Ibadah

Dugaan Wukuf di Arafah, Bahang Panas dan Air Mata

Dugaan Wukuf di Arafah

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Mona Din di Facebook.

Antara pengalaman paling bkesan dalam kerja haji saya, ialah tatkala berwukuf di Arafah.

Ini kerana, wukuf amat penting.
Ia adalah rukun haji.
Dikatakan, Haji Adalah Arafah…

Waktu wukuf, Allah SWT akan turun ke langit paling bawah, akan berada dekat dengan orang-orang yang berwukuf, mendengar setiap keluhan, menatap wajah, mengangkat doa2 serta mngampunkn semua dosa2 kita..

Waktu ini, sepatutnya kita khusyuk berdoa, bertalbiah, beristighfar, bertasbih, berzikir, beristighfar dan membaca Al Quran.
( ..namun, lebih digalakkan berdoa ).

Dan pastikan masa kita terisi sepenuhnya unt bhubung dgn Allah.

Pastikan air mata kita mengalir di bumi Arafah. Mohonlah ampun sebanyak2nya, kerana setiap titisan air mata yang mengalir kerana takutkan Allah & mnyesali dosa2 silam, akan di ampunkn Allah, dan menjadi pemadam api neraka buat kita di akhirat kelak.

Waktu wukuf, kala bdoa, cuba lembutkanlah hati kita. Buang ego, ngalirkan lah air mata keinsafan, kerana sekeras mana pun hati manusia, sepatutnya ia mampu cair juga di bumi Arafah, melainkan jika diri sendiri yang tidak mahu mencairkan hati2 kita…

Kala berwukuf, sebaik selesai solat zohor, sgt di galakkn jemaah bersegera keluar dari khemah dan mencari kawasan terbuka, di bawah langit Arafah, untuk berdoa.

Ini kerana Rasulullah pun berbuat begitu.

Dan Rasulullah teramat khusyuk berdoa pada waktu ini, slepas Zohor hingga tbenamnya matahari Maghrib 9 Zulhijah.
Pastikan jadual beribadah selama hampir 5 jam itu ( dr zohor ke magrib) telah siap di buat dan di susun. Wirid2 sudah siap di atur, doa2 sudah siap dikarang. Jadi masa x tbuang. Kalau di sana masa wukuf baru nak fikir apa nak wirid, apa yang nak didoakan, saya takut kita main buat apa yg ingat saja, akhirnya ibadah kita x begitu sempurna, malah mungkin kita akn terlupa doa2 yang penting…

Sejak dtg haji pertama 2009, saya sering diingat2kn oleh ustaz dan shbt2, ttg pentingnya wukuf di Arafah.

Pentingnya supaya sihat.
Pentingnya supaya cukup rehat.
Pentingnya supaya cukup tidur sbelum bmula waktu wukuf.
Pentingnya supaya mjaga badan & mata agar segar, supaya tak mngantuk, sbb sebaik masuk wukuf waktu zohor, jemaah sering di uji dgn rasa mnengantuk yg amat sangat !!!!
Tersangat betul lah apa yg di pesan ramai itu…
Apatah lagi, di haji 2015 ini, jemaah diuji dgn cuaca yang Astagfirullah, tsgt panas, suhu dikatakan mcapai or mungkin mlebihi 47C.

BACA:  Petua Dan Cara Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Sebaik sampai ke khemah mlm tu, bsedia unt tidur, almost setiap jemaah mula gelisah.
Bayangkn tidur dgn suhu 47C, dgn jemaah penuh sesak 50 org dlm khemah kecil yg tkepung keliling, tanpa kipas, tanpa aircond….

Bahang panas yg mbakar di dlm khemah, sukar di lupakan. Rata2 ramai yg x blh tidur, dan ada yg mrungut, dah la panas, banyak pula nyamuk !

Saya yg tidur antara dihujung, mbuka sedikit plastik khemah, cuba mcari udara luar, namun tak bjaya, sbb di luar pun, Allahurabbi, panasnya mcm dlm oven.

So spnjg mlm, semua mmaksa diri, cuba juga tidur, wlu peluh jgn di cerita, basah mleleh, belengaih satu bdn…
Esok pagi, seusai suboh, saya cuba paksa mata unt tidur kembali lagi. Ini penting unt pastikn bdn segar dan mata x mngantuk selepas waktu zohor nanti, masa unt bmunajat & bdoa. Tapi mlgnya, sbb saya jenis x tidur siang, wlu dipaksa, mata ttp segar bugar jugak😭😭

Sebaik selepas khutbah & solat Zohor bjemaah, saya lihat kbnykn jemaah mula gelisah.
Kepanasan dan bahang melampau mula mganggu tumpuan, mnyakitkn badan.

Sudah ramai yg mula batuk, mula pening, mula demam, mula letih, mula tak keruan, dan yg paling kuat dan sihat pun, mula mengantuk !!!

Saya sendiri pun tkena tempiasnya juga.

Kerana itu, saya cepat2 keluar khemah, mcari ruang sesuai di bawah langit Arafah. Memaksa diri unt berasa segar, mula unt bmunajat & bdoa..

Saya capai satu kerusi plastik putih. Saya letakkn di bawah rendang pokok, duduk, dan dgn lafaz Bismillah, mula bdoa..
Tetapi Subhanallah, cuaca yg luarbiasa panasnya, tlalu mganggu. Kerusi plastik itu, rasa berapi, spt mbakar2 punggung saya. ( heran, ini plastik ok, bukan besi )…lalu saya ambil kertas tebal kotak, lapikkn kerusi, duduk & bdoa, tapi ttp panas bagai mbakar juga…

BACA:  5 Tips Untuk Anda Berjaya Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

Dan Astagfirullah, wlu mata mbaca doa2 yg telah tsedia di dlm notes hp, namun x langsung dpt masuk ke otak. Tak blh fokus. Tak tahu apa yg di baca, apa yg di minta..Mata pula sgt mngantuk, mcm langsung x blh nak di buka…,
Saya mnoleh di beberapa khemah keliling.

Ya Tuhanku, ramainya yg terbaring, ttidur lena…Yg lain, kelihtn sgt resah, sdg bkipas2, bkeluh kesah, krn kepanasan…
Saya mula sedar, ujian tlh bmula. Di saat manusia di uji kepayahan, kita mudah goyah, dan syaitan masuk mngambil ksempatan..

Hati tiba2 jadi sebak.. Kau tolonglah aku Ya Allah. Jgn uji aku dgn ujian yg aku x mampu hadapi. Aku mahu beribadat, aku mahu btaubat. Aku mahu bdoa kpdMu. Tolonglah aku Ya Allah…

Tiba2 saya putuskn, saya perlukn Mr Hubby di sisi. Saya perlukn dia unt jadi tunggak kkutan saya ( awalnya kami dah bsetuju unt bdoa sendiri2, bukn bdua, sbb mungkin dia segan nak mnangis depan saya, agaknya..)

Maka dgn lafaz Bismillah, dlm hati x putus2 bdoa minta Allah bantu pmudahkn, saya ke khemah sbelah, mcari Mr Hubby..
Dan Alhamdulillah, dia juga rupanya mngalami situasi yg serupa. Kala bberapa jemaahnya juga kalah, tbaring lena, dia juga sbnrnya sdg mmikirkn saya…MasyaAllah, 2 kali rupanya beliau dtg ke khemah mcari saya, dgn segelas kopi panas di tgnnya, di bancuhnya unt saya, tapi x jumpa saya, kerna saya di luar, di lain tempat, mngadap langit tbuka..
Lalu akhirnya kami setuju unt mcari tempat duduk unt bdoa, bdua, bersama2…

Dgn 2 helai kotak buat alas, kami meronda kwsan, dan akhirnya di bwh sebatang pokok mambu, di apit 2 khemah jemaah Infonesia, kami duduk bdua, mbdekati Allah, bsama2…

Kali ini, bagai di bantu malaikat dr langit, ke dua2 kami, bsemangat sekali..

Mr Hubby mnjadi khalifah, mngepalai mbaca doa yg tlh saya kumpulkn sekian lama, yg begitu panjang, dan saya, mengaminkannya, dgn kuat dan khusyuk sekali..
Selepas bdoa, kami bwirid bsama2.

Setelah puas bwirid, kami kembali bdoa. Kali ini saya pula yg mngetuai, mbacakn doa yg lain pula, juga yg tlh saya sediakn, khusus buat diri sendiri, pasangan, ibubapa, anak2, keluarga, sanak saudara, sahabat handai..dan Mr Hubby mngaminkannya..
Selepas bdoa bsama, kami bdoa sendiri2 pula.

BACA:  Fadhilat Puasa Hari Arafah

Saya lihat Mr Hubby bbaring di tanah. Muka & matanya tbuntang luas menatap langit terbuka. Mulutnya kumat kamit, matanya bkaca, apa yg terucap di bibir plahannya, di dlm hatinya, hanya Allah Taala yg tahu & mndengarnya…

Dan saya sendiri, bdn terasa semakin ringan, karena hati terbang mengingat Allah, fikiran ralit mbayang dosa2 silam, juga tkenang wajah mak ayah, teringat kembali derita2 lampau..mengingat bagaimana terkadang ksusahan hidup mereka mbesarkn kami 12 beradik, mbuatkn ayahemak payah mjlnkn tjwb kpd Allah..

Allahuakbar, kala bdoa unt mereka, airmata bagai hujan, dan kata Mr Hubby, dia tkejut ptamakali mdengar saya spt mraung2, wlu dlm suara plahan, sgt ttahan2..

( dan saya kira masa inilah dia bangun, mrakamkn saat penuh emosi saya, di hpnya, tanpa saya sedari..)
Berdoa berdua, bsama2, sambil mlihat airmata mleleh di pipi, adalah kenangan paling syahdu unt sepasang suami isteri…
Dan di akhir wukuf petang itu, kami mlepaskn diri masing2, mberi ruang kpd diri sendiri, unt mgapai Allah bseorangan, di waktu paling puncak, paling afdal, brberapa minit sebelum matahari berundur pergi, dan melabuhkn tirai siangnya..
Saya di luar khemah, di atas bangku rendah, di bwh teduh ranting, mnyaksikn matahari jatuh searah Qiblat, merasai nikmatnya masih mmiliki nyawa yg Allah beri, masih berupaya melihat siang btukar mlm, sambil terus bdoa dan bdoa, bsama airmata yg tiada hentinya..

MasyaAllah, blalu akhirnya wukuf di Arafah.
Pengalaman yg tiada galang gantinya.
Pertarungan antara diri sendiri & syaitan..
Pjuangn zahir bathin jiwa kerdil insan..

Sedang Allah dan malaikat2 setia menanti & mnyaksi, begitu dekat dgn kita, apakah kita menang atau kalah dlm melalui ujianNya, berlakukah pnyerahan jiwa raga setulus-tulusnya, sbg rasa bsyukur & terimakasih kita, kerana di pilih mjadi tetamu Allah…

Semoga Allah mnerima, dan mengampunkan semua dosa2 kita…
Ameen Ameen Ya Rabbul Aalameen..

3 Comments

  1. Semoga mendapat Haji mabrur…Insyaallah

  2. Aamiin.. Aamiin.. Alhamdulillah berkongsi pengalaman yg amat baik untuk kami jadikan landasan, semuga kami juga siberi izin dn kekuatan mengharungi segala dugaan dengan penuh keimanan dan mendapat keredhaan Allah.. Aamiin.. Aamiin.. InsyaAllah

  3. Wuquf. 1436H. Saat dinanti. Usai solat zohor tamam dgn asar, mencari ruang utk berdoa.benar, suhu DLM kemah panas, INI ujian.Pengalaman 2015 saat yg xmgkin dilupakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!