Tazkirah

Doa Seorang Anak Soleh Yang Dinantikan

Sebak terasa di hati ini. Habis sahaja ceramah di Johor semalam terus saya pulang ke Kuala Lumpur meredah kesepian malam.

Tiba di Kuala Lumpur terkejut sangat,Ya Allah. Penuh orang dan jem. Bermula dari Chow Kit. Sayang sangat dekat anak-anak kecil Itu.

Teringin melihat mereka jadi Daie Allah. Banyak soalan daripada kakak dan abang-abang di situ. Air mata saya menitis bila melihat anak kecil berebut makanan yang ada.

Seorang kakak berkata kepada saya;

“Ustaz, saya memang tak solat semenjak umur 12 tahun lagi.”

Saya dengar jadi sebak. Kisahnya dia mendapat keluarga angkat yang telah mengambil kesempatan ke atas dirinya bertahun-tahun. Sehingga dia menjadi trauma.

Saya berpesan padanya;

“Dik solat ialah tanda kita seorang hamba Allah. Solatlah meskipun apa terjadi dalam hidup kita. Insyaa Allah, Allah pasti bukakan segala jalan bagi musibah yang kita alami.”

Selepas itu saya ke Dataran Merdeka dan memberikan perkongsian di Club Thai dan Club Liquid yang penuh arak. Anak mudi kelihatan semua baik-baik. Mereka suka mendengar nasihat.

Saya rasa sedih orang Islam beratur masuk club yang dihidangkan arak, berpusu-pusu masuk. Mereka semua anak yang baik-baik. Bila tanya mengenai solat. Rata-rata langsung tidak solat. Ada yang solat cuma sekali-sekala. Ramai yang dah lama tinggal solat.

Ramai yang bekerja club senyum dan bagi salam pada saya. Sebab kami dakwah betul-betul depan club tu. Ramai juga yang segan agaknya, mereka berjalan jauh-jauh.

Bila cerita mengenai mak ayah. Merek akata;

“Rindu sangat pada mereka, terima kasih ustaz. Saya banyak salah dengan mak ayah saya. Selalu juga marah tengking dia orang. Rasa nak minta maaf. Nak layan mak ayah baik-baik.”

BACA:  Penyakit Cinta Dunia Yang Sangat Merbahaya dan Membinasakan

Paling sedih ada seorang pemuda berantai leher, rambut berwarna dan bercerita sudah lama tidak solat. Saya peluk dia. Dia dah tiada mak ayah beberapa tahun lepas kerana sakit.

Saya jadi sebak. Kerana dia lah anak soleh yang doanya dinanti-nantikan oleh mak ayahnya. Matanya bergenang walaupun dia gelak-gelak. Benarlah bila ingat mak dan ayah. Anak-anak jadi baik. Kerana Allah beri sifat kasih sayang kepada ibu bapa.

Sebak sangat tengok ramai anak perempuan Islam menghisap rokok dan pakaian yang sangat ketat, jika mak ayah tengok mesti terkejut.

Ya Allah mereka baik, berilah hidayah buat mereka dan kami semua.

Kawan-kawan saya yang kali pertama ikut semua rasa seronok dan rasa sebak. Katanya dulu-dulu kita jalan pusing Kuala Lumpur macam anak-anak muda ini.

Hari ini kita pusing-pusing buat dakwah pula. Macam manalah Nabi S.A.W buat dakwah ye sampai ke hujung hayat. Ya Allah, ampunkan dosa kami semua.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *