Ibadah

Cerita Lapar, Roti Canai dan Zakat

roti canai

Bismillah. Saya telah memeluk Islam pada usia 16 tahun ( saya bagi tahu, sebab kawan-kawan baru mungkin tak tau ).

Ketika itu, selalunya saya memilih makan di luar kerana hendakkan makanan yang diyakini halal. Sekali-sekala saya beli makanan balik rumah, supaya boleh makan di rumah bersama mak. Tak mahu kelihatan ketara tidak makan di rumah. Jaga hati mak ayah.

Biasanya, selepas maghrib saya akan pergi tolong di kedai makan Pakcik Othman ( semoga diredhai ALlah, beliau sudah meninggal ) di Pekan Baling, Pokok Ketapang, upahnya ialah saya boleh makan malam secara percuma di situ. Kerja saya, ambil order makanan dan minum, hantar makanan dan lap meja. Maka selesailah masalah untuk mencari makanan yang halal pada waktu malam.

Antara kawan saya yang bekerja sekali ialah Tuan Hamim Syahril.

Ada satu ketika itu, saya kekurangan wang. Selepas solat di masjid, saya luangkan sedikit masa untuk berdoa seperti biasa. Ketika doa itu, saya rasa gelisah memikirkan nak makan apa. Sebab wang yang ada hanya cukup untuk makan roti canai sahaja. Perut sudah lapar. Sedangkan perlukan duit untuk urusan lain pula.

Maha Suci Allah, dalam ketika dok melayan perasaan selepas doa itu. Seorang pakcik mendekati saya dari belakang dan memegang bahu saya.

Beliau menyatakan hasrat untuk berikan zakat kepada saya. Saya agak terkejut dengan keadaan itu. Seolah-olah Allah mendengar isi hati saya. Di kala saya susah hati pasal makan, Allah gerakkan hati Pakcik itu untuk memberikan zakat kepada saya.

[ Saya rasa bersalah kerana lupa nama beliau. beliau bekerja di SK Tunku Putera kalau tak silap saya, mempunyai kedai makan di bangunan Tabung haji Baling. Beliau selalu bawa motor sahaja ke masjid. Jika ada kawan-kawan Baling yang ingat nama beliau, mohon beritahu saya ya. ]

BACA:  Cara Solat Dalam Kapal Terbang Yang Lengkap

Saya menerima zakat itu, berterima kasih kepada beliau dan sujud syukur kepada Allah. Ini adalah salah peristiwa yang membuatkan saya bertambah yakin kepada Allah swt dan ayat-ayat Allah seperti dalam ayat yang dikenali sebagai ‘Ayat seribu dinar’ oleh kebanyakan orang.

ayat-1000-dinar1

Tidaklah saya mendabik diri, mengaku bahawa saya seorang yang bertaqwa. Tetapi pengalaman itu, apabila dikaitkan dengan petikan ayat ini, sangat memberi kesan kepada diri saya. Saya percaya ada kawan-kawan yang pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama.

Sila kongsikan jika sesuai.

Mungkin boleh kongsikan pengalaman kawan-kawan sendiri di bahagian komen. Terima kasih

By: Muhammad Ooi

7 Comments

  1. MasyaAllah. Batul. Saya baru tahu tuan memeluk Islam sewaktu berusia 16 tahun. Alhamdulillah atas perkongsian

  2. MasyaAllah. Betul. Saya baru tahu tuan memeluk Islam sewaktu berusia 16 tahun. Alhamdulillah atas perkongsian

  3. Subhanallah walhamdulilah wala illaha illallah wallahu akbar . Begitulah bila Allah berkehendak cukup dengan firman Nya KUN!

  4. Cerita Lapar, Roti Canai dan Zakat | Tanyalah Ustaz
  5. Subhanallah..
    Moga kita dapat ambil pengajaran dari pengalaman sahabat kita ni..
    Moga bertaambah2 yakin dengan Kalam Allah..

  6. alhamdulillahirobbilalamin..wassolatiwasalamualaiasrofilambiya’iwalmursalim wa’alaa aalihiwasohbihiagma’in….assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh….saya ada pengalaman yg hendak di kongsikan berkenaan dgn ayat seribu dinar…pada bulan puasa yg lepas sy berada didalam keadaan kesuntukan wang.Dalam masa yg sama saya perlu menghantar isteri dan anak saya untuk balik ke Medan Indonesia menyambut hari raya.Hampir semua duit saya dah di belanjakan untuk membeli ticket pesawat dan sedikit duit untuk belanja.Saya buntu dalam masa yg sama memerlukan duit untuk diri saya sendiri balik ke kampung untuk isi minyak kereta dan sebagainya.Pada kemudian di pagi hari,saya mendirikan solat sunat Dhuha dan membaca ayat 1000 dinar,alhamdulillah selepas je selesai solat itu dengan tak disangka2 saya menerima panggilan daripada seorang kontraktor,katanya dia dalam perjalanan ke rumah saya untuk bagi wang(side income)diatas kerja yang telah disiapkan.Jumlah wang yang dibagi oleh kontaktor itu di luar jangkaan saya,ianya lebih dari cukup.Syukur alhamdulillah…
    Moral of the storey….rezeki itu ditangan allah,hanya bertawakal dan berusaha pasti allah akan mencukupkan,setiap kesempitan itu adalah ujian dan ujian itu pasti kita upaya untuk mengharunginya seperti yang di firmankan Allah di dalam Al Quran surah Al Mu’minum ayat 62….wassalam

  7. Allahdullilah..Allah bersama2 orang yang bertaqwa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!