Celaka Sungguh China Komunis
Isu Semasa

Celaka Sungguh China Komunis

Celaka Sungguh China Komunis

1. Tidak cukup dengan membunuh ulama yang menterjemah Al-Quran dan pengharaman ibadah umat Islam Uighur, tidak cukup dengan menyuntik ubat pencegah kehamilan ke atas para wanita Islam Uighur, tidak cukup dengan penjajahan ke atas demografi majoriti Islam di Xinjiang, tidak cukup dengan menahan berjuta umat Islam Uighur untuk dihapuskan identiti Islam dan diserapkan ideologi komunis, terkini dilaporkan rejim Komunis China membantah tindakan Malaysia menghantar tuntutan persempadanan pentas benua di Utara Laut China Selatan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

2. Perangai China ini ibarat ‘Israel yang bersaiz besar’ – mengganas ke atas umat Islam Uighur di Xinjiang, dan dalam masa yang sama mengganas di Laut China Selatan.

3. Sikap tamak China jelas terserlah; rejim Komunis ini cuba untuk menguasai wilayah Xinjiang yang strategik di Laluan Sutera menghubungkan Barat dan Asia Barat dengan Timur melalui jalan darat serta tamaknya mereka cuba membolot seluruh Laut China Selatan di sebelah Timur – termasuklah wilayah Zon Ekonomi Eksklusif kita.

4. Tindakan Malaysia menghantar tuntutan itu – yang kedua selepas kali pertama melakukannya untuk bahagian Selatan di Laut China Selatan pada 2009 bersama-sama Vietnam – jelas selari dengan Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS) yang menyatakan bahawa mana-mana negara berhak menuntut hak Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) sejauh 200 batu nautika dari garis pantainya.

5. Portal South China Morning Post memetik alasan bantahan Komunis China kononnya Malaysia telah “melanggar kedaulatan China, hak berdaulat China, dan bidang kuasa China di Laut China Selatan”.

6. Di sebalik bantahan rejim Komunis itu, Suruhanjaya PBB untuk Had Sempadan Pentas Benua tetap menyatakan bahawa tuntutan sebahagian Utara Laut China Selatan oleh Malaysia itu akan dimasukkan dalam agenda sesinya yang ke-53 di New York pada 2021.

BACA:  Ribut Petir Dijangka Melanda Seluruh Semenanjung Malaysia Bermula Petang Ini Sehingga Malam

Celaka Sungguh China Komunis

7. Menarik untuk disaksikan bagaimana rejim Komunis itu akan bertindak balas kali ini. Pada 2009, selepas Malaysia dan Vietnam mengirim tuntutan pentas benua, China telah bertindak mengeluarkan peta bergaris sembilan di Laut China Selatan – dua garisan secara jelas mencerobohi perairan Sabah dan Sarawak kita.

8. Langkah ini disusuli pula siri pencerobohan pengawal pantai mereka beserta aktiviti pembinaan pulau buatan lengkap dengan infrastrktur ketenteraan, di samping latihan ketenteraan oleh Tentera Laut Republik Rakyat China (PLAN) di kawasan bertindih.

9. Jika dari segi diplomatik pun China tidak segan untuk berbohong menyanggahi Konvensyen Undang-undang Laut PBB, apatah lagi dari segi ketenteraan.

10. Portal Forbes beberapa hari lalu yang bertajuk “The Chinese Navy Is Building An Incredible Number Of Warships” bahkan mendedahkan betapa rejim Komunis itu cuba untuk meluaskan penjajahan mereka ke atas Laut China Selatan melalui pembinaan kapal-kapal perang secara besar-besaran.

11. Laporan Forbes itu disertakan dengan bukti bergambar bahawa terdapat tidak kurang daripada sembilan buah kapal perang sedang dibina rejim Komunis China di Shanghai sahaja. Terdapat beberapa jenis kapal pembinasa Type-052D yang standing dengan kapal pembinasa Arleigh Burke Class AEGIS milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

12. Dengan berat 7,500 tan, ia mampu membawa 64 peluru berpandu bersaiz besar termasuklah peluru berpandu permukaan ke udara jarak jauh (SAMs) dan peluru berpandu krus.

13. Beberapa buah kapal lagi dikenalpasti sebagai Type-055 Class yang lebih besar – dua kali ganda berbanding saiz Type-052D – dan mampu mengangkut lebih daripada 100 peluru berpandu bersaiz besar.

14. Jumlah kesemua kapal China ini adalah sembilan – sebagai perbandingan, jumlah keseluruhan kapal pembinasa yang dimiliki Tentera Laut Diraja UK hanyalah enam buah sahaja.

BACA:  Vape, Shisha Tidak Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

15. Namun begitu, imej yang paling menarik perhatian dalam laporan Forbes itu ialah pembinaan kapal induk pengangkut pesawat generasi baharu buatan China sendiri.

16. Setakat ini, China sudah pun memiliki dua unit kapal induk pengangkut pesawat udara, namun kapal baharu ini – dikenali sebagai Type-003 – dipercayai memiliki pelancar elektromagnetik seperti mana yang dimiliki oleh Kapal Induk Pesawat Ford Class milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

17. Sebelum ini, tidak cukup dengan tindakan ‘imperialisme’ yang tidak ada bezanya dengan rejim Zionis di Palestin, China bukan sahaja berterusan membina pulau-pulau buatan di wilayah pertikaian di Laut China Selatan, bahkan membangunkan pula infrastruktur ketenteraan dengan cukup pesat di pulau-pulau berkenaan.

18. Malangnya kita di Malaysia pula mengambil langkah berundur ke belakang. Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong di Dewan Negara pada 16 Disember baru-baru ini menjelaskan bahawa kerajaan tidak merancang untuk menambah bilangan kapal selam kita.

19. Menurut Beliau, “kita tidak bercadang untuk menambah bilangan kapal selam walaupun di Singapura dan Indonesia ada lima serta Vietnam enam kapal selam… kita akan kekalkan apa yang sedia ada”.

Demi kedaulatan negara dan kepentingan nasional kita, pendirian ini wajib disemak semula.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *