Ibadah

Cara Solat Terawih Sendirian

Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

BACA:  Awas! Inilah 5 waktu makruh solat & menghampiri haram.Ramai yang silap & keliru.

31 Comments

  1. Alhamdulillah..terlerai la persoalan…

  2. Alhamdulillah alhamdulillah.

  3. solat sunat lain spt sunat tahajut dan sebagainya, hok mana lebih penting?

    1. solat witir penting…Abu Bakr r.a buat setiap kali sebelum tidur….

  4. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini…

  5. macam mn kalau kita terlupa melakukan solat sunat wtir sesudah solat terawih?. harap maklum balas.. terima kasih..

    1. buat kat rumah sendiri2 boleh …sebelum masuk waktu subuh

  6. Cara Solat Tarawih Sendirian | ماريا ياسمين صفية

    […] Sumber: http://www.islamituindah.my/cara-solat-terawih-sendirian […]

  7. Alhamdulillah… betul lah yg saya buat…

  8. Rabiatul Adawiyah Jamil

    Terima kasih =)

  9. Dear rie_rie..

    Xpa kalau kita terlupa atau memang sengaja xmau buat solat witir pun.. witir tu konsep dy macam ni.. → penutup botol. Hehe.. sebab dlm sehari kn kita dah buat banyak ibadah; puasa, terawih, sedekah, baca quran, solat sunat dan mcm2 lg.. so, solat witir diibaratkn macam penutup kpd ibadah2 kita pd hari tu. Sebab kalau la, tiba2 ada apa2 slack ke aral ke dlm ibadah seharian kita tu, atau selepas kita solat witir tu, at least ibadah kita tu xlah sia2.. macam xla tumpah air botol tu kalau tertepis scr x sengaja.. macam tu laa yg ustaz sy cerita time sekolah2 dulu~ hehe (^-^)v Selepas solat witir pn boleh jg lg beribadah, xda masalah… ^^

  10. Asmk….saya ingin tanya. Saya bekerja pukul 3-11pm…Bila saya balik kerja saya solat ishak dan qadha solat asar dan maghrib.
    Terawih saya solat lepas ishak atau lepas solat qadha

    1. Bagi saya, seeloknya sunat witir dlaksnakan slpas solat qada. Sbb, solat yg diqadakan tu solat fardhu yakni solat yg wajib dilksanakan.. Wallahu’alam.

  11. terima kaseh ustaz ..syukur.. lebih yakin nk brtarawih..

  12. Alhamdulillah, Terima kasih atas maklumat

  13. terima kasih ustaz..

  14. zuraida abdullah zawawi

    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini
    Alhamdulillah…

  15. Yongki Romadhon

    Syukron katsir.. Atas ilmunya

  16. info terbaik.. Alhamdulillah

  17. Alhamdulillah sangat bermanafaat infomasi….indahnya islam

  18. 1) Boleh ke kta solat tahajud selepas mengerjakan solat witir pd mlm nya?
    2) Apakah kelebihan smbhyg tahajud?

  19. Tqvm kpd yg mengajukan soalan diatas kemusykilan anda adalah sama seperti sy,bayak2 terima kasih dgn jwapan ustaz

  20. Salam,

    Saya nak tanya jika selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus, adakah ia dikira sebagai pembaharuan atau perkara yang di ada-adakan?

  21. Assalamualaikum

    Terima Kasih dgn info ‘solat terawih sendiri’.
    Selesai masalah saya…
    Alhamdulillah.

  22. Boleh tak kalau kita solat terawih 4 rakaat, 4 rakaat? = 8 rakaat…. boleh ke? ke kena dua rakaat, dua rakaat juga?

  23. Assalamualaikum ustaz….pertanyaan saya ialah

    Adakah hanya bacaan surah al’ala shj yg blh dibaca semasa solat witir pd rakaat 1 krn sesorg itu msh tidak menghafalnya?
    Bolehkah digantikn dgn surah2 yg lain..

    Mohon pencerahan ustaz…..terima kasih.

  24. Terima kasih atas perkongsian

  25. klu buat 4 rakaak sekali jalan mcm mn?..mksd sy minimum solat taraweh 8..kite buat 4 rakaat 4 rakaat…boleh x?..

    1. Maaf jika salah.
      Apa yg saya tahu dan saya faham,
      Solat tarawih mestilaj dilakukan 2 rakaat 2rakaat.
      Kalau 4rakaat tu kena 2 salam la.

  26. Thanks atas perkongsian ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!