Kesihatan, Lifestyle

Cara Merawat Kulit Psoriasis dan 9 Cara Mengawal Psoriasis Di Rumah

Apa itu Psoriasis

Psoriasis adalah masalah keradangan pada kulit dan berkaitan dengan gangguan sistem autoimun. Kira-kira 2 hingga 3 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah psoriasis termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Kulit akan menjadi bersisik dan berkerak tebal di kebanyakan bahagian tubuh badan terutamanya di kaki, bawah punggung, lutut, siku, tangan dan kulit kepala.

Tiada punca utama secara spesifik dapat dikesan setakat ini tentang mengapa penyakit psoriasis boleh berlaku kepada individu.

Namun, faktor-faktor berikut adalah antara yang dikenalpasti secara umum sebagai penyumbang kepada terjadinya psoriasis:

Genetik keturunan

Individu yang mempunyai rantaian genetik ahli keluarga yang menghidap psoriasis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat psoriasis.

Sistem autoimun tubuh yang terlalu aktif

Para doktor percaya sistem tubuh yang terlalu aktif sehingga menghasilkan kulit baru yang berkembang lebih cepat dari biasa juga menyumbang kepada terjadinya masalah psoriasis ini. Oleh kerana kulit yang lama memerlukan lebih banyak masa untuk mengelupas, kemunculan kulit baru yang agak cepat ini akan menyebabkan penebalan pada kulit.

Faktor -faktor lain

Faktor lain seperti kecederaan pada kulit, pendedahan secara langsung pada sinaran matahari, mengidap HIV positif, pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti beta-blocker, jangkitan streptokokus, perubahan hormon, pengambilan alkohol, tabiat merokok dan tekanan perasaan.

Apakah Rawatan Penyakit Psoriasis

Rawatan mengatasi psoriasis bergantung kepada:

Tahap psoriasis
Jenis psoriasis
Kawasan kulit terjejas akibat psoriasis
Tindakbalas pesakit terhadap rawatan psoriasis

Setiap jenis rawatan psoriasis adalah berbeza bagi individu pesakit psoriasis. bergantung kepada tahap penerimaan pesakit terhadap rawatan, jika reaksi psoriasis lebih buruk, mungkin kaedah rawatan terpaksa ditukar atau dihentikan sementara.

BACA:  Pemanis Tiruan Dan Sintetik Menyebabkan Rasa Cepat Lapar

Antara rawatan psoriasis yang biasa dilakukan termasuklah penggunaan krim sapu pada kulit, preskripsi ubat-ubatan tertentu dan terapi cahaya.

Cara Mengawal Psoriasis Hanya Dari rumah

Meskipun masih tiada cara yang berkesan untuk sembuh dari psoriasis, masih terdapat cara untuk mengawal simptom-simptom ringan psoriasis.

Berikut adalah 9 cara untuk mengawal simptom psoriasis ringan yang boleh di buat hanya dari rumah:

1 – Ambil Suplemen Kesihatan
Amalkan pengambilan suplemen untuk mengurangkan simptom psoriasis secara nutrisi dari dalam.

Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO dikenalpasti antara yang boleh meredakan simptom ringan psoriasis menurut National Psoriasis Foundation.

Ia boleh didapati secara terus atau dalam bentuk suplemen. Namun perlukan nasihat dan saranan pakar dermatologi sebelum pengambilan bagi mengelak kesan awal psoriasis menjadi lebih buruk. Ia bergantung kepada tindakbalas penerimaan individu.

+2 – Elak kulit jadi kering
Gunakan perkakasan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah. Ia boleh mengawal kelembapan udara persekitaran yang boleh menyebabkan kulit kering.

Penggunaan krim pelembab untuk kulit sensitif atau moisturizer juga baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak (kulit tebal, bersisik atau berkeruping).

Minyak zaitun dan minyak kelapa juga baik untuk kulit. Boleh jadikan sapuan untuk mengekalkan kelembapan kulit lebih lama. Disamping kaya dengan vitamin E yang mesra untuk kulit.

+3 – Elakkan bahan pewangi
Kebanyakkan sabun wangi dan minyak wangi mengandungi dye atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit.

Memang untuk mewangikan badan tetapi pada masa sama juga menyebabkan simptom psoriasis menjadi lebih teruk.

Jangan guna produk sembarangan atau boleh pilih yang sesuai untuk kulit sensitif. Elak gunakan pada kawasan kulit yang terdedah kepada psoriasis.

BACA:  Minuman Kacang Soya Akan Menyebabkan Kanser Merbahaya – Dr Noorul Amin

+4 – Jaga pemakanan
Setiap individu mempunyai karakter psoriasis yang mungkin tidak sama berkaitan dengan alahan makanan tertentu.

Fahami situasi alahan kulit anda. Elakkan daging merah dan snek berlemaka atau apa sahaja makanan yang boleh mencetus psoriasis.

Pilih makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk mmengurangkan keradangan.

+5 – Mandi air suam
Mandian hangat air suam bercampur garam epsom, minyak zaitun, herba dan sebagainya boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit.

Gunakan pelembab kulit selepas mandi boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.

+6 – Kawal stress
Simptom psoriasis kadang kala ringan dan kadang kala tiba-tiba boleh menjadi berat bila sampai masanya yang tertentu.

Menahan diri dari kegatalan atau tidak menggaru kulit terjejas psoriasis sering meningkatkan tahap stress.

Pada tahap ini, kesedaran dan kesabaran serta bijak mengawal situasi mungkin boleh menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi. Berkongsi masalah dan maklumat dengan rakan-rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia mungkin boleh membantu.

+7 – Berhenti merokok segera
Merokok sememangnya memberikan lebih banyak kesan negatif kepada individu. Merokok boleh menjadi sebab ubat atau nutrisi pemakanan yang baik untuk mengawal psoriasis tidak dapat diserap dengan sempurna.

Merokok juga boleh menyebabkan kulit menjadi mudah kering kerana mengurangkan keberkesanan vitamin C dalam badan.

+8 – Cuba Kunyit!
Sejenis herba masakan yang sangat mudah dijumpai di dapur rumah. Ia dikenal pasti mujarab untuk mengurangkan kerengsaan kulit akibat psoriasis.

Kunyit boleh diambil sebagai campuran dalam masakan atau dalam bentuk pil suplemen. Namun kesannya mungkin tidak sama bagi individu berlainan yang menhidapi penyakit psoriasis.

BACA:  Tersenyumlah Meskipun Sedang Diuji Hebat

+9 – Lebih baik jumpa pakar dulu
Sukar untuk menyatakan cara mana satu yang lebih sesuai untuk menangani masalah psoriasis bagi setiap orang. Mungkin ya, untuk orang tertentu tetapi mungkin langsung tidak memberi kesan kepada orang lain.

Rujuk dan berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi terlebih dahulu adalah lebih baik. Biar mereka mendiagnosis masalah psoriasis dengan lebih teliti sebelum anda bertindak untuk menanganinya sendiri ketika di rumah.

 

Sumber: yourfabulousmama.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!