Archive for the 'Tazkirah' Category

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

thumbs

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” …Read more

Kisah pencuri lebih mulia dari sahabat Nabi Isa

thumbs

Diriwayatkan dari Wuhaib Al-Wardi, ia berkata : Kami mendengar bahawa Nabi Isa a.s bersama seorang sahabat baginda, ketika sedang berjalan-jalan bertemu dengan seorang pencuri yang berada di dalam rumahnya. Ketika sang pencuri itu melihat kedatangan Nabi Isa a.s berserta sahabatnya, Allah pun memberi hidayah kepada pencuri itu sehingga sang pencuri itu timbul hati untuk bertaubat. …Read more

Penyakit menimpa ke atas perempuan tidak bertudung

thumbs

Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah) Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang …Read more

Fenomena tidur singkat dan keajaiban Al Quran

thumbs

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, “[Qs. Ar-rum: 23] Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan …Read more

Waktu solat menurut Al-Quran dan Sains

thumbs

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian …Read more

Kehancuran Israel pertanda kiamat

thumbs

Adakah Israel berhenti menyeksa saudara kita disana? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah? Allah Ta’ala berfirman: “Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:” Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar “. (Surah …Read more

Tanda rezeki itu berkat

thumbs

KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan …Read more

Tokoh penterjemah Al-Quran ke Bahasa Jepun

thumbs

  Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam. Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji …Read more

Wanita solehah permata suami

thumbs

Allah SWT mengurniakan keupayaan intelektual dan kognitif untuk berfikir kepada makhluk-Nya bergelar manusia. Dengan kemampuan itu, manusia diberikan kebebasan membuat pilihan, mahu taat dan patuh secara sukarela, atau mengingkari seruan mentauhidkan Allah serta tahu akibatnya. Kapasiti menggunakan akal dianugerahkan Allah yang akan membezakan manusia dengan makhluk lain. Malaikat dikurniakan akal tanpa nafsu, menjadikan mereka makhluk …Read more

Ibu bapa mentor terbaik didik anak

thumbs

Dunia dan sejarah telah membuktikan kemapanan ilmu boleh menentukan jatuh bangunnya suatu tamadun manusia. Sememangnya tidak dapat dinafikan kesarjanaan ilmu dan ketrampilan sahsiah mampu memadamkan buntang kejahilan. Jika ilmu benar-benar dipelajari dan diamalkan terutama ilmu agama yang menidakkan perbuatan buruk, pasti seluruh manusia dapat hidup aman dan harmoni dan mampu menyelesaikan segala kemelut, kemunduran dan …Read more

Tujuh Nama Lain Mekah Dalam Al Quran

thumbs

Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran. 1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan …Read more

Rai Bulan Rasulullah: Doa Mudah Dimakbulkan Dosa Diampunkan

thumbs

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan …Read more

Kelebihan Nisfu Syaaban

thumbs

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu …Read more

Menghayati keagungan peristiwa Israk Mikraj didik jiwa Muslim ke arah kesempurnaan

thumbs

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya. Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil …Read more

Berkatilah Umur Dengan 4 Perkara

thumbs

Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 …Read more

Anak adalah anugerah Allah kepada ibu bapa

thumbs

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka. Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi …Read more

Hati Tenang Apabila Sujud dan Syukur kepada NYA

thumbs

Keredhaan akan membuahkan  rasa syukur yang merupakan  tingkat keimanan yang paling tinggi. Dalam tahap iman, rasa syukur itu adalah  puncaknya. Orang yang besyukur adalah orang yang paling menikmati hidup.  Mereka menjalani hidup dengan tenang setiap masa. Setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini tidak pernah dapat lari daripada masalah. Masalah ini seolah-olah mengejar hidup setiap …Read more

Facebook menyumbang kebaikan atau mengundang dosa?

thumbs

Perkembangan dunia teknologi sekarang memang boleh dikatakan amat pesat, terutama dalam bidang media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Namun, ramai dalam kalangan kita menyalahgunakan penggunaan laman sosial itu sendiri terutamanya Facebook yang pada asalnya bertujuan untuk menambah kenalan baru dan menyampaikan mesej yang baik serta melarang kemungkaran melalui Facebook. Akibatnya, tanpa kita sedari …Read more

Bertudung menutup aurat atau sekadar berfesyen?

thumbs

Perkembangan Islam mutakhir ini menyaksikan ramai wanita Muslim memakai tudung. Ini amat menggembirakan kerana mereka  sedar bahawa Allah mewajibkan ke atas wanita Muslim untuk menutup aurat dan ia adalah suatu fardu bagi mereka yang sudah baligh. Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu …Read more

Amal Untuk Meraih Cinta Allah

thumbs

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? Tidak, cinta kepadaNya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. Hasan al-Basri rahimahullah berkata: “Para sahabat Nabi s.a.w. berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah.” Kemudian Allah mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepadaNya. Dengan itu Allah menurunkan ayat berikut: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika …Read more