≡ Menu

Dengan Bersyukur, Maka Allah Akan Tambah Nikmat Kamu

“Bro, kau ni aku nampak dari tadi macam ada yang tak kena je. Kau ok?”

Zamirul yang tadinya kusyuk dengan risalah di tangan mengalihkan fokus pada kawan sebiliknya, Ziad.

Spinner ditangannya berhenti berputar. Spontan dia meletakkan spinner di atas meja. Laju berdiri, langsung capai telefon bimbitnya di atas katil.

Macam tunggul kayu, Zamirul masih setia mereput tunggu pertanyaannya berbalas.

Pantas jari jemari Ziad menyentuh skrin telefon. Sekejap-sekejap, matanya mengerling arah Zamirul. Lalu membalas;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Tak ada apa lah”

Muka Zamirul memang tidak puas hati. Nasib baik dalam cerita ni Ziad tu kawan baiknya. Kalau tidak, lama sudah dia bagi buku lima ni. Ziyad berkata;

“Tak da lah, aku macam pelik lah. Orang, senang-senang dapat keputusan peperiksaan tinggi, padahal aku tak nampak langsung dia orang belajar. Aku bukan cakap apa la weh. Tapi serius bro. Dia buat pun banyak benda yang Allah tak suka. Aku yang berabis dua tiga hari tak tidur buat multi-tasking, study overtime, solat sunat, hari-hari aku doa. Aku minta. Bukan aku tak minta. Tak pernah sikit pun aku harap manusia bantu aku bro. Sebab Allah Maha memberi. Tapi, kenapa sampai sekarang satu habuk pun aku tak nampak dari usaha aku ? “

Ziyad melepaskan rasa membengkak di hatinya. Patutlah muka macam arnab kalah dengan kura-kura. Zamirul menasihati kawannya itu;

“Bro. Kau kena tahu. Dalam dunia ni, Allah tak beri apa kita mahu. Allah beri apa kita perlu. Orang yang berjaya tanpa usaha, tanpa minta, itu orang kata Istidraj. Nikmat yang sementara, untuk memberi kesedaran. Allah bagi pada hamba-hamba-Nya yang takabbur dengan nikmat. Untuk diuji sama ada bersyukur atau kufur. Belajar bersangka baik dengan Allah bro. DIA tahu apa yang terbaik untuk kau, dan bila yang terbaik itu perlu diberi untuk kau. Sabarlah. Usaha yang gigih, hasilnya manis.”

BACA:  Episod Kehidupan Yang Menakutkan Di Ambang Akhir Zaman

Ziad masih menunduk. Zamirul menyambung;

“Aku tengok hari tu, budak junior bilik 501 tu minta kau ajar dia anatomy kan. Apa pasal kau tak ajar? Aku nampak kau direct masuk bilik sempoi hempas badan atas katil.”

Ziad merungut panjang. Nafasnya dihembus keras. Dia menekup mukanya . Ziad membalas keras;

“Malas lah. Penat gila kot aku hari tu zam. Alah, belajar Anatomy tu, punya banyak buku rujukan dalam library. Budak tu saja pemalas.”

Zamirul ketawa kecil. Siad sedikit meninggi suaranya;

“Apa pasal kau gelak?”

Zamirul menasihati kawannya itu;

“Ni lah kau. Persoalkan kenapa Allah tak bagi apa kau nak. Macam mana Allah nak bagi apa kau nak kalau kau malas nak memberi bro? Memberi ni, salah satu tanda kita syukur dengan apa yang Allah bagi dekat kita. Kau ni, Allah kurniakan akal yang bijak. Top five ranking bro. Cara kau bersyukur, apa salahnya kau ajar orang. Share. Kau ingat pesan Allah?

Allah S.W.T. berfirman;

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”

Zamirul memperlahankan suaranya;

Kau minta setiap hari, kalau kau kedekut nak memberi, sia-sia sahaja bro.

Natijahnya, setiap rezeki makhluk itu adalah dijamin Allah S.W.T. Bahkan cacing di bawah sebiji batu besar pun, Allah menjamin rezekinya.

Dan, sebaik-baik cara bersyukur itu, adalah dengan berkongsi rezeki, menginfakkan sebahagian rezeki kepada yang memerlukan, dan menggunakan rezeki yang diberikan Allah S.W.T, dijalan yang Allah Redai. Syukur selalu !

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel