≡ Menu

Darjat, pangkat bukan jaminan masuk Syurga

RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir kerana pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela terhadap takdir-Ku. Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga. Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”

Imam Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum orang kaya, dengan jarak 500 tahun.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.” (Hadis riwayat Tirmizi) Ia berkata hadis ini hasan sahih.

Hadis itu menunjukkan satu makna bahawa orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk orang yang sabar, mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran mereka selama hidup di dunia sehingga dari lisan mereka keluar kata-kata pujian kepada Allah bersyukur serta menghambakan diri kepada Allah.

Mereka inilah orang yang akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga. Pada hari kiamat nanti Allah akan berfirman kepada orang yang sabar terhadap kefakirannya yang bermaksud: “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu.” (Surah Al-Haqqah, ayat 24)

Ertinya, kesusahan yang telah engkau peroleh di dunia kerana fakir, benar-benar terasa perih buat kamu. Hal itu bukan cita-cita dan keinginan kamu tetapi semata-mata kehendak Allah.

Berapa banyak ayat Allah yang mendorong orang mukmin rajin menabung dengan tabungan amal kebajikan. Allah akan melipatgandakan tabungan itu selama di dunia dan mereka dapat memetik hasilnya berupa pahala yang besar di akhirat nanti.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)

Banyak ayat al-Quran yang mengisyaratkan adanya kelebihan dan perbezaan darjat dalam segala sesuatu, bahkan antara para malaikat Al-Muqarrabun, Nabi dan Rasul. Demikian juga, antara manusia pada umumnya. Ini ketentuan Allah (sunnatullah) terhadap makhluk-Nya dan kesempurnaan hikmah dari Allah.

Hakikat kelebihan dan perbezaan darjat ini tidak terletak pada ketakutan seseorang kepada Allah. Hal ini terjadi semata-mata kerana ilmu dan keutamaan dari Allah. Sedangkan, kelebihan manusia adalah kerana amal, ilmu, ijtihad dan kesabarannya.

Antara nabi, ada yang dikenali sebutan Ulul Azmi, sedangkan sebahagian lain tidak memperoleh sebutan demikian. Sebahagian manusia ada yang menjadi pejuang (mujahid), mempunyai keutamaan tetapi sebahagian tidak memiliki semua itu.

Oleh itu, antara manusia ada memperoleh darjat dan kelebihan dari Allah yang berbeza dengan yang lainnya. Hal ini berdasarkan ketinggian darjat manusia dan amal perbuatannya selama di dunia.

Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 8 comments… add one }
  • Travel Haji dan Umrah September 15, 2011, 3:25 pm

    trims tuk pencerahannya,,ijin copas ya…

  • Peace March 24, 2012, 9:06 am

     Makanan dan minuman untuk kita bertenaga  dan melanjudkan nyawa tetapi di Surga manusia tidak perlunya kerana disana manusia tidak akan mati lagi sepanjang masa jadi mana perlu lagi makan dan minum.  Jelas sekali Surga tidak wujud ini cuma tipu-helah pencipta agama.

    • Muslimah March 30, 2012, 5:39 pm

      In the name of Allah, I suggest you read the life of Prophet Adam Alaihi Salaam and Hawa (or Eve, as some people call her) in Jannah.. And read the Qur’an and its translation. You might want to compare with other religions if you will, but I personally believe the Qur’an alone should suffice in proving the miracle of the Prophet Muhammad SalAllahu Alaihi Wassalaam for it’s originality has been taken care of by Allah the Almighty. If you still don’t believe Islam as the right and true religion, I don’t believe its morally right for you to insult Islam. 🙂 May Allah keeps the hearts of Muslimin and Muslimah pure and clean, and revive the hearts of non-believers. Just like Sai’dina Umar Al-khattab RadiAllahu Anhu, anyone can improve their faith(imaan) and become amongst the heroes or heroins of true believers. Wallahu’alam.

    • fna March 30, 2012, 10:12 pm

      Manusia lebih berakal dari itu, untuk juga tahu nikmat rasa makanan, minuman dan hawa nafsu .. Sekiranya dikatakan makanan semata mata untuk melanjutkan nyawa, bagaimana pula dengan santapan rasa dan nafsu yang menyebabkan juga manusia enak menikmati rasa (mungkin berlebihan juga) .. Di Syurga, manusia akan terus dijamu dengan santapan nikmat ini sambil tidak putus putusnya manusia mengakui rahmat Tuhan yang maha pemberi rasa nikmat itu .. Yang pastinya itulah balasan nikmat yang tak akan putus putus kepada manusia manusia yang mampu melepasi ujian ujian di dunia yang sementara ini, demi menikmati nikmat sepanjang panjangnya di hari akhirat yang tidak akan padam padam

  • broke January 18, 2013, 8:41 am

    saya bingung hubungan dari pencerahan tersebut dengan gambar freemansory tuhh apa yaa???

  • mama lynn January 18, 2013, 8:53 am

    mohon share di blog sy kembali eh…
    mama lynn recently posted..spontaneous thursday 34- aku mahu menulis

  • MOHAMMAD NAZIRUL BIN HISHAM March 3, 2014, 1:33 pm

    Assalamualaikumk mntk izin utk dicopy ya

  • MOHAMMAD NAZIRUL BIN HISHAM March 3, 2014, 1:33 pm

    Assalamualaikum mntk izin utk dicopy ya

Leave a Comment

CommentLuv badge