
responded on December 5th, 2011 at 9:39 pm
Assalamualaikum.. insya’allah esok sye akn berpuasa sunat Asyura’ namun hari ke 9 muharam sye dh terlepas.. tak jadi masalah ke.. bolehkah sya terus berpuasa setiap isnin & khamis dlm bulan mulia ini… (puasa sunat)?
responded on December 6th, 2011 at 7:35 am
Kalau telepas hari ke 9 Muharam, boleh di ganti dengan hari ke 11 Muharam…, ini hanya untuk membedakan kita dengan golongan yahudi atau pun kaum nashara…, wallahualam..