General

Cara untuk Menghapuskan Budaya Buli di Sekolah

“Cikgu. Saya nak minta pendapat cikgu. Anak saya sering diejek dan di buli di sekolah. Dia pendiam dan tak pandai melawan. Dia pula jenis tak suka mengadu kat cikgu. Apa perlu saya buat cikgu?”

Demikianlah mesej yang masuk malam ini. Mesej seperti ini banyak kali ditanya pada aku.

“Kak. Benda ni tak boleh biarkan. Laporkan pada guru kelas anak ya. Kalau berterusan lagi, lapor pula pada Pk Hem. Kalau masih berlarutan dan tiada tindakan, lapor pada GB terus. InsyaAllah akan ada tindakan susulan.”

“Tapi cikgu. Saya risau disindir. Hal remeh pun report juga. Nanti ada jawapan ‘Ala, biasa la budak-budak’. Saya tak nak cikgu-cikgu pandang serong pula pada saya dan anak. Nanti dikatakan manja.”

Baik tuan-tuan. Dengar sini aku nak cakap.

Isu buli bukan isu remeh. Kalau ini dianggap remeh, isu bagaimana baru layak seorang ibu bapa buat laporan?

Tunggu anak dah cedera kena pukul? Tunggu anak bertukar watak jadi pendiam dan pendendam? Tunggu anak patah hati sehingga boleh membawa bunuh diri?

Takkan bila sampai tahap itu baru layak laporan dibuat. Dah jadi bubur nak buat apa? Jangan sampai kesal melanda baru nak bertindak.

Ya benar. Ejek-mengejek itu memang perangai azali budak-budak. Sejak zaman P. Ramlee, zaman kita dan zaman anak-anak kita. Budak-budak memang begitu.

Namun perlu ada kawalan. Perlu guru nasihatkan agar tak melarat dan boleh bawa kemudaratan. Perlu ada tindakan agar murid yang diejek rasa selamat dan dilindungi serta pengejek tidak lagi bebas mengejek.

Bila sampai sentuhan, dipukul, ditampar, diugut, dirampas duit dan barang lagi la kena bertindak segera. Kena maklumkan pada guru mengikut hieraki yang aku sebut jika terus berlarutan.

BACA:  Kerana Terlalu Sayang

1) Guru Kelas
2) Pk Hem
3) Guru Besar

InsyaAllah jika ada laporan, pasti akan ada tindakan lanjutan. Guru disiplin pasti panggil murid yang terlibat untuk soal siasat dan diberi nasihat. Nasihat tidak jalan, amaran pula. Amaran tidak jalan, hukuman pula. Tidak jalan juga, memang pihak sekolah akan panggil ibu bapa murid yang nakal ini.

Dan guru pula, janganlah sindir ibu bapa yang buat laporan begitu. Lebih teruk, jangan sampai pinggirkan murid itu hanya kerana laporan ibu bapa anak mereka dibuli. Jangan digelar manja dan sebagainya.

Itu tidak professional. Salah dari segi etika perguruan.

Terima aduan dengan lapang dan terbuka. Gaya orang professional terima aduan dan bertindak segera. Baru orang respek dan hormat bidang pekerjaan kita.

Begitulah.

 

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *