Isu Semasa

Calvary Church, Gereja terbesar di Malaysia dan Asia!

Calvary Church 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia dan kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil.

Pada tahun 1972 dulunya, Keahliannya CC hanyalah seramai 120 orang tetapi kini telah menjangkau 7000+ di atas usaha gigih mereka.

Dengan motto ‘PREACH’ yang diimani dan dilaksanakan, maka hasilnya semakin terserlah ke hari ini.

  • P-Preach the Gospel to ALL nations
  • R-Research and publish materials on church leadership and missiology
  • E-Encourage and train pastors, leaders and missionaries
  • A-Assist churches in developing their missions program
  • C-Conduct evangelistic rallies, missions and church growth conferences
  • H-Help coordinate relief projects for humanitarian needs globally

Sudah menjadi sunnah alam bahawa hasil dan kejayaan hanya akan datang dengan usaha dan pengorbanan. Maka perkembangan ini tidaklah begitu mengejutkan sangat.

Jangan tuding jari kepada mereka yang lain dengan berlakunya banyak kebocoran, keciciran dan kemurtadan di kalangan umat Islam tetapi tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang sumbangan kita kepada Islam yang diimani ini.

Toleransi agama bukan bererti bahawa semua agama itu sama tarafnya (pluraisme agama) dan ancaman agenda kristianisasi global harus ditangani secara teliti bersama-sama.

Mengkritik dan menyalak kepada orang luar tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semakin melondehkan kelemahan diri umat Islam sendiri.

Para pemimpin samada dari BN & PR, para alim-ulama, pemimpin NGO dan umat Islam yang prihatin dengan harga aqidah umatnya mesti terus bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan agenda Islam terus diperjuangkan.

Dr Zainur Rashid Zainuddin

BACA:  Kos Haji Kekal RM9,980

39 Comments

  1. bersedia wahai umat islam,pls alert!!!

    1. Kalau agama islam itu betul, buktikan yang bahawa Nabi Muhammad idu diangkat atau dinaikan ke syurga. Jangan hendak mengutuk agama orang lain. Adakah agama-agama lain hendak mengutuk agama Islam? Tak pernah pun agama-agama lain mengutuk agama Islam. Tetapi kenapa Orang Islam sekarang semua hendak mengotorkan agama orang seperti Agama Kristian. Kalau Agama Islam itu betul buktikan bahawa Nabi Muhammad itu dinaikan ke syurga.
      Sikh, Sami, Hindu dan Muhammad adakan dia dinaikan ke syurga? Memang tidak pun. Hanya Jesus Kristus lah yang diutuskan di angkat ke syurga.

      1. apa agama kamu? kalau kamu seorang kristian JANGAN guna nama Ahmad.

      2. Saudara, saya tak tahu saudara agama apa tapi saudara pernah mendengar peristiwa Israk Mikraj? Alah, yang kitaorang cuti sehari tu. Hah, time tu lah Nabi Muhammad pernah naik ke syurga dan melihat ganjaran yang baik Allah berikan kepada Muslim yang beriman. Time tulah Nabi mintak biar solat dikurangkan.

        Dan 1 lagi, agama lain tak pernah kutuk agama Islam? Saya tersalah baca ke? Oh tak, mereka tak kutuk, mereka terang benderang menyatakan Islam agama pengganas, agama yang berbahaya, tak harmoni. Meskipun hanya sebilangan KECIL sahaja yang bersikap sebegitu. Saudara jangan nak kaitkan agama dalam hal ni sebab orang lain pun ada terorist, ada pengebom, ada pengganas, tapi pernah dikaitkan dengan agama dia? TAK PERNAH.

  2. norhanid abdhamid

    Pegangan Umat Islam AL-QURAN dan AS-SUNAH sebagai panduan hidup di dunia ini dan berbahagia di akhirat kelak….Namun dalam soal Nasrani, Yahudi permusuhan mereka adalah nyata…..mondus operandi menghapuskan Islam pelbagai cara….Buka MATA HATI,

    1. Saya setuju dgn Norhamid, ini antara satu cara mengocak akidah kita Sila rujuk di internet” The New World Order” dan “Illuminati”. Org Kristian sudah berabad memulakan jarum mereka untuk memesongkan umat islam diseluruh dunia.

  3. assalamualaikum.

    Dari pemerhatian ibu yang dhoif ini , kita umat islam bukannya kurang bangunan. Kita ada banyak masjid. besar-besar. cantik2, dengan teknoloji
    dengan aircond , macam-macam. dan kita pun ada banyak pusat2 islam, macam2 institusi kita ada tetapi infra tersebut tidak dapat diguna semaksima sebagaimana kritian dan missionary buat.Tengok lah realiti kalau nak buat program remaja islam kita kena sewa bangunan , tak boleh nok senang2 guna bangunan masjid ker apa2 bangunan ugama sediada kerana banyak sangat protokol . Nok panggil bijak pandai islam kena bayar lagi sebab tak ada yang nok buat kerja percuma. Sekarang ni realiti yang ada program remaja islam hanya untuk anak orang kaya saja sebab yuran nya ratusan ringgit. Yang miskin harta dan miskin ilmu terabai begitu saja. Kita dimomokkan dengan bayangan hantu diluar rumah (perkembangan kristian dsbnya) , hantu dalam rumah kita kita biar beranak pinak. Wallahuallam.

  4. Kita berada di negara yg ganjil…kenapa? Kita ada banyak fasiliti utk kemudahan musuh Islam…Gereja St. Anne di Bkt Mertajam khabarnya yg tertua di Asia Tenggara. Setiap tahun ada ‘mass gathering to welcome Virgin Mary’, esoknya pula..pekerja bandaran beragama Islam terpaksa mencuci /mengutip sampah di sana.. Marilah kita muhasabah diri tentang sumbangan kita kepada Islam yg dibawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

  5. mati esok lusa jawap la pada sesiapa yg bertanggungjawap atas semua kebocoran ni… orang islam sekarang sangat rapuh.. hanya tinggal nama… anak muda habis rosak dek kerajaan yg sangt tak guna.
    harap suatu masa nanti semua akan sedar dan bersatu.

  6. Allah…..dekat jerk ngan umah saya..sy ingatkan diorang nak buat stadium ker apa….nauzubillah..semoga ia tidak melemahkan iman saya dan tidak mengganggu ibadah seharian sy! Moga Allah melindungi kita semua umat Islam..

  7. mslh kita sb kita lg suka cri salah sendiri.pahaman politik diutamakan dan didahulukan.pttnya agama Islam kita jadikan rujukan panduan dn pegangan.melayu bergado sama sendiri ats pahaman politik yg semakin diagung2kan masyarakat islam di malaysia.polis negara dilabel sebagai israel.sedare seagama dimaki hamun dimalukan dikhayalak ramai.kalo kita bersatu dibwh agama Islam yg agung insyaAllah berjaya dunia akhirat.

  8. Inna lillahi bncna besar akan datang melanda umat islam malaysia mgkn diasia tenggara pula,,,, smga Allah dpt mnghntikannya dgn kekuasaan-Nya. AMIIIIIIIIIIIIIIIIN.

  9. Aswan As-Sarawaki

    Salam Saudaraku

    Bagi saya dakwah kristianisasi di Nusantara adalah antara agenda utama mubaligh berbagai mazhab kristian, tak kira lah Anglican/Evangelical/Protestant , RC mahupun SIB sejak dahulu lagi . Seperti kemasukan SIB di borneo daripada evangelical church Australia, bentuk pengajarannya diolah dan diacuankan amat halus sehinggakan orang melayu muslim sendiri tidak perasan yang ianya ajaran kristian. Injil melayu bernama Al-Kitab, pengunaan Allah Taala dan perkataan melayu dari bahasa arab seperti imam, iman dan menggunakan nama nabi adalah semata-mata tujuannya mengelirukan majoriti islam di nusantara. Saya tidak hairan juga yang mereka menjadi lebih aktif kebelakangan ini kerana banyaknya kemasukan dana dari Luar yang membantu kerja-kerja dakwah mereka. Kita tidak boleh salahkan mereka, kerana pentingnya dakwah kepada mereka samalah seperti kita orang Islam yang beriman, dimana berdakwah atau bertabligh adalah antara Sunnah Rasulullah S.A.W yang paling besar dan penting cuma kita ja yang mungkin sudah lupa atau . Bagi saya, yang penting kita kena kuatkan barisan kita dahulu sebelum menuding jari, terutama institusi orang islam seperti kampung2, masjid, NGO, badan kerajaan. Saya , setelah beberapa tahun berkecimpung di dalam dunia dakwah di Sarawak dengan ilmu yang amat sedikit , kenal ramai bekas2 orang kuat kristian berbagai mazhab , yang telah berkongsi pengalaman mereka Modus operandi dakwah mereka dikalangan orang dayak dan orang ulu di sarawak , dan telah melihat sendiri bagaimana seorang wanita yang sangat observant agama, muslim generasi kedua (Bangsa Orang Ulu) dimurtadkan secara halus melalui perkahwinan dan beberapa lagi keluarga yang kita katakan ‘Muallaf’ murtad secara sekumpulan kerana kurang nya ilmu dan amal ataupun kurangnya perhatian daripada kita NGO dakwah mahupun badan berwajib . Insiden wanita melayu di function gereja baru-baru ini hanya lah ‘tip of the iceberg’ . Siapa nak disalahkan? Masyaallah, sesungguhnya ini semua tanggungjawab kita sebagai muslim untuk membimbing mereka memberi sokongan moral dan material serta mengangkat taraf ekonomi mereka yang rata-rata fakir miskin yang sangat lemah dan mudah disasarkan oleh muballigh, benarlah kata Rasulullah S.A.W yang kemiskinan itu menghampiri kekufuran. tapi hakikatnya?

    Saya ingin hendak merayu kepada semua , berilah sokongan kepada NGO seperti Yayasan Amal, Yayasan Dakwah Islamiah, persatuan-persatuan saudara baru dan pendakwah-pendakwah bebas , sokongan bukan sahaja moral, malah kewangan, tenaga, idea, buah fikiran, material apa sajalah. Seperti kami NGO di sarawak , kurangnya penglibatan daripada pemuda pemudi terutama tokoh korporat Islam , siswa siswi, NGO belia dan juga ahli-ahli qaryah masjid menyebabkan kami bergerak dengan sumber yang amat terhad. Walaupun ada usaha NGO dari semenanjung yang membantu, tetapi tidak mencukupi , malah lebih banyak lagi bantuan yang kita perlukan, terutama kewangan , idea dari cendikiawan2 dan jentera dakwah yang lebih utuh supaya Insyaallah dapat meneutralisasikan gerakan dakwah kristianisasi ini. Semoga Allah SWT bantu kita , ayuh mari BERGERAK! Allahu Akbar !

    Jazakallah khir kerana perhatian anda.

  10. kenapa bentuk nya seperti sebuah kapal,apa yg di fikirkan di khiamat?
    kita harus ingat bumi kita ugama kita,kita selalu agongkan kaum lain mereka adalah bagus,tapi kita lupa siapakan yg membawa kita bila kita mati nnt,malaikat akan tanya siapa kah saudara mu?jawaplah sendiri?..kenapa kita org islam terlalu banyak sangat buruk sangka terhadap kaum sendiri…..wahai anak2 adam sedarlah bahawa dunia ini tpt tumpangan sahaja,jadi indahkan ugamamu dgn bermuafakat sesama islam,tolong memolong sesama insan, buangkan niat busuk dlm hati kamu,bersatulah wahai saudara ku…….

  11. Sabar ye wahai umat islam sejati..kta mesti teguh kan iman dalam diri kta supaya tidak goyang..Dengan dugaan yg melanda dunia sekarang..Tapi pasal gereja yg khabar nya terbesar 2..sy sedih,cukup2 sedih..sebab yang melulus kan tapak pembinan 2 adalah orang ISLAM sndri..(KENAPA KORBANKAN AGAMA N NEGARA ISLAM SENDIRI????) Orang yg mcm ni lah akan di laknat oleh ALLAH s.w.t.

  12. Apakah perkara ini memang benar ??
    Agak mengejutkan juga nih…

  13. can u all,, ask for sultan selangor to do something or at least get into this?

    ya,, Its is true,, that if we respect another religion, then we’ll be respected..

    but,, if we not respect ours first.. then,, it is nothing but a …

  14. Sudah Islam itu tidak diangkat martabatnya….maka pihak kufar mengangkat agama mereka…..1Malaysia katakan… 🙁 maka makin “panas” pula Lembah Klang.

  15. Kepada para pemimpin yang telah diangkat tak kira samada dari BN ka atau PR ka, para alim-ulama yang selama ini bersuara lantang, pemimpin2 NGO yang selalu mengepalai demo2 jalanan serta umat Islam yang prihatin dengan harga aqidah umatnya, semestinyalah bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan agenda Islam terus diperjuangkan dan dipeliharakan.
    Dengan hanya menyalak dan mengkeritik kepada orang luar hanyalah mampu menonjolkan kelemahan diri umat Islam sendiri.

  16. Macam mane lah…….pembuatan gereja terbesar di asia ni boleh diluluskan. Ini tidak sepatutnya terjadi di negara kita yang agama rasminya adalah agama Islam. Kalau di Indonesia ke, Singapore ke….tak pelik lah sangat. Hmmmmmm…..apelah nak jadi bumi Malaysia ni.

  17. Satu Malaysia adalah satu konsep yang salah dan sebenarnya terpesong. Mana boleh Satu? Kita umati Islam adalah tuan rumah di Malaysia dan sebagai tuan rumah tetap kita berada di atas manakala tetamu atau pendatang berada di bawah.

    Kita boleh hidup dengan harmoni dengan cara ini, tak payah hendak mempromosikan agend satu Malaysia yang secara langsung atau tidak memberi musuh-musus Islam peluang untuk memijak kepala kita.

    Bodoh betul orang Melayu yang memperjuangkan Satu Malaysia kerena memberi jalan kepada pihak kuffar dan munafik untuk merampas kuasa dan bermaharajalela di negara Islam yang pendudk dan pemimpinya adalah kaum Melayu Islam.

    Bangunlah Melayu, jangan terus melayu dan di perbodohkan.

    “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!”

  18. betul ke tu ??

  19. allahu akbar,,,,,pemimpin kena alert tentang hal agama,,,,kita xleh walak sekiranya dia xikut hukum syarak islam,,,kita kena balik berpandukan alquran dan sunnah,,

  20. Salam….org Islam Malaysia ni ( secara umum ) cakap je…tapi x berani bab takut periuk nasik hilang la katakan…..peminpin kna alert cmne lak??? yusma ….dh dia yg luluskan..jnji duit masyuk…apa dia kira halal ke haram…duit maaaaa….peduli apa diorg..ada peduli ke???? Sister in Islam & Calsberg Malaysia sapa diantara org kuat dia???? Orng ISLAM ma….berpengaruh lagi!! ada yg tegor tapi melawan ..dh ada duit n kuasa …nilah 1Malaysia…sungguh bngga dengan DOSA ….kebenaran saya ckp ni..x caya pi check la ..yg marah tu..pikir balik semula….klau kenytaan saya ni salah…yeke saalah?? ke awak tu ada share dosa …

  21. kenapa wat kt bukit jalil??pada pndapat aq,dowg nk menyaingi owg tabligh..kolo kowg nk tau,markaz dakwah terbesar kt m’sia ada kt msjid sri petaling..bole dikatakn agak dkat ngan bukit jalil..ini kerna dowg nmpak usha tabligh ni bg ancaman kt dowg..so jom r kte wat usha agama..kuatkn islam kte…pasal gereja terbesar kowg jgn pelik..bnyk gereja2 kt eropah sne..sume dh bertukar jadi masjid..aq harap sa2 hari nanti gereja i2 akan menjadi salah sa2 markaz dakwah terbesar d asia..

  22. stop.. well.. xkan anda xtau lagi.. agama christian nie dah macam x wujud dah..

    pemimpin2 org christian nie bukan org christian pun.. tapi geng2 dajjal.. xcaye?? pegi buat research..

    geng2 dajjal nie memainkan org2 christian jer..

    jadi jangan bermusuh dengan christian.. sebab diorang nie kena brainwash..

    nak perang, perang ngan geng2 dajjal nie.. Pasal bangunan nie mesti kerja geng2 dajjal nie.. Saje2 nak bagi persengketaan agama..

    So, BEWARE.. Prepare yourself.. Kita tamabah ahli geng2 tabligh..

    Bagaimana?? Mulakan dengan anda sendiri..

    1. i hope u have a place in heaven . .amen

  23. Nope we are not brainwashed, just filled with love and compassion for this city 🙂 No need for war 🙂

    Yes im from Calvary Church,

  24. yang penting skrg umat islam perlulah bersatu,xperlu ada kumpulan atau puak2…ingat kpd pegangan Al-Quran dan As-Sunah sebagai panduan hidup kita..

  25. Mcm mne bnde ni boleh diluluskn? Nk jd sgt pemimpin.. mne la tggungjwb.. knp malaysia ad nde ni? Terbesar di asia tuuu.. mne msjd terbesar di asia? Itulah dia,ank2 sy blh fikir sal bnda ni.. yg beri kelulusan xpndai fikir? Tua xsemestinya matang.. kesian.. maaf klu ad spe2 terasa..

  26. Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak mamaksa umat melakut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 Kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama.  Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat  berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan , kejayan, kemodenan dll.

  27. masyaAllah … setelah survey ke tempat tersebut.. pembinaan dr segi luaran sudah hampir 70 % siap.. apabila dilihat di signboard tercatit bhw akan dibinanya satu institut pengajian *might be college* .. adakah itu hanya untuk mengaburi mata semua pihak? marilah kita renung2kan. salam.

  28. Kita semua tahu, orang kafir sedaya upaya menghapuskan agama islam.
    Mengapa mereka buat gereja terbesar di Malaysia?
    Kerena Malaysia adalah negara islam..dan negara Malaysia termasuk dalam lingkungan NUSANTARA. Tahukah anda? Misi mereka adalah
    mengkristian seluruh NUSANTARA. Termasuk Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan seluruh negara ASEAN..
    Marilah kita sama-sama menjaga agama Islam!! Jangan biarkan musuh menjatuhkan umat islam.. ALLAHUAKBAR!!

  29. Salam…

    Hanya Islam agama yang diiktiraf oleh Allah SWT yang maha agung… Dan syurga hanya untuk orang-oarang Islam yang betul beriman dan mengikut Al-Quran Dan Sunnah Nabi. Dan sebagai seorang Islam wajib percaya… Orang-orang Islam berhak untuk memberi kefahaman(tanpa paksaan) kepada orang-orang bukan Islam tentang kefahaman dan kebenaran Islam kebenaran Rasulullah kerana itu adalah wajib bagi memastikan orang mengenali Islam.

    Berbalik kepada pembinaan gereja yang terbesar di atas itu menunjukkan betapa komitmentnya musuh-musuh Allah untuk secara halusinasi dan menggunakan material sebagai menarik perhatian golongan Islam lari dari ajaran Islam. Kenapap ihak berkuasa meluluskan pelan pembinaan gereja terbesar ini sedangkan negara Malaysia secara total adalah majoriti Islam penduduknya.. Aapa yang saya lihat dengan pembinaan monumen yang moden serta canggih dan jika terdapat kemudahan-kemudahan seoperti membeli-belah, restoran, pusat-pusat hiburan, taman-taman moden temapt ini akan menjadi tumpuan termasuk majoriti Islam.. AWAS………. JANGAN JADIKAN ORANG-ORANG ISLAM YANG SUDAH SEDIA LEMAH MENJADI SEMAKIN SEMAKAIN SEMAKIN LEMAH……. BANGUNLAH ISLAM

  30. Tak apa pergi shopping-shopping sahaja ! Awak yang lemah kita kuat agama apa takut !

  31. sunguh mengecewakn aq bca komen anda smua ne..jelas betul permusuhan antara KRISTIAN,YAHUDI & ISLAM . .namun satu hal yg aq pasti leh sb TUHAN 2 maha tahu dn diatas sgala apa pn yg kita tau..DIA pasti pnya prncngan jelas yg kita x akn faham kenapa DIA menurunkn TAURAT,INJIL & QURAN . . tw knapa wujudnya agama YAHUDI,KRISTIAN & ISLAM . . disebabkn sikap bongkak dn merasa benar,kita lupa bhwa setiap agama ne pcya TUHAN yg sama cuma d bezakn melalui namanya tetapi perananya sama..namun besalh kn manusia . yg negetif d utamakn .. serius,agama sy kristian..dn sy pnya ramai kawan bragama islam . . memng perasan mrh 2 ada kalo agama kita d katakn kafir lh or etc yg negetif tp pd sy tindakn cm 2 mksudnya tnpa kita sedar kita mengutuk TUHAN/ALLAH kita sndri..coz cuba kita tngok point nya dlm2 kristian pcya TUHAN mreka yg menciptakn langit dn bumi serta sgala sesuatu..dan prcya asal usul kita brmula dari nabi adam & hawa..bgtu jga islam ma yahudi..cuma fahaman/rujukan sja brbeza kn..satu hal lg adakh cuma islam,kristian dn yahudi sja pnya tmpt d syurga . .jd kalo jumlh manusia skrng ada 7 bilion dn cuma 3 bilion sja yg bragama islam,kristian dn yahudi adakh 4 bilion manusia len ne masuk neraka . . bgne kh ajaran dlm agama kita..cuba korang tnya paderi or imam pasal bnda ne..syurga 2 untk sepa .. btw,pnjng pla aq tulis ne..ahaha..kalo anda rasa agama anda benar maka truskn lh..dn jika anda pnya iman brhnti lh mengutk agama lain coz prbuatan 2 tak ubah cm kafir jga . . 2 ja lh,,PEACENOWAR . .

  32. sometimes,aq berharap sngt negeri SABAH kesayangan aq ne tak masuk malaysia. .coz asas negeri ne tak ada agama yg rasmi..dah masuk malaysia nah abes dngn isu permusuhan agama..rasanya status ngara yg mngamalkn kebebsan bragama cuma agnda untuk mendpt pngiktirafan luar kut .. mungkin kalo d berita luar ngra khususnya barat kita sering mendengr agama minoriti islam yg tindas . . bg sy pla malaysia sudah cukup lyk untuk pnya tajuk berita sprti ini “MINORITI KRISTIAN DITINDAS OLEH AGAMA MEJORITI MALAYSIA” . nak tw sb sy ckp cm ne..ne sbnya..jika ada mubaliq kristian berdakwah kompom d tngkp .. jika kristian mngunakn kalimah ALLAH kompom nek trun mahkamah,saman menyaman,baikot membaikot . . nak masuk jwtan kerajan bgtu sukar skli . . kritian mendirikn rumah Allah/Tuhan nah penuh jalan raya 2 dngn demontrasi bantahan,kalo kritian nak dpt dana tuk gerja harus tngu bertaun2 tuk pungut derma dri umatnya tw wakil rakyat yg bragama kristian..pernah kh kita dngr “kerajaan prskutuan memberi dana beratus ribu,juta,bilion tuk msyrkt kristian di sabah or etc” namun hal cm ne ja kritian dihujani dngn tuduhan memurtadkn umat islam..sy trtnya2 hanya sekuat mna kh iman anda smpi mudah d murtadkn .. atau kita brdiri hnya atas nama agama tp iman lemah .. sy berdoa kpd TUHAN/ALLAH agar dia menylmtkn umat yg pcya kpdnya bkn hnya pd islam or kristian . .amen ..

  33. yang saya lihat bukan gereja tapi kuil freemason

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!