Soal Jawab Agama

Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan

Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : Ustaz,saya nak tanya,macamana kita nak qada solat yang kita pernah tinggal dahulu,dan cara mengerjakannya..?

Jawapan :

Solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh (bermimpi keluar air mani) wajib di qada. Cuba buat kiraan berapa banyak kita telah meninggalkan solat fardu. Kita boleh mengqada solat tak kira waktu jika ada masa maka tunaikanlah untuk membayar hutang kita kepada Allah SWT. Hutang ini akan ditanya di akhirat nanti jika kita enggan membayarnya semasa hidup di dunia. Contoh jika masuk waktu zohor setelah kita solat zohor bersama imam (solat berjemaah) selepas habis saja solat fardu maka kita solat qada zohor. Atau pun boleh juga kita solat qada zohor setelah muazin melaungkan azan zohor. Contoh niat solat qada : “Sahaja aku solat qada fardu zohor kerana Allah Taala”

Dalil perlunya solat qada yang pernah ditinggalkan masa remaja dulu : Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Hadis Sahih Muslim)

Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur, maka hendaklah dia mengerjakan solatnya apabila teringat (atau setelah terjaga). (Hadis Sahih Muslim).

Hadis di atas menunjukkan bahawa WAJIB hukumnya qada solat walaupun terlupa… inikan pula solat yang ditinggalkan dengan sengaja.

Perkara ini telahpun mendapat ijma’ pendapat mazhab imam yang empat. tidak perlu dibahaskan lagi.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “‘Hutang kepada Allah terlebih utama untuk dijelaskan.”
(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,at Tabrani,Baihaqi dan al Bazzar)

BACA:  Masalah Mertua Dengan Menantu

Qada solat yang ditinggalkan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun bukan waktunya. Misalnya di waktu malam kita nak qada solat 5 waktu (zohor, asar, magrib, isyak dan subuh). Atau qada ikut waktu-waktu solat conoh qada solat zohor pada waktu zohor setelah kita selesai solat zohor tunai.

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

16 Comments

  1. Bagaimana pula kalau kita tidak ingat berapa banyak waktu yg kita telah tinggalkan?

    1. Kalau kita tak ingat berapa bilangan solat sudah kita tinggalkan , buat qada solat sehinggalah Allah ilhamkan kepada kita bahawa qada yang kita buat sudah mencukupi.

    2. UAI pernah berkata qada sahaja sebanyak yang boleh sehingga melebihi bilangan solat yang tertinggal. Lebih lebih baik daripada kurang. Wallahualam

    3. Assalamualaikum
      Bagi permasalahan lupa bilangan Solat untuk diqada, pendapat ulamak mengatakan Kita perlu qada sehingga hati menjadi tenang. Harus diingat kalau 2 tahun tinggal Solat, qada 2 hari tiba-tiba hati jadi tenang tak betul la. Wallahualam…

  2. Macam mana cara kita nak qada terus solat 5 waktu tu ye?cara solat serta niatnye??

  3. Nas dan dalil yg dipaparkan itu untuk orang yg lalai, terlupa atau tertidur yg dipanggil uzur sharie. Uzur sharie ini wajib dikerja kan sekiranya bila kita teringat atau baru saja bangun dari tidur. Untuk yg tidak mengerjakan solat dgn sengaja kerana malas adalah dosa besar. Yg tidak melakukan solat kerana keengkaran adalah kufur. Cuba penulis carikan dalil2 yg menyatakan selain dari uzur sharie ini selain dari bertaubat wajib qoda solat.

  4. nak tanya… contoh saya terlepas solat zuhur n asar.. time maghrib saya nak qada… mane yg patut saya buat dulu ???

  5. Contoh kalau sy tertinggal solat zuhur,boleh ke sy qada solat zuhur pd selepas solat asar?

    1. Atas itu ada diterangkan..bila – bila masa sahaja..asalkan kita qadha..tak kiralah waktu tu waktu zohor. Lepas kita tunaikan solat fardu zohor bolehlah kita qadha solat asar(contohnya atau mana – mana solat) yang kita tertinggal atau ditinggalkan..betulkan saya kalau saya salah. Wallahu’alam

  6. Sy selalu buat qada zohor pada waktu Asar d sebabkan sy bekerja. Terlebih dahulu sy solat Asar Then Qada Zohor. Sy ingin mngetahui btlka cara sy @ tidak. Terima Kasih

  7. D sebabkan sy bekerja sy akan mngqada zohor pada waktu Asar. Tp terlebih dahulu sy solat Asar then Zohor. Nak tanya pendapat btlka apa yg sy buat?

  8. Boleh ke qada solat pd wktu sperti lepas asar @ subuh?

  9. nk tnya contoh kalau kita tertinggal solat zohor..adakah jumlah rakaat yg perlu kita sama sperti solat zohor juga atau boleh kita lakukan 2 rakaat sahaja

  10. assalam…macam mane cara kita nk qada solat yang kita tertinggal zaman muda2 dulu….rasa kesal dan menyesal kerana tidak solat masa muda dulu…minta ustaz jelaskan

  11. ervinna binti udeh

    Macam mana cara untuk qadakan solat yang tertinggal.bila masa yg sesuai untuk di tunaikan.

  12. Saya bertanya ni jika kita qada waktu contoh zohor,ashar magrib dan kita solat isha dah habis tu kita mulai qada zohor tu 4rakaat ashar tu 4rakaat juga magrib tu 3rakaat begini cara kita menggantikanya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *