Isu Semasa

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol

Gambar Hiasan

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.

Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.

“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

BACA:  8 Tips Lahirkan anak soleh

10 Comments

  1. subhanallah..Maha Benar Enkau Yaa Allah dengan segala Firmanmu..kami berlindung kepadaMu dari saytan yg terkutuk..”hasbunallah wani’mal wakil ni’mal maula wani’mannashir.”

  2. Allhuakbar… perlu diajarkan pada anak2 kita yang masih kecil, kerana kuasa Allah tidak siapa dapat tandingi….

  3. Allah hu akbar…lailaha illallah…benarlah kata-kata Allah…
    tp kenapa tak disebut surah yg dibacakan itu ya…

  4. ternyata bukan sahaja dapat mengelakkan gangguan makhluk halus, tapi juga manusia betul

  5. Assalamualaikum

    Saya nak tanya, mana ayat pelindung drpd dirogol tu. Saya minta maaf kalau saya tak perasan, tapi saya tak perasan pun ayat al-quran tu.

    Kerjasama anda saya ucapkan terima kasih… Hanya ALLAH mampu membalas jika anda sanggup kongsikan ayat al-quran tersebut

  6. Budak baca ayat al-Quran elak dirogol | Islam Itu Indah « suhaydahazrin

    […] al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya. Baca lagi -> (via Islam Itu Indah) http://www.islamituindah.my/budak-baca-ayat-al-quran-elak-dirogol Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this […]

  7. Subhanallah alhamdulillah allhuakbar.

  8. ya ALLAH tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.. aku berlindung padamu..daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia ke jalan kesesatan..

  9. Demi اللَّهَ ….hanya dengan mengingat اللَّهَ hidup kita akan selamat…dan anak ini telah membuktikan janji اللَّهَ benar adanya, اللَّهَ senantiasa menjaga, memelihar, menolong hamba2 اللَّهَ yang senantiasa mengingat اللَّهَ…..

  10. allah maha besar…tiada yang dapat menandinginya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!