Ibadah

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin; maksudnya: Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing

Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.

Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah

BACA:  Waktu solat menurut Al-Quran dan Sains

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

 

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

 

Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i.               Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii.             Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii.            Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

BACA:  Pintalah kepada Allah dalam semua perkara

 

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)

Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu.  Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

 

(Rakaat Pertama)

1.         Takbiratul Ihram.

2.         Membaca doa iftitah.

3.         Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)

4.         Membaca surah al-Fatihah.

5.         Membaca surah dalam qiyam pertama.  Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).

6.         Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

7.         Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).

8.         Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).

9.         Iktidal.

10.        Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).

11.        Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

12.        Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).

13.        Berdiri ke rakaat kedua.

 

(Rakaat Kedua)

1.         Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.

2.         Membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).

3.         Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

4.         Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).

5.         Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).

6.         Iktidal.

7.         Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).

8.         Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).

9.         Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).

10.        Membaca tasyahhud akhir.

11.        Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

 

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

BACA:  Panduan & Amalan Lengkap di Bulan Ramadhan

al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin ‘Uthmān bin Muhammad Shattā, Hāshiyat i‘ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma‘ād fi hady Khayr al-‘ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu’assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456.

Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lān, jil. 3, hlm. 321-333.

al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dār a
l-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293.

al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū‘, t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68.

al-Shāfi’i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991, Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152.

 

http://www.islamweb.net

http://mufti.perak.gov.my/artikel/solat/pdf

www.muis.gov.sg/websites/khutbah/gerhana2000

www.usrahalarusi.kakiblog.com/ 

 

Hasil nukilan;

Ustaz Hj. Nurazmallail bin Hj. Marni,

Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

22 Comments

  1. Gerhana Bulan Penuh Sabtu ini – 10 Disember 2011 — Harian Metro Online

    […] mengetahui dengan lebih lanjut (bagi orang Islam) cara-cara menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sila klik […]

  2. 2 kali niat dan takbir??????

  3. setakat yang saya ngaji. niat sekali je. yang lain tu sama spt di atas.

  4. tak susun betul2 rukun tu. pasti ke? rukuk iktidal, baru baca fatihah? pelik beno rukun tu.

  5. Salam. Ada ralat pd tatacara solat rakaat kedua.ada niat lagi?

  6. Salam..ana tak paham..macam mana nak buat ni..mohon penjelasan;) terima kasih:)

  7. mohon share

  8. Rebut peluang solat sunat gerhana malam ini — Harian Metro Online

    […] mengetahui dengan lebih lanjut (bagi orang Islam) cara-cara menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sila klik […]

  9. ok noted..saya share..jazakallah

  10. klu xsilap sembahyang macam biasa cuma ruku’ je 2 kali pd setiap rakaat, niat sekali je semasa mula2 nak solat

  11. Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana

    Rakaat Pertama
    1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)
    2) Takbiratul Ihram
    3) Doa Iftitah
    4) Membaca surah al-Fatihah
    5) Membaca Surah al-Qur’an
    6) Rukuk
    7) Iktidal
    8) Membaca Surah al-Fatihah
    9) Membaca Surah al-Qur’an
    10) Rukuk
    11) Iktidal
    12) Sujud
    13) Duduk antara dua sujud
    14) Sujud kali kedua
    15) Bangun untuk rakaat kedua

    Rakaat Kedua
    1) Membaca surah al-Fatihah
    2) Membaca Surah al-Qur’an
    3) Rukuk
    4) Iktidal
    5) Membaca Surah al-Fatihah
    6) Membaca Surah al-Qur’an
    7) Rukuk
    8) Iktidal
    9) Sujud
    10) Duduk antara dua sujud
    11) Sujud kali kedua
    12) Duduk untuk tahiyyat akhir
    13) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

  12. Siaran Langsung Fenomena Gerhana Bulan Penuh — Harian Metro Online

    […] mengetahui dengan lebih lanjut (bagi orang Islam) cara-cara menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sila klik […]

  13. mohon share.tqvm..

  14. Alhamdulillah…terima kasih kerana berkongsi ilmu. Mohon lafaz niat bagi kedua-dua solat gerhana dalam bahasa Al-Quran.

  15. “Usolli sunnatal khusufi rok ataini lillahitaala”

    tolong perbetulkan saya jika salah…

  16. thhnks 4 da info

  17. terima kasih atas info yang dikongsikan dan menjadi panduan. saya ingin hendak mencadangkan supaya info yang dikongsikan boleh di cetak. adakan PRINTABLE version dan boleh menjadi bahan rujukan.
    Terima kasih

  18. sila update mail address saya. terima kasih

  19. Subhanallah, kuasa Allah…..terima kasih

  20. Gambar tu gambar gerhana bulan ke gerhana matahari?

    1. salam nak tanye sikit, kejadian gerhana bulan ini jam berape ye, sy dari tadi duduk kat luar rumah tp blm nampak pun gerhana nye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!