Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita

December 9th, 2011 | 1:20 pm | Ibadah, Remaja, Tazkirah | 19 responses

Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Kredit - www.darussyifa.org

Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

saffone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(19)

  1. 1

    im interested but i cant understand can i have a english version. thanks…

    • 2

      you just copy and paste in google translate.

    • 3

      Doa untuk lelaki mendapatkan jodoh macam mana pula Ustaz

  2. 4

    saya sangat setuju dengan artikel ini, bahwa jodoh, maut dan rizki sudah diatur oleh Allah. Smoga kita yang belum berjodoh selalu mendapat lindungan agar terhindar dari budaya2 sesat yang sekarang tersebar luas dilingkungan sekitar kita. Banyak berdoa agar kita mendapat jodoh yang bisa membahagiakan didunia maupun diakhirat. amin

  3. 5

    saya seorang kristian dan saya mempunyai pasangan yang beragama islam dan saya sangat bersyukur dan percaya bahawa allah yang menentukan takdir dan jodoh kita dan saya juga berterima kasih kerana mendapat pasangan seperti sekarang yang telah menyedari saya tentang agama islam malah saya juga tertarik ingin msuk islam kerana allah dan bukan disebabkan pasangan saya itu dan saya mohon doakan saya agar allah izinkan saya msuk islam serta doakan untuk ahli keluarga, saudara mara dan datuk nenek saya agar hati mereka lembut dan terbuka dgn mengizinkan saya msuk islam. doakan agar allah berikan hidayah Nya kepada saya. terima kasih. diharap mendapat maklum balas di email saya.

    • 6

      Ya Allah kau berikan taufik hidayahmu kepada hamba mu ini, agar cita2nya untuk memelok Agama Islam dipermudahkan. Amin-amin-amin

    • 7

      insyaAllah, semoga Allah permudahkan jalan kamu, ameen. sesungguhnya Allah tidak akan pernah meninggalkan hambaNya yang ikhlas mencariNya.

      “Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya (dosa hambanya yang bertaubat melainkan mereka yang mati dalam keadaan syirik). Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah Al-Zumar, ayat 53].

      you may start with the AlQuran, read the tafsir and translation and Allah will show you the way, insyaAllah.

    • 8

      may Allah s.w.t give u hidayah and success in this world and hereafter. amin

  4. 9

    Salam untuk semua, saya sedang mencarikan jodoh anak perempuan saya telah diceraikan oleh suaminya, hendaklah seorang lelaki yang bertanggungjawap, beriman, penyayang, dan berkemampuan untuk mendirikan masjid, berumur biar lebih 35 tahun.

    • 10

      “Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim”
      zaman sekarang ramai yg menjadi andartu… aku menjadi takut.. adakah aku salah seorang darinya… ya Allah aku x ingin sendiriaan di dunia mahupun akhirat…
      Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
      Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
      Ke jalan yang Engkau redhai…
      Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah… Amin..

      • 11

        semuga allah menerima doa mu

  5. 12

    Truly agreed wit this article.me is practising those advices as me is stil waiting for da man fated by Allah for me.i always pray that i will be istiqamah in the process.we planned a good things for us but Allah has a better plan for us.100% believe in Allah wihny doubt…nawaitulillahi taala…

  6. 13

    *without any doubt….correction

  7. 14

    Kena Amalkan ni semoga bertemu jodoh yang baik-baik

  8. 15

    Can anyone tell me where to find the ayat in the Quran?

  9. 16

    pertemu kaan jodoh ku nya allah .aku mohon engaku lah kurniakan hamba perpasngan .sama orang yang soleh dan baik hati , laki nyang pekasa . dan menuruti perintah allah . amin – amin

    saya pengen laki an ya berumur . : 35 .TAHUN. ZA.
    saya pengen umur saya di penjang kan usia ku . ini para cewek .

    restu jua kah sama cowok yang kita idaman hati para cewek jenius .

    terima kasih ada membaca nya.

  10. 17

    semua rencana indah pernikahan ku, tiba2 hancur, dan ia meninggalkan ku dengan alasan yang seharusnya ia bisa bicarakan terlebih dahulu, sakit rasanya pengorbanan ku selama 3 tahun untuk lebih mendekatkan ia kepada ALLOH ternyata belum bisa membuatnya mengerti. q precaya Alloh memberikan yang pantas untuk Nya, dan Aku bersyukur mungkin ini yang terbaik, dan Alloh akan memberikan yang terbaik bagi ku. amin

  11. 18

    jodoh itu khan sd Allah yg kcih brrti apakah skrg kta hnya duduk mnunggu jodoh dtang
    yati recently posted..Ketika ortu tidak seperti yang kita dambahkan

  12. 19

    ayat ni daripada sumber mana?quran ke?

Leave a Reply

CommentLuv badge