Kesihatan

Cara Hilangkan Senggugut Secara Semulajadi, Ramai Tak Tahu..

SENGUGUT

Lelaki take note juga
Kalau isteri tengah bad mood / mood tak menentu waktu bendera merah ini mungkin sebabnya
.
.
.
Kurang pengambilan kalsium…

Kalsium adalah salah satu zat yang kebanyakan rakyat Malaysia kurang ambil.

Melalui kajian MANS 2015 rakyat Malaysia rata rata hanya dapat ambil 357mg dari keperluan 1000mg seharian…tak capai 50% pun.

Fungsi kalsium sangat penting, antaranya (secara am)

1. Membina tulang
2. Membantu otot berfungsi
3. Pembekuan darah
4. Fungsi jantung
5. Fungsi otak

Dan banyaaaaakkk lagi…

Kalau tak cukup apa akan jadi?

Dalam wanita ia bukan sahaja boleh effect kepada mood swing (sekejap marah, sekejap sedih, sekejap happy) tapi boleh juga effect kepada tahap kesakitan waktu haid.
.
.
Ada beberapa wanita ketika nak mengalami haid akan rasa sakit yang teramat sehingga ada yang perlu ambil pain killer…memang berguling la boleh jadi.

Ini mungkin disebabkan anda tak cukup ambil kalsium waktu fasa sebelum haid bermula (premenstrual syndrome)
.
.
Melalui kajian yang dilaksnakan di Middle East, akibat kandungan kalsium dan vitamin D yang kurang waktu fasa kedua (2minggu sebelum haid dijadualkan bermula) boleh effect wanita dari segi mood sedih (depression) dan rasa mudah penat (fatigue)

Group yang menerima extra kalsium sebanyak 500mg kurang mengalami simptom yang disebut tadi berbanding dengan group yang tidak menerima kalsium extra.

Satu lagi kajian di USA pula menunjukkan dengan pengambilan kalsium 1200mg bukan sahaja dapat meningkatkan atau memperbaiki mood tapi dapat juga mengurangkan rasa sakit sebelum dan sewaktu haid..atau erti kata lain sengugut dan simptom lain seperti water retention (abdominal bloating), kurang selera makan dan rasa penat

BACA:  Buah Bambangan Hapuskan Sel Kanser Payudara

Wow wow wow..hanya dengan cukupkan kalsium.

Berapa banyak yang anda perlukan?

Wanita yang sedang mengalami haid, mengandung dan juga remaja perlu 1200mg manakala lelaki adalah 1000mg

So mana nak dapat sumber kalsium anda?

Pertama sekali UTAMAKAN SUMBER SEMULAJADI BUKAN SUPPLEMENT

Makanan yang kaya dengan sumber kalsium yang paling senang nak dapat adalah melalui sumber susu dan hasil tenusu (bukan susu tin seperti susu pekat manis, susu cair ye)

Contoh:

1. 1 cawan susu (200-300mg)
2. 1 keping keju cheddar (200-250mg)
3. 1 bekas kecil yoghurt (200-250mg)

Ada banyak lagi makanan lain dan ikut anda untuk ambil yang mana
Boleh mix and match..bukan maksud kena ambil susu dan hasil tenusu saja..sikit sikit jadilah cukup…
Contoh masak sayur dengan ikan bilis, ambil sayur brokoli, ambil kacang kekacang sebagai snek..

Siapa kata susah nak ambil kalsium dengan cukup?
Boleh kan..

Sebolehnya utamakan pengambilan dari fresh food ye sebab:

1. Jenis calcium dari natural foods lebih senang untuk diserap dalam badan berbanding dengan jenis calcium yang diguna dalam supplement
2. Calcium memerlukan adik beradik zat lain seperti vitamin D dan magnesium untuk diserap dalam badan. Yang ini ada dalam makanan tapi bukan dalam semua supplement
3. Selain calcium dapat juga zat lain yang diperlukan seperti zat besi, vitamin B complex, folic acid dan macam macam lagi kalau ambil dari fresh food

Sedap, sihat dan lebih murah

So ladies..take enough calcium

So gentlemans..makesure your ladies take enough, dan mungkin hadiahkan sekali dengan sekotak dark chocolate untuk bantu craving dan mood swing..hehehe (manatau selamat dari kena marah)

Ps: kalau dah sakit selalu, sakit sangat pergi jumpa doktor na…jangan samakan supplement dengan ubat.
Haid yang sakit atau banyak sangat darah mungkin ada sebab lain

BACA:  Awas! Inilah 6 Makanan yang Bahaya Jika Dimakan Mentah.

 

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *