Archive for the 'Perkahwinan' Category

Suami tak boleh paksa isteri keluar kerja

thumbs

Memetik artikel Pengerusi Himpunan Ustaz dan Pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menerusi www.zaharuddin.net bertajuk Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia menyatakan Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya. Keharusan ini termasuk dalam umum sebagai firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian …Read more

Urusan kahwin patut dipermudah

thumbs

Pada suatu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian Baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang …Read more

Wanita solehah permata suami

thumbs

Allah SWT mengurniakan keupayaan intelektual dan kognitif untuk berfikir kepada makhluk-Nya bergelar manusia. Dengan kemampuan itu, manusia diberikan kebebasan membuat pilihan, mahu taat dan patuh secara sukarela, atau mengingkari seruan mentauhidkan Allah serta tahu akibatnya. Kapasiti menggunakan akal dianugerahkan Allah yang akan membezakan manusia dengan makhluk lain. Malaikat dikurniakan akal tanpa nafsu, menjadikan mereka makhluk …Read more

Ibu bapa mentor terbaik didik anak

thumbs

Dunia dan sejarah telah membuktikan kemapanan ilmu boleh menentukan jatuh bangunnya suatu tamadun manusia. Sememangnya tidak dapat dinafikan kesarjanaan ilmu dan ketrampilan sahsiah mampu memadamkan buntang kejahilan. Jika ilmu benar-benar dipelajari dan diamalkan terutama ilmu agama yang menidakkan perbuatan buruk, pasti seluruh manusia dapat hidup aman dan harmoni dan mampu menyelesaikan segala kemelut, kemunduran dan …Read more

5 Perkara bawa wanita ke Syurga

thumbs

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama. Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga. Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, …Read more

Anak adalah anugerah Allah kepada ibu bapa

thumbs

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka. Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi …Read more

Peranan ibu dalam melahirkan anak soleh

thumbs

MARTABAT ibu lebih tinggi daripada bapa kerana hubungannya dengan anak lebih hampir kerana merekalah yang mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak. Dengan kehadiran cahaya mata menjadikan tanggungjawab ibu semakin berat kerana perlu menggalas beberapa tugas dalam satu masa. Ibu pastinya sentiasa meletakkan kepentingan anak dan keluarga melebihi dirinya. Sebab itu martabat ibu terletak pada kedudukan …Read more

Dalam Hati Tersimpul Cinta

thumbs

Cinta. Ceritera biasa muda-mudi dan remaja. Fitrah manusia ingin mencintai juga dicintai. Adam perlukan Hawa, Hawa perlukan Adam. Namun, fitrah perlu dibajai iman, hati perlu disiram zikir, agar ia tumbuh subur dan memberi pulangan ketenangan serta redha Allah yang utama. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua …Read more

Kalau nak bidadari, tunggu di syurga nanti

thumbs

  Ummi – Mat…,(berhenti sekejap).  Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri. Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu) Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya Ahmad – Nampak ok orangnya  Ummi tapiiii….. …Read more

Pasangan perlu ikhlas mencintai kerana Allah

thumbs

Pasangan mestilah ikhlas untuk menerima dan mencintai setiap pasangan mereka semasa ingin mendirikan rumah tangga kerana Allah. Penceramah Undangan dari Malaysia, Dato’ Dr. Fatma El Zahraa Mohd Ramadan semasa menyampaikan ceramahnya bertajuk “Menjana Kasih Sayang dalam Rumah tangga dengan Tarbiah Islamiah” berkata lagi apabila pasangan ikhlas mencintai dan menerima mereka semata-mata kerana Allah, maka Allah …Read more

Menjadi dan Memberi di Alam Perkahwinan

thumbs

Menjadi dan Memberi Di Alam Perkahwinan Pemikiran yang betul dan positif adalah syarat untuk kita bersikap positif. Mental attitude yang betul sangat penting dalam melayari bahtera rumahtangga. Attitude yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumahtangga yang tidak menentu. Untuk membina dan mengekalkan kesuburan cinta, kita perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut …Read more

Bertunang bukan lesen berdua-duaan

thumbs

TIGA minggu lepas saya mendapat tiga jemputan perkahwinan dan satu majlis pertunangan. Majlis pertunangan berlangsung di kampung, anak kepada sepupu saya bertunang. Anak sulung yang baru menamatkan pengajian. Saya dihubungi abang sepupu untuk menjemput saya sekeluarga ke majlis pertunangan anaknya. Saya dijemput makan tengah hari lebih kurang jam 1 tengahari dan rombongan pihak lelaki tiba …Read more

Melahirkan Anak yang Soleh dalam Islam

thumbs

Bagaimana melahirkan anak soleh? Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang …Read more

Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam

thumbs

Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;[1] كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى “Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari …Read more

3 syarat bina keluarga bahagia

thumbs

INSTITUSI kekeluargaan menjadikan kehidupan manusia sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahli keluarga, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam semua perkara membabitkan ahli keluarga. Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain. Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, …Read more

8 Tips Lahirkan anak soleh

thumbs

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang …Read more