Ibadah, Solat, Tazkirah

Doa Mohon Pelindungan Yang Boleh Dibaca Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir

Banyak anjuran berdoa yang disunatkan semasa solat – sewaktu membaca doa qunut, semasa sujud dan juga semasa tahiyyat akhir iaitu setelah selesai membaca tahiyyat akhir (sebelum salam). Ada beberapa doa yang sahih yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada para sahabat. Berikut antaranya:

Doa Pertama – Perlindungan Daripada 4 Perkara

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ بِمَا بَدَا لَهُ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud (membaca tahayat akhir semasa solat), maka mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara iaitu dari siksaan neraka Jahannam, siksaan azab kubur, fitnah semasa hidup dan fitnah semasa kematian dan dari kejahatan Al-Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa sahaja yang ia inginkan.”
(HR Nasai No. 1293 -Status hadis sahih)

Antara lafaz doa semasa selesai bacaan tahiyat akhir ialah sepeti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal. (HR Bukhari No. 1288 – Status hadis sahih)

Doa Kedua – Memohon Ampun Atas Kesalahan Diri Yang Zahir Atau Tersembunyi

BACA:  Cara Rasulullah Memuliakan 10 Malam Terakhir Ramadan

Daripada Ali bin Abi Thalib RA berkata:

ثُمَّ يَكُونُ مِنْ آخِرِ مَا يَقُولُ بَيْنَ التَّشَهُّدِ وَالتَّسْلِيمِ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Kemudian apa yang dibaca di antara tasyahhud dan juga salam adalah: “Ya Allah, ampunilah (dosa) aku yang telah aku lakukan dan yang aku telah tangguhkan. Dan apa yang telah aku rahsiakan serta apa yang telah aku zahirkan. Dan apa yang telah aku bazirkan, sesungguhnya Engkau lebih mengetahuinya lebih daripadaku. Engkau yang mendahulukan serta Engkau yang mengakhirkan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.”
(Riwayat Muslim (771)

Doa Ketiga – Memohon Ampun Kerana Telah Menzalimi Diri Sendiri

Daripada Abu Bakar RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: Ajarkanlah kepadaku satu doa untuk aku membacanya di dalam solatku, lalu Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah dosa-dosaku serta rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Riwayat al-Bukhari, No. 834)

Selain daripada doa yang telah kita amalkan dalam doa selepas solat, ayuh ‘upgrade’ satu lagi doa untuk diamalkan sewaktu dalam tahiyat. Anda boleh pilih salah satunya yang mudah dan sesuai dengan keinginan hati anda sendiri. Selamat beramal!

 

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *