Ibadah, Isu Semasa

DNA Babi dalam makanan di Tesco & Secret Recipe

Hari ini aku rasa terpanggil untuk menulis mengenai tajuk yang aku jumpai di dalam website halal jakim mengenai penemuan DNA BABI pada produk satu syarikat yang ditarik kembali status halal oleh Jakim. Aku menulis ini, supaya pengguna – pengguna di Malaysia dapat informasi dan maklumat mengenai perkara ini, bagi menyelamatkan umat Islam dari memakan makanan yang dicampuri dengan bahan – bahan yang haram. Perkara ini sangat penting kerana ia akan menjadi darah daging kita yang akan tumbuh menjadi daging di badan. Ini sebenarnya adalah masalah yang serious yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa.

Website Halal Jakim yang anda boleh dapati mengenai perkara ini sila KLIK SINI.

Syarikat yang mengeluarkan bahan – bahan yang mengandungi DNA Babi tersebut boleh dilihat dengan KLIK SINI.

Syarikat Secret Recipe mendapatkan bahan – bahan daripada syarikat ini, antara produk yang digunakan dari syarikat Puratos anda boleh lihatnya di website Halal Jakim dengan klik pada Caption gambar di bawah.


Mungkin ramai yang tidak sedar juga yang produk – produk makanan tesco juga mengambil bahan – bahan daripada syarikat Puratos ini, anda boleh melihatnya di website Halal Jakim dengan KLIK SINI.

Seperti anda dapat lihat produk dari Puratos akan meletakkan perkataan Talento di bahagian hadapan dan nama syarikat yang diambil darinya, contoh dari Tesco

TALENTO SANDWICH TESCO 20/80
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO DOUGHNUT TESCO 40/60
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO SOFT ROLL TESCO
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

Nama secret recipe pula:

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

BACA:  Puasa tanpa solat

TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

Jadi adakah Syarikat Puratos mengeluarkan nama produknya juga menggunakan nama Tesco dan Secret Recipe,pihak Tesco dan Secret Recipe perlu jelaskan dengan jelas mengenai nama produk Puratos ini,ianya mengelirukan.

Aku menulis ini bukan untuk menjatuhkan mana – mana syarikat, tetapi aku ingin sampaikan maklumat ini kepada saudara – saudara Islam di Malaysia, adakah kita sanggup DNA babi masuk ke dalam badan kita ke badan anak – anak kita dan keturunan kita, adalah tanggungjawab kita untuk memberhentikan perkara ini.

Ingatkah kita dengan ayat di dalam Al Quran mengenai ini

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”
(Al Baqarah 168)

Di dalam Hadis Nabi s.a.w ada menyebut beberapa perkara tentang tidak termakbulnya doa sekiranya makanan yang masuk ke dalam badan kita adalah haram,ada dua jenis haram di sini,iaitu makanan itu sendiri haram dan sumber mendapatkan makanan itu dari pekerjaan yang haram,tetapi di dalam topik ini kita berbincang mengenai makan yang bercampur dengan benda yang haram.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: “Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari.”

Satu lagi hadis yang menyebut mengenai perkara ini:

BACA:  Menteri Israel: Jet Pejuang Israel Harus Menjatuhkan Bom Ke Atas Kanak-Kanak Gaza

Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya diterima: “Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya.”

Jadi, aku telah berkongsi serba sedikit maklumat mengenai perkara ini dan pentingnya menjauhkan diri dari makanan – makanan yang ada bahan – bahan yang diharamkan oleh agama Islam. Terpulanglah pada anda untuk berkongsi perkara ini dengan saudara – saudara yang lain,kepada Secret Recipe dan Tesco, mungkin syarikat – syarikat ini tidak mengetahui pada awalnya produk pembekal mereka mempunyai DNA Babi,kerana pada awalnya Puratos ada status halal yang kemudiannya ditarik kembali oleh Jakim,jadi pihak Secret Recipe dan Tesco hanya perlu menukar kepada pembekal yang lain yang benar – benar halal dan nyatakan secara terbuka di media untuk pengetahuan ramai yang anda tidak menggunakan bahan – bahan tersebut supaya ianya jelas kepada pengguna Islam di Malaysia.

Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada Tuhan,marilah lakukan bersama.

Sumber: Abdullah KAS

Update! 3:35am 26/05/2011

Kenyataan rasmi dari Secret Recipe Malaysia

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut:

Update! 4:06am 26/05/2011

BACA:  Apostates in Malaysia and Singapore

Kenyataan rasmi dari JAKIM

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. Menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  2. Mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
  3. Melakukan proses samak dan
  4. Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Update! 4:06am 26/05/2011

Kenyataan rasmi dari Puratos Malaysia Sdn Bhd



48 Comments

  1. Acapkali kita diperbodohkan dgn perkara2 spt ini. Kekadang terkedu dibuatnya sbab dah termakan. Kita dah elak yg lain pula yg datang. Siapa yg nak disalahkan. Kita yg terlampau memilih atau pihak berkuasa yg kurang pemantauan.

    1. Assalam,
      Di M’sia ni org2 bukan islam akan melakukan apa shj asalkan business mereka maju & menguntungkan. Oleh kerana orang2 islam pentingkan halal, maka mereka akan meletakkan tanda halal (pada mulanya mungkin mengikut syarat halal jakim, tapi selepas itu, adakah jakim follow up untuk memastikan mereka betul2 patuh syarat2 halal tersebut?) Mereka tahukah kesan balasan allah kalau mereka menipu? mereka tahukah haram & halal selain babi & arak? Oleh itu, sebaiknya sebagai orang islam, kita makan saja apa yg kita betul2 pasti halal. Contohnya, saya tak pernah makan mee kuning, kicap, semua jenis jeruk, belacan, roti, kek, biskut, cincau, tahu, steamboat dll yg dikeluarkan oleh org2 cina kerana saya pasti, produk tersebut ada mengandungi bahan2 yg was2 bagi saya. Begitu juga nasi ayam, laksa, dll yg dihidangkan direstoran cina menggunakan tanda halal, masih diragui kerana saya tahu mereka tahu melayu hanya mahu tengok tanda halal tapi tak pernah jengok dapur dan bahan2 yg digunakan dlm masakan mereka. So, fikirlah sendiri, jika kita ingin mempunyai darah daging yg halal! Masak sendiri atau makan di restoran org cina yg ada tanda halal?

  2. how come JAKIM kan give HALAL cert pada mereka at the 1st place?betul2 check ke tidak jakim nih?ke diorg pun ikut rumors jugak?bila org bunyi mcm nih,baru hegeh2 gi check.kalau nak ikut sijil kertas tu,makcik2 jual nasi,jual mee..ada sijil halal ke?takde sapa pulak nak gi tanya.ntah ia ntah tidak makcik tu check sumber2nya..tapi kalau company besar..wahhh..kemain lagi beria checknya.maklumla..company besar mungkin % pun besar..ehemm..

    1. fikir dlu sebelum ckp ..
      jgn mencampurkan emosi ketika hendak memberi komen ..
      😀

    2. why? sebab permohonan diorg lulus dan Jakim mmg iktiraf Secret Recipe Cake & Cafe sebagai halal.
      Puratos dah kasi surat yang terang lagi nyata tersuluh Secret Recipe, yg juga syarikat milik bumiputera (read: Melayu), tak menggunakan produk Puratos.
      jgn la terperangkap dgn propaganda mahu menimbulkan syak wasangka kat sistem Halal kat Malaysia. byk lagi benda lain yang boleh pikir/buat.

      1. makan masakan dr rumah kan senang..haha

      2. maaf saudara Secret Recipe bukan milik Bumiputera, dia milik keluarga Cina, wassalam

      3. maaf secret recipe bukan milik bumiputra

        1. :(( yaaaa mmg betul milik olang Chin….tp melayu yg operate…..pk pk kan lerrrr….

      4. Aku musykil dengan kenyataan :-

        ‘Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik kembali sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.’

        Kenapa sampai tarik balik? Setahu aku sebelum ini kalau kotor dan melanggar prosedur akan dikenakan notis. Kemudian…tutup kilang atau premis. Ini mesti ada ke-mengena dengan RAMUAN DI DALAMNYA. Kali ini mungkin tindakan diambil secara berhati-hati. Tidak seperti kes Cadbury. Cadbury sampai ‘merayu’ buat iklan jenamanya halal 1 muka surat penuh dalam akhbar. Iklan TV pun ada siap pelakon pakai kopiah-melambang halal dan sucinya Cadbury. Tapi… aku pasti Cadbury tetap hilang pelanggan setia.

        Dalam kes Secret Recipe ni… fikir dulu. Penaja bersama dan syarikat yang terlibat dengannya termasuk la Anchor. Tau tak Anchor tu apa? Syarikat arak, bukan? Tak percaya selak muka belakang menu resepi restoran tu. Tu yang sedap giler dan gebu.

        Satu lagi panduan nak beli kek. Kalau kek likat dengan coklatnya yang berkilat tak seperti coklat kek buatan home made…minta dijauhkan la. Sebab kandungan lemak haiwan khususnya babi dah tentu ada. Itu kek coklat. Bagaimana dengan kek perisa biasa. Susah nak tau…

        Tepuk dada…tanya selera…

  3. Jangan ragui Halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim, coz sehingga kini inilah satu satunya badan di dunia Islam yang menjadi rujukan semua. Bagi yang dah pernah memohon sijil halal dr Jakim tahu le betapa ketat dan sistematiknya sistem halal yang Jakim ada. I kalau dah ada logo Halal Jakim makan je, kalau IFRC sorry… buweeeksss!!!

  4. Siti Zahidah Ab Karim

    ”Masya-ALLAH,Alhamdulillah,ana telah dapat ilmu yang baru melalui website ini dan ana harap agar sesiapa sahaja yang telah dapat sedikit sebanyak ilmu daripada laman ini patutlah disebar-sebarkan kepada sahabat dunia akhirat,insy-ALLAH..ana sangat tersentuh dan terdidik apabila membaca setiap artikel yang terdapat di dalam laman ini,semoga insan2 yang berusaha untuk menyampaikan ilmu yg bermanfaat & menyebarkan dakwah Nabi ini akan dapat Rahmat & Keredhaan dari ALLAH..”

  5. kenapalah orang-orang kita suka sangat mengharamkan yang halal ?
    dan suka pula menghalalkan yang haram ?

    1. klu mkn babi dkatakn halal,itu bru dnmakan mghalalkan yg haram…apa da

  6. Aku lebih percaye JAKIM..maaf, kenyataan rasmi ni boleh dipertikaikan..mane no ruj file? surat die xde tandatgn..mane2 pihak boleh buat..in fact aku pn leh buat, then print pdf..stakat letterhead mcam tu, leh je create..kalu kite 0rg Islam dh x percaye pada JAKIM, xkan cina n india plak yg nak percaye..?sedih nye tgk 0rg islam sndiri mmpertikaian credibility badan islam seumpama JAKIM..ade bukti ke d0rg amek %?kalau x de, itu fitnah namenye..Astaghfirullah..kte sesame Silam, saling bantu mmbantu, JAKIM bukan ade ramai kkitgn utk pantau mende ni semua, sbb tu ade talian aduan..untuk kte bantu d0rg pantau masalah mcm ni..jgn tuding jari sesuke hati n salahkan 0rg lain je..muhasabah diri..Wallahhualam..

  7. org islam skrg..byk beno mmpertikaikn halal n haram..lame2 org bkn islampn fed-up tgk n dgr…cmne kite nak tarik org bkn islam msuk islam..wlhal islam ni x mnyusahkn..yg mnyusahkn org islam itu sndiri..klau smue bende nak kene selidik asal usulnye..apepun keadaannye..tawakkal je la..pihak Jakimpn dah menjlnkn tugasnye..kan ade pihak yg pakar dlm hal sebegini..ini tidak..asyik cari salah org lain..sedangkn diri sndiri terlampau fanatik pd bende ygb tak blh..kan mnyusahkan nmenye.kite bkn hdup di tnh haram..smue halal..kite kn msyarakat 1 malaysia yg berbilang bangsa..pilihla.. mane yg x blh kite mkn..xyah mkn ….x susahpn..jgn hnye dgr khabar angin mengalahkn kite sndiri yg menyelidik…kan fitnah tu lbh dahsyat dr mmbnh…wallahhualam…

  8. Assalamualaikum dan salam sejahtera…

    Saya ingin cuba memperbetulkan keadaan disini… baik sungguh niat penulis blog atau website islamituindah… kerana cuba menghebahkan perkara yang mungkin kebanyakan org tidak alert… namun demikian, tanpa disangka timbul pula kekeliruan dan salah faham….

    Setelah saya menghubungi beberapa pihak seperti rakan di halal hub JAKIM (HHJ), pihak PURATOS dan Secret Recipie (SR), namun pihak yang berkenaan (PURATOS) tiada di pejabat dan pihak SR tidak dapat dihubungi…beberapa jam kemudian pihak puratos kembali menelefon saya…
    Pertamanya saya bercakap dgn rakan di HHJ dan beliau mengatakan bahawa terdapat salah faham yang mana pada mulanya SR ingin mengadakan kerjasama atau menggunakan produk puratos malaysia namun pada akhirnya kerjasama itu tidak menjadi namun nama SR tetap kekal sehingga tarikh tamat 30/11/2011… tetapi apabila saya dihubungi pihak puratos semula (Cik Nor Aswani), mereka menyatakan bahawa SR memang tidak menggunakan produk puratos malaysia tetapi menggunakan produk puratos belgium…. persoalannya disini… adakah produk puratos belgium memiliki pengiktirafan halal…Pihak puratos memaklumkan saya bahawa bahan yang digunakan oleh puratos dalam produknya sebenarnya telah mendapat persijilan Halal oleh JAKIM… Tidak pasti mana salahnya, ternyata apabila pemantauan dilakukan oleh pihak JAKIM maka hasilnya terdapat DNA babi pulak…
    Memanglah Islam tidak menyusahkan, tetapi apabila kita mengetahui ada kemungkinan unsur haram ada dalam makanan yang mungkin kita makan, takkan kita nak biarkan sahaja…
    Saya masih belum dapat menghubungi pihak SR… jika pihak SR terbaca komen ini sila hubungi saya Ustaz Amin 0196679677 dari Bah Sumber Maklumat Jab Mufti Melaka….
    Pihak Puratos sekarang dalam proses membuang semua bahan atau produk yang berkemungkinan terdapat DNA babi dan dalam proses menyamak barangan yang berkaitan dengannya… dan seterusnya memohon semula persijilan Halal JAKIM….
    Diharap SR dapat memberikan kerjasama…

    Makanlah makanan yang HALAL, BAIK lagi BERSIH…

    Wassalamualaikum

    1. saya nasihatkan pihak islamituindah selidik betul2 dahulu sebelum buat kenyataan dalam blog. bukan melalui pembacaan di internet semata2. hubungi pihak2 yg sepatutnya untuk dapatkan kepastian seperti imam ibnu azis lakukan..baru betul..kalau setakat main petik dekat blog org lain semua org boleh buat..

    2. terima kasih diatas keperihatinan pihak tuan.. jika kita was was baik tinggalkan.. apa yang merunsingkan kami, adakah pegawai “halal” di syarikat-syarikat ini ada membuat penyelidikan @ test setiap hari @ setiap sesuatu bahan mentah itu hendak digunakan..?

    3. ini baru ok. ada kemajuan

  9. abdullah(hamba Allah)

    ADAKAH PRODUK KELUARAN TESCO BOLEH DIMAKAN ATAU DIMINUM??HALAL ATAU TIDAK,

  10. Kau orang ni apala kecoh kecoh, kau tak tau ka babi boleh makan

    1. pada en.akuda atau kekuda memang babi boleh makan tapi bagi orang yang jahil dan kafir saje ….

  11. susah jgak kalau jakim x iktiraf produk yg kita bli utk mmasak….silap hri bulan gna produk yg magadungi dna babi

  12. KPADA AKUDA: mgkin anda bkan bragama islam… utk pgetahuan anda umat islam diharamkan mmakan khinzir (babi), arak….. harap maklum…(hormatilah agama kami… ssungghnya kami tdk mgganggu agamamu…..wsalam…

    1. Terima kasih di atas info yang di berikan dan didoakan agar Allah sentiasa melindungi kita umat Islam seluruh dunia ini dari di tipu oleh mereka-mereka yang membenci agama kita semua

    2. islamic. akuda buat lawak saja tu.

  13. kisah husband sorang makcik kat opis member saya, husband dia ada penyakit darah tinggi yg nak kena gi check up slalu kat klinik. skali tu, lepas check up di suatu pagi, doctor tanya makcik tu dengan sopan, apa yg husband dia dah makan sbb tekanan darah di hati yg sangat tinggi dan mengikut pengalaman dia selama ini, ini selalu terjadi terhadap pesakit yg mengambil alkohol atau babi. makcik bertudung labuh ni pening kepala la fikir, mana dia makan benda tu, haram. pastu dia teringat dia n husband dia ada makan kek SR. ada kaitan atau tidak aku xtau tp aku dah xmakan SR lagi dan juga kedai2 kek yg non muslim walau ada tanda halal jakim sbb yg buat tu tetap non muslim yg xfaham betapa seriusnya benda ni untuk kita.

  14. er, saya kurang faham, jd halal @ x?

  15. en.akuda. mmg betul aku setuju babi bole makan, tapi jgn buat lawak di sini. lawak kedai kopi bolelah

  16. SR ade bg maklum bls, tesco tak de plak bg ape2 maklum bls. so, boleh dsimpulkn ke kt sini yg mknn kt tesco tu x halal?

  17. Corpora et Labya Majora

    salam semua.

    aku ada cadangan.

    1. tak payah makan kat Secret Recipe @ kedai2 mcm tu. Kalo tak mkn kita tak boley idop ke? Buat ape membazir $ bagi kat tokeh tu? Adakah kalo tak bagi $ kat SR, kita dianggap TIDAK BERJIHAD? apa keperluan WAJIB dari SR utk tubuh kita?

    2. pegi TESCO beli barang mentah je la. Itu sebagai pilihan kita sebagai pengguna atas konsep JIMAT. Bukan tak mau bantu peniaga muslim lain tapi kalo peniaga muslim TAK PIKEY pasal pengguna muslim dgn harga cekik darah & etika kurang ajar, wajib ke kita tolong?

    3. sebarang syak & keliru timbul (contoh pasal benar tidak al Arqam) kenapa tidak kita MINTA dari Allah? Allah adalah YANG BENAR, MAHA MENGETAHUI & YANG HAQ. Kita dok begado apasal? tolong sentiasa minta pada Allah agar kita makan yang HALAL & BAIK sahaja.

    senang kan? aku amat appreciate maklumbalas.
    beris1967@gmail.com

  18. bung muktar dahari

    paling baik kedai2 mcm ni letakkan papan tanda for non muslim only…kan baik…kita sbg pengguna muslim tak la brani nak masuk bab dah terang2 singboard tulis cam 2…skadar buah fikiran…hehehehe.lau salah maafkan aku yer…assalammualaikumm….

  19. Isu halal dan haram dlm pemakanan seorg Muslim tidak boleh diambil mudah. Saya berpendapat begini jika ada keraguan pd hidangan itu lebih baik dihindari tp ya jd problem kini adalah Muslim kita khususnya Melayu terikat dgn trend moden utk makan d restoren ekslusif spt secret recipe dll. Lagi satu yg saya nak share org kita begitu yakin membeli ayam segar di Tesco atau mana2 hypermarket yg kononnya disahkan halal sbb dah disembelih.Ingat syarat sah sembelih ialah org itu mestilah MUSLIM lebih baik MUSLIM BERIMAN. Utk pengetahuan semua sapa 2 pun even non Muslim tahu cara nak sembelih ternakan masalahnya adakah SAH sembelihan itu? Fikir2kanlah wahai saudara seagamaku waallahhualam

  20. Mudahkan pemikiran kita sbg muslim (PAS, UMNO, PKR and etc). . jihad wang kita hanya to muslim. .asal ada info dan ragu terus boikot utk membeli from non-muslim outlet. .mudah saje kan. .jakim pun hanya keluar cert. . mrk pun byk bebanan. .kita support jakim tapi kita turut waspada thd mainan jahat kafir laknatullah tu. . mereka musuh kita bersihkan diri kita dan ahli keluarga dr termakan barang DNA BABI. . ulang. . BABIIIII. .sungguh jijik lagi MENJIJIKKAN. .paling mudah simpan wang dan pujuk anak anak dari membeli dan memakan kat outlet mcm tu. .sungguh MENJIJIKKAN. .pelawa anak anak makan kat kedai muslim kita. .support lah produk muslim. .jangan kita yang TERHEGEH HEGEH MEMAJUKAN PERNIAGAAN AL KAFIRUN TU. .kalau kedai mrk tak laku . .kita pedulik apa. .dasar laknatullah penipu. .dan betul pernah sahabat ce-nun-alip saya kata kaum dia bijak coz makan daging khinzir tu. .tapi kan kita ada ikutan sunnah makan yang sunnah dpt syufaat nabi . .mcm kismis badam kurma buah tin. bla bla bla. .berusahalah sentiasa utk menjauhi diri dari TERMAKAN makanan yang dicampurkan DNA BABI. .selagi kita berusaha ALLAH akan menunjukkan jalan yng baik lagi dirahmati. . wallahuallam

  21. Salam …..kekadang pelik orang kita ni…melayu yang beragama Islam…senagnje jangan beli makanan dari pemilik Cina atau yang bukan Islam. Walaupun ada tanda halal …tapi makanan tu dari air tangan orang kafir.. Satu lagi Jakim mana ada cukup orang nak selalu pantau premis yang dah dapat tanda logo halal tu…sbb orang Cina yang berniaga ni kekadang ambil kesempatan ..contoh lah tukang sembelih ayam …budak Indon yang keje kat kedai jual ayam pemilik Cina tu..kalau la sakit ke demam ke ..dah tentun si Ah Chong yang akan sembelih ayam tu..sapa yang nak gi cek …tul tak…senangn cita belilah..makanlah kedai orang Islam..selamat dunia ..akhirat..

  22. Salam,tinggalkan lah sahaja makanan yang subahah kerana Allah.Kita jaga Allah dan Allah akan jaga kita.Kalau nak juga terasa makan chocolate indulgence atau cheese cake cuba la buat sendiri di rumah.Atau boleh order dgn sahabat saya ,muslimah mengusahakan kek dan pastri dari rumah.Insyallah halal.tiada glycerin ,rennet ,whey powder dan seumpamanya.Lihat naz&tasty.blogspot

    Wasalam

  23. Slm’alaikum..hebat perdebatan antara yang pandai2 ni…kesian mereka yang tak tau pa2 d luar sana..main makan jer… nak seru semua untk bekerjasama mmg payah…selagi industri pmbuatan makanan utk MUSLIM dipegang oleh NON-MUSLIM…selagi itulah kita akan terus bgini…corat-coret..ntahlah… bila si MUSLIM masuk bank,naik tngga pjabat Jakim,dgn harapan nak jaga makanan ORG MUSLIM..mesti dilayan dgn karenah cerewet pihak2 yang terlibat…tp bila NON-MUSLIM baru nak masuk pintu bank dikuak luas… maklum..MODAL BESAR.. tak macam MODAL ORANG MUSLIM..CIPUT… tapi takpa..susah payah nak JAGA MAKANAN ORANG MUSLIM ni tetap jadi perjuangan..biarpun MODAL CIPUT tapi PULANGANnya BESAR baa….marilah saudara2ku.. kalu ada MODAL BESAR tu..bantu2lah memulakan sesuatu UNTUK JAGA MAKANAN ORANG MUSLIM..mulakanlah sesuatu..jgn dok nak bagi komen jer…kalu semua nak bagi komen… sape nak buek keje lain?…aku pon dah mulakan sesuatu untuk jaga MAKANAN kita ni…BUKA KEDAI ROTI…insyallah…semua dari sumber yang HALAL LAGI BERSIH…insayallah..

  24. Jika babi kotor dan beracun pasti dunia ini tiada non-Muslim bahkan kelahiran mereka masih tinggi. Jelas sekali ini tipu helah pencipta agama menyebab perselisihan antara manusia. Adakah Muslim tidak makan babi boleh lebih sihat, panjang umur, bertuah, berjaya dan kaya-raya? Jelas sekali Muslim sesama dengan non-Muslim menghadapi masalah sama. Kerana pengharaman ini menjadi pergaulan dengan penganut lain tersekat bahkan boleh menjadi pergaduhan. Oleh itu pada zaman moden ini kita semanusia jangan tertipu oleh ajaran kuno yang tidak beri manfaat kepada manusia.

    1. alhamdulillah, akhirnya kajian saintifik sudah membuktikan keburukan memakan babi.. bersyukur aku dilahirkn sebagai seorg Islam..

  25. Betul jika babi kotor dan beracun kenapa non-Muslim makan tak ada hal? Bermakna ajaran Islam ada masalahkah?

  26. kenapa tak didedahkankan saja kepada umum…biar semua tahu…jgn ckp di sini sj ..cmtuh sesape pon xkn thu….?

  27. Semua yg dilarang Allah SWT ada kebaikannya utk manusia. Arak ada kebaikan tetapi disebabkan keburukannya lebih banyak, maka ia diharamkan. Sama ada babi tu memberi mudarat atau tidak, bergantung pada kajian yang dilakukan manusia. Sebab itulah tak ada sesiapa kata yang vegetarian itu memudaratkan dan melampau, kerna Islam menggunakan pendekatan lebih sederhana. Yang penting manusia mengaku hak Allah SWT sebagai pencipta dunia ni dan mengikut semua yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.

  28. Assalamualaikum rakan2 yg beragama Islam…

    Pada pandangan saya, sebagai orang Islam, soal pemakanan adalah 1 perkara YANG AMAT SERIUS & TIADA DOLAK DALIKNYA spt mana yang terdpat dalam Al Quran serta Hadis Sahih :

    “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”
    (Al Baqarah 168)
    Di dalam Hadis Nabi s.a.w ada menyebut beberapa perkara tentang tidak termakbulnya doa sekiranya makanan yang masuk ke dalam badan kita adalah haram,ada dua jenis haram di sini,iaitu makanan itu sendiri haram dan sumber mendapatkan makanan itu dari pekerjaan yang haram,tetapi di dalam topik ini kita berbincang mengenai makan yang bercampur dengan benda yang haram.
    Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: “Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari.”
    Satu lagi hadis yang menyebut mengenai perkara ini:
    Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya diterima: “Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya.”

    >> JIKA kita TIDAK TAHU dan HENTIKAN laranganNYA serta merta, maka HUKUM nya TIDAK BERDOSA tetapi KESAN nya tetap ada pada diri kita..

    >> BILA kita DAH TAHU tapi kita masih teruskan langgar laranganNYA maka HUKUM nya BERDOSA apatah lagi KESAN nya PASTI lebih teruk..

    >> Kalau kita WAS-WAS maka jangan teruskan, Insya’Allah kita selamat..

    >> Kalau kita TIDAK YAKIN maka kembalilah kpd Al-Quran & rujuk dgn mereka yang lebih arif..

  29. Apa kata kita cipta alat utk check brg haram tu sendiri? Tak payah tunggu rumours utk boikot. Sekali kantoi, forever la Muslim x beli. Baru terpancar kuasa boikot org Muslim.

  30. baru sebentar tadi kawan aku tegur sebb kek dia ada babi …isy aq pula x baca etikal 2 la padhnya ..makann punca ummah lupa pada pencipta sebb ada bahan syibhah dalam kek ni …masyaallah modhan allah berikan kesedarab kat kita..mulai saat ni aq x makn daa kek tmpat ni ..akn effeck pada zuriyat kita ..modahb allah jauhkn kita ameeb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!