Uncategorized

Dua Mualaf Sabah Sanggup Berjauhan Dengan Keluarga Demi Ilmu Agama

Rubiah berkata, selain itu beliau juga sering dilayan dengan baik apabila bertanya mengenai agama kepada rakan-rakannya yang beragama Islam.

“Saya mendapat hidayah lima tahun lalu kerana sering bergaul dengan rakan-rakan dan jiran beragama Islam dan alhamdulillah, saya sudah menghafaz 15 juzuk al-Quran dan berharap dapat menamatkan hafazan tahun depan,” katanya yang telah belajar di madrasah itu sejak tiga tahun lalu.

Selepas tamat pengajian, Rubiah berhasrat pulang ke Sabah untuk berdakwah dan mengajar tentang Islam di kampungnya.

Siti Nuraimisha dan Rubiah merupakan dua pelajar mualaf daripada 42 pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah.

Mereka dibawa ke madrasah itu atas usaha seorang pendakwah di Sabah selepas mendapat kebenaran daripada penjaga dan waris masing-masing.

Sumber : BERNAMA

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  4 Hikmah Disebalik Amalan Tolong-Menolong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *