≡ Menu

Bolehkah roh suami kembali meniduri isterinya yang masih hidup?

Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan:

Puan,

Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 75 comments… add one }
  • Zidane March 8, 2011, 9:05 am

    Pasti Qareen…..jin. Saya penah kena, baru kahwin beberapa minggu kot, dok umah sewa Banglo ngan budak2 bujang lain. Suami keje malam, baru kuar umah. Saya pun cuba letak badan n kepala ke katil bersandar. Tetiba…nampak suami masuk semula…….padahal pintu bertutup. Siapa? Saya terkejut n keluar bertanya kepada rakan2, budak2 bujang kat luar bilik saya……Ai…dah pegi keje. Saya diam saje…tak berani beritahu budak2 bujang tu…..nnt x tahu what’s can happen….
    pada saya…..ia mungkin H….Ra..Wallhualamhubissawab. Saya cakap benar

    • joe March 11, 2011, 3:41 pm

      Amalan nabi sebelum tido.. tadah tangan dan baca Al-Fatihah, pastu baca ayat kursi, diiukuti Surah Kulhuwalah, Surah Al-Falaq & Surah An-nas.. Kemudian hembus ke tangan, cuba sapu keseluruh tubuh kecuali kemaluan dan tapak kaki.. Insya’Allah selamat dari segala-galanya kecuali mati.. wallahuallam..

      • harun August 31, 2013, 2:01 am

        benar itu pelajaran yg diberi olih Nabi Muhamamad SAW didalam hadis soheh wallawaallam

    • red June 25, 2011, 7:37 am

      genti awk rse hantu kan.. hahaha…

    • asari June 26, 2011, 7:28 pm

      mungkin perasaan takut yang terbawa-bawa….bila penat atau hendak tidur

    • naim December 14, 2013, 10:00 pm

      pengalaman sya, kebiasaan nya suami memiliki ilmu hitam lalu ia dirasuki jin. sedankan diwaktu hidup suami tk tau dia ada jin.apabila dia mati pekara tadi biasa berlaku, puan pergi cari org yg pandai tangkap jin itu insyallah tk akan lg berlaku pekara itu

  • En.Jung March 8, 2011, 10:33 am

    kalu dalam cerita seram melayu, lebih kepada hantu raya kan.

    • sue March 9, 2011, 10:25 am

      saya pernah di datangi makhluk hitam berbulu lebat….besar menindih saya dan pernah 2 3 kali cuba merogol saya…kejadian berlaku semasa arwah suami masih hidup hingga kini setelah beliau tiada ia masih menggangu saya…apakah ia?

      • Ustz Rahman March 18, 2011, 2:16 am

        Sia hubungi saya untuk penjelasan di 017 6196354

      • Dean March 22, 2011, 4:08 am

        hantu raya

      • Daniel Buqhari March 23, 2011, 1:44 pm

        ia ialah jin yg ska mnganggu manusia…..kta haruslah banyakkan beristifar,brsolat n mmbaca quran. kta jga aruslah meminta prtolongan dari allah bukan dari bomoh. banyakkan membaca ayat kursi ketika bnda itu datang

        • Daniel Buqhari March 23, 2011, 1:47 pm

          aruah tok menakan sya jga prnah diganggu makhluk alus.kadang2 setiap malam diganggu.nk bat pe err………….

          • zarul April 2, 2011, 8:05 pm

            amalkn al-muawwizat,ayatul kursi atau ayat 1-9 surah yassin..kalau nak lebih mudah dan ringkas amalkn sentiasa membaca ayat penggerak..insyallah akn sntiasa trpelihara..yang penting kt sntiasa yakin dgn kkusaan Allah mlebihi kkusaan ape shj yg ade dlm dunia ni..

      • Azman Sulaiman June 19, 2011, 5:49 am

        Sah hantu raya

      • Special Towel August 2, 2011, 4:48 pm

        hahahha
        memang sah la jin..
        sama ada islam atau kafir…
        kamu telah dicintai oleh jin…
        ada tanda lebam di dadakan…

      • Izzat March 15, 2012, 3:33 pm

        itu adlah jin betina..kawan saya pernah bercerita yang dia pernah kena tindih oleh jin yang berbulu lebat tu..yang kelakarnya dia tidur kt tingkat ats katil doubledecker kmudian dia tolak jin itu smpai jatuh ke lantai..pastu hilang..huhu

        • zunnur February 3, 2015, 8:18 pm

          Hahahaha… jin jatuh katil

      • Mohd Zuhudi December 16, 2013, 2:22 pm

        Saya pernah melihat makhluk ini (hantu raya) datang mengganggu/menakutkan…langsung dia hancur berkecai pabila saya melafazkan Allahuakbar dgn nada yg kuat…

  • ucimini March 9, 2011, 1:21 pm

    oleh karena itu biasakanlah membaca doa sblm tidur.. coba tmbh dg membaca surat2 spt fatihah, al ikhlas, al falaq, annas dan ayat kursi msg-msg 3x.. terus baca sampai tertidur.,. insyaAllah..

    • dhuha April 7, 2011, 3:57 am

      smoga ia m’jadi amalan… pd diri kita..
      dan sebati.. tiap kali kita menutup mata.. pd Allah juga kita m’ingati…
      dan apb terjaga, syukur pd Ilahi…

  • Nash March 9, 2011, 9:24 pm

    Qareen ni jenis jin / syaitan yang sgt jahat.., anak sy selalu diganggu dgn bisikan2 jahat yang xbagi beliau solat., jadi malas ke sekolah dan macam2 lagi yang dibuatnya.. Kenen selalu amalkan ayat qursi… insyaAllah…

  • ASOI March 10, 2011, 1:18 am

    masyarakat melayu seharusnya membaca artikel yg bermanfaat ini upaya tidak keliru dengan dakyah yang menyeleweng

  • adi March 10, 2011, 5:55 pm

    pd hemat patik,ada hikmah apayg berlaku sprti pengalaman patik.Bilik hadapan rumah org tua patik ada yg menganggu ibu dan kakak patik sering mengadu pd patik.Maka patikcuba tidur dan patikjuga di ganggu semua ayat patik bacakan tapi tiada kesan padanya.keesokan harinya patik cuba panggil makhluk itu(ianya seperti monyet mata merah n berbulu kasar),dan setelah di panggil ternyata ia menyatakan tapak rumah org tua patik ada mayat perempuan yg mati di rogol maka ia hendak di sempurnakan seadanya….nasihat patik mintalah pertolongan dr Allah bukan pd ayat2nya,kerna ia bersama kita di mana jua kita berada.Tiada ia tiadalah kita.

  • zaki March 11, 2011, 5:16 pm

    memang ada kejadian seperti itu dalam masyarakat melayu…mak sepupu saya pernah mengalaminya setelah suaminya meningggal..puas berubat tak baik2 sehingga dia meninggal…ada orang kata hantu raya ada kata sang raya….kalau ada yang kena cuba lah berubat n minta tolong Allah SWT….

  • mohd March 18, 2011, 11:49 am

    salam tuan guru.. sy ingin persoalkan kepada tuan guru… tuan sy selalu brmimpi didatangi oleh orang yang telah meninggal dunia. yang peliknya bkn ahli kuarga terdekat jae yg telah meninggal dunia jae saya mimpi malah jiran kg saya dah mati juga prnah datang dalam mimipi saya. yang paling saya tkut sekali ade satu mimpi jiran saya datang menjemput saya pergi mengikutinya. semasa saya nk mengikutinya anaknya telah menghalang saya sy dari mengikutinya. selepas itu sy tersedar. sy tidak tahu lagi nk brtanya dgn sesiapa. sy dah brtanya dgn ustaz tetapi ustaz xdpt mnjawab soalan saya. saya takut sangat dengan mimpi. tolong la ustaz.

    • Dean March 22, 2011, 4:07 am

      mimpi di siang hari semuanya palsu

    • hamba allah February 11, 2012, 10:51 am

      Salam..mimpi yg anda alami adalah satu pringatan kpd diri anda.dn stiap org mati yg anda temui dlm mimpi anda,ia memohon agar anda mndoaknnya.nsht sy smoga anda terus bramal dn brlaku baik kpd smua makhluk.smoga anda dipanjangkn umur dn dirahmati allah.org yg takut mati adalah org yg cintakn dunia.

    • zuliani May 27, 2012, 10:01 am

      allah selalu membuka jalan kpd org2 mati utk mendatangi awak melalui mimpi, meminta doa kpd awak, tp kena ingat, kurniaan allah ini akan kekal bersama awak sehingga allah memadamkannya semula. tidak ada ustaz dpt mengubati awak kerana allah yg mengurnia, ustaz tidak berkuasa menghalang. bersabarlah dgn kurniaan allah, bercakap ttg roh, kita manusia tidak diberikan ilmu tentangnya oleh allah, kecuali sedikit sahaja, dan wp ustaz itu dipandang hebat, mrk tetap tidak mampu menguasai ilmu roh kerana hak allah tetap menjadi hak allah. semoga ustaz2 di luar sana mengupas dgn betul dan terus terang, telus dan jujur kerana mrk ada pengalaman ttg roh, barangkali juga ustaz takut umat islam semakin sesat. yg pasti, roh bukan jin, syaitan atau yg bersekutu dgnnya..wallahua’lam

      • JULIA December 13, 2012, 10:51 am

        SAYA SANGAT2 SETUJU! SELAMA NI SUSAH SAYA NAK TERANGKAN BETAPA KITA SEBAGAI MANUSIA WALAUPUN BERGELAR USTAZ SEKALIPUN TIDAK AKAN MAMPU MERUNGKAI KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN! SAYA YAKIN ARWAH SUAMI BENAR2 KEMBALI KETIKA ITU… DIA CUMA CIUM DAHI SAYA DAN BERPESAN UNTUK MENJAGA DIRI SAYA BAIK2 DAN JANGAN TERLALU RISAUKAN DIA DISANA… DIA CAKAP SEMUANYA BAIK2 DAN SAYA JANGAN TERLALU ASYIK MEMIKIRKAN DIA DISANA SEHINGGA MENDATANGKAN MUDARAT PADA SAYA…. SAYA TAHU ALLAH MAHA MENGETAHUI BETAPA KASIH DAN RINDU SAYA PADA ARWAH… SEBAB SETIAP KALI LEPAS SOLAT SAYA BERDOA UNTUK BERJUMPA SUAMI SEKALI JE UNTUK KALI TERAKHIR DAN ALHAMDULILLAH ALLAH PERKENANKAN! SELEPAS KEJADIAN SAYA DAH TAK ADA TERIMA SEBARANG KEJADIAN2 PELIK YANG SEOLAH2 DIA ADA DISISI… SAYA BETUL2 RINDU DIA… TAK AKAN MAMPU MELUPAKANNYA! I LOVE U ABANG… AL-FATIHAH

    • Aisyah July 7, 2012, 5:45 pm

      perihal jiran datang dalam mimpi dan ajak mengikutinya; mengikut beberapa pengalaman saya, jika kita bersetuju utk mengikutinya, maka kita bakal mengikutinya (bakal meninggal dunia). tetapi dalam mimpi saudara, anaknya menghalang saudara dari mengikutinya, bermakna tidaklah saudara mengikutinya (tidak meninggal dunia; belum ajal, dan hanya sbg peringatan kpd kita yg masih hidup). namun itu semua hanyalah asbab, utk kita meninggal dunia. yg hidup pasti akan mati. Allahua’lam.

      pernah terjadi kpd saudara saya, dia bermimpi, ibunya yg telah meninggal dunia mengajaknya utk mengikutinya, dan dia menurut. keesokannya, dia menceritakan mimpinya itu kpd suaminya, dan beberapa jam kemudian, ketika sedang menyusukan anaknya, dia terbaring dgn tiba2, dan dilihat telah meninggal dunia.

      ini adalah antara pengalaman saya, terjadi di sekeliling saya. mungkin ada khilafnya. maaf andai salah. apa2 pun, mati itu tidak diketahui masanya, dan kita perlu sentiasa bersedia. Allahua’lam.

      • Nizam August 31, 2013, 12:18 pm

        Stuju. Pernah terjadi di kampung saya.
        Seorang ustazah ingin berkahwin lagi selepas suaminya yang pertama meninggal dunia beberapa tahun dulu. Selepas berhajat untuk berkahwin dgn pilihannya, ustazah ini bemimpi suaminya yang meninggal dulu itu berkata “tidak perlulah berkahwin lagi. Tempat mu sudah aku sediakan di sisiku.” Keesokanya apabila dia bangun tidur, dia bercerita kepada nenek saya bahwa dia mimpi arwah dan arwah tidak membernarkan dia berkahwin lagi. Selang 2,3 hari selpas itu, ustazah itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ustazah ini pernah mengajar saya dahulu. Dia memang warak dan semua anak lelakinya adalah pendakwah islam.

    • siti July 7, 2012, 8:09 pm

      salam….kalau tfsir mimpi ni….ibnu sirin adlh pntfsir yg hebat …..dn ia antra 4o sift kenabian..ada 3 jnis…1)…yang benar (mstilh ablm tidur dia ada mlkkan slt snt,ibadah2 yg lain,mmbca ayt kursi sblm tidur,dn mgdp kiblt dn mimpi tu mstilh sblm subuh)…2)…mimpi terbawa2(kita sllu teringt)…3)…mimpi dr syaitan….dn apa yg saya dh liht dri tfsiran beliau…jika bermimpi mgikut org yg sdh mti ke suatu tmpt….ia blh jdi perkre buruk atau baik…kalau org yg dh mti tu sms hidupnya adlh org yg baik..maka akn memperoleh kebaikan drnya…kalau die jht….mknya sbliknya….utk lbh lnjut…crilah tfsiran ibnu sirin mngenai mmpi anda….sekian…wallahua’lam…

  • rozita March 24, 2011, 6:07 am

    sekarang ni banyak sangat citer hantu kat Malaysia ni, entah apa2 lah dia orang buat cerita yang boleh merosakkan akidah ummat islam ni.
    mempercayai benda tahyul dan bomoh2.

  • Norizwan April 22, 2011, 3:11 pm

    pernah dengar gak persoalan gini…ramai orang kata hantu raya nye kerja huhu….

  • villa April 24, 2011, 3:29 am

    cerita mcm ni byk tgk dlm tv. apa2pun.. bg org Islam, penyelesaian paling bijak ialah berubat lah dgn cara Islam. Insyallah.. Ada gak org yg try berubat dgn cara lain tp nanti bila tmbh teruk.. haaa.. sapa suruhhh…

  • Harun Yaacop May 2, 2011, 9:44 pm

    Ini sah suaminya dulu ada saka atau hantu raya, namun sila lah rujuk secara bersemuka dengan Ustaz yang arif dengan cara perubatan Islam ataupun Alshifa. InsyaAllah setiap penyakit ada ubat nya kecuali mati. Wallah waallam

  • suraya May 21, 2011, 8:47 pm

    Saya ketika tidur selalu didatangi makhluk yg berwarna hitam..pernah beberapa kali makhluk ini menindih saya…dalam keadaan sedar saye membaca Ayatul Kursi..tetapi makhluk ini tidak mahu melepaskan saye..hal ini membuatkan saye musykil..apakah sebenarnya makhluk ini??dan hal ini telah berlarutan sehinggalah sekarang..

    • RIZAL August 31, 2013, 8:27 am

      kawan saya selalu kena dan nampak makhluk tindih itu.. saya kena 2 kali.. yg pertama saya tak perasan dan sangka saya terlalu letih lalu sambung tidur.. kali kedua, di hari yang lain, baru saya terpikir saya kena tindih walaupun tidak nampak makhluk itu.. kemudian saya cuba membaca ayat kursi dan ayat2 lain di dalam hati tetapi tetap ditindih.. saya merasa amat marah dan cuba untuk bergerak dan mecekiknya tetapi tidak mampu bergerak.. akhirnya saya beralah dan mengucapkan “allah hu akhbar..” didalam hati.. serta merta makhluk itu hilang dan saya dapat bergerak..

  • nora mutalib May 26, 2011, 12:23 pm

    assalamualaikum ustaz… saya baru kehilangan suami tercinta pada 5 mei 2011… saya sangat bersedih dan terasa sangat akan kehilangan arwah… arwah suami saya meninggal malam dan siangnya saya masih sempat bercakap dengan arwah melalui telefon dan sms sejam lebih sebelum arwah suami meninggal dunia… arwah suami sebelum ini adalah duda dan telah mempunyai anak seramai 7 orang dan seorang dari hasil perkahwinan kami.. sekarang saya yang memelihara kelapan-lapan anak.. saya nak bertanya dengan ustaz bolekah saya berjumpa dengan roh arwah suami di dalam mimpi. benar kah setiap malam jumaat roh-roh akan datang keruma untuk menunggu bacaan yasin dari anak-anak dan isteri?

    • Azz June 20, 2011, 6:16 pm

      Baca ni.. :

      “Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. ”

      Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara,……………………………………………….. maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

      Kesimpulan drpd artikel di atas, roh simati tidak mungkin dan tidak akan kembali ke dunia.

    • hamba allah February 11, 2012, 11:10 am

      Salam..ingin saya jelaskn disini.kita sbagai manusia kna faham maksud hadis atau firman Allah.kita tdk boleh brkata dgn sesuka hati dn mngikut hukum akal tanpa mempelajari sesuatu ilmu dgn lebih dalam dn luas.utk pngetahuan semua apabila meninggal seseorg ank adam.maka terpisahlah roh drpd jasad.yg dikebumikn adalh jasad dn roh telah kembali kpd Allah.maka Allah la yg berhak membicarakn tentang roh.apa yg saya blajar apabila tiba malam jumaat Allah akn membebaskn roh2 utk kembali kpd ahli kluarga supaya mlihat dn mengambil doa2 dr anak dn isteri yg mndoaknnya.jika tiada roh tadi akn pulang dlm keadaan yg hampa dn tgnnya diletakkn diatas kpala.wallahu a’lam..

      • hambaNya July 7, 2012, 5:48 pm

        betul.

      • Hamba Allah 2 August 28, 2012, 5:38 pm

        Saya juga setuju.

      • JULIA December 13, 2012, 11:22 am

        Sangat setuju! Semua di alam semesta ini HAK Allah…..

        ” Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan”.

        percayalah wahai saudara2ku… tiada siapa yang masih hidup dimuka bumi ini dapat mengetahui Rahsia Alam Roh! Wallahualam…

      • mois55 December 14, 2013, 10:34 pm

        adakah yang mengajar anda itu memberi nas alquran atau hadis,kalau tidak anda tidak boleh menerimanya

  • Achn June 30, 2011, 9:57 am

    Sebelum Tidor Malam Mesti solat Isya..Dalam Solat tu Lepas baca Al- Fatihah, baca Surah Al-Falaq & Rakaat Seterusnya Lepas Al-Fatihah An-Nas.
    Lepas Solat Tu Rajin2 la Doa..Senjata Org Mukmin tu..Sekian..

  • aishah July 30, 2011, 2:58 pm

    as’kum…sya disini ingin menanyakan soal hrtanah.begini,datuk sya memiliki bbrpa hektar tanah.masalahnya ada seseorang yg telah membina rumah di atas tanah trsebut dan tidak mahu berpindah dari situ walaupun telah dinyatakan,saya telah memberitahu ttapi dia tetap berkeras tidak mahu berpindah dari situ..sya tidak mahulah melakukan kekerasan..jadi saya ingin minta tolonglah pada ustaz adakah doa untuk membuatkan dia berpindah dari situ?terima kasih

    • hamba allah February 11, 2012, 9:07 am

      Salam..jgn la kita mrebut harta dunia yg smentara.kita hdp didunia ini pn hanya menumpang sementara menuju ke alam akhirat yg kekal buat slama lamanya.

  • julie November 17, 2011, 7:58 am

    Masa kecil sy selalu ditindih oleh sesuatu tp sekarang tidak lg kerana selalu mengamalkan ayat 4 kul, bismillah 21 kali, ayat kursi dan al fatihah…tetapi setahun kebelakangan nia sy seperti bermimpi didatangi oleh suami tetapi bila hampir bersama sy rasa dia bkn suami sy…sy terus terbangun tido….adakah yg hadir itu jin?

    • hamba allah February 11, 2012, 9:19 am

      Salam..yg menindih anda adalah jin.jin tersebut telah menghuni ditapak rumah anda,sebelum anda menduduki rumah tersebut.jin ini menindih anda kerna dia terlalu marah sebab anda telah menceroboh tempatnya.wallahu a’lam..

  • robiah December 18, 2011, 10:48 am

    yang sabar mintalah kepada alloh untuk tetap diberi kekuatan menghadapi emua cobaan ini kemungkinan bila alloh berkehendak anda pasti dipertemukan dengan suami dalam mimpi

  • Shah February 19, 2012, 1:41 pm

    Saya MIMPI saya menziarahi kubur arwah nenek saya. Waktu itu petang. Lepas tu saya ingin pergi ke kubur seteresnya dan semasa jalan, hari semangkin gelap dan tiba-tiba semua di kubur itu bangkit dari kubur. Apa tandanya?

  • hanisah March 10, 2012, 10:20 pm

    sebelum arwah ayah meninggal,dia pernah menyatakan hasrat utk mengakikahkan abg saya…ttp hasratnya tidak kesampaian apabila arwah meninggal sebelum sempat menunaikannya…

    ibu saya mengatakan bahawa arwah ada ‘melawat’ selepas ibu solat(beberapa minggu slepas kematiannya)…mereka berbual spt arwah masih hidup…arwah siap berpesan supaya ibu tabah dan dpt menjaga kami adik beradik dgn baik…

    ibu menunaikan hasrat arwah dgn membuat kenduri akikah abg di kampung…dan sejak itu,ibu mengatakan arwah tidak pernah muncul lg…

    ada sesiapa boleh terangkan keadaan itu?

    • Muslimah March 31, 2012, 7:32 pm

      assalamualaikum.
      untuk menerangkan keadaan yang berlaku kepada ibu Hanisah, saya rasa tidak mampu. cuma, arwah masih ada hajat baik yang tidak kesampaian. mungkin ibu Hanisah bertemunya di dalam mimpi, maksud saya dalam kedaan separuh sedar. bukanlah saya menyatakan ianya adalah benar, tetapi kita mungkin akan termimpi2kan seseorang kerana kita terlalu rindu. alhamdulillah saudara Hanisah, amanat dan hasrat arwah ayah tertunai juga akhirnya. bersyukurlah…..

    • JULIA December 13, 2012, 11:33 am

      saya juga mengalami apa yang ibu awak alami… seorang ustaz ada becakap, beruntunglah kamu di beri peluang untuk berjumpa dengan suami kamu sekali lagi… apa yang terjadi itu betul bukan gangguan jin. Percayalah! setiap yang berlaku adalah rahsia Allah, kita tak mampu untuk merungkainya. Syukur pada-Mu Ya Allah diatas kesempatan itu… lepas kejadian itu arwah dah tak muncul dan saya dah tak dapat merasakan kehadirannya dah. Teringin nak jumpa dia lagi…….

  • Muslimah March 31, 2012, 7:28 pm

    Assalamualaikum…
    penjelasan Ustaz Dato Dr Haron Din adalah lengkap. saya percaya kerana itu jugalah yang saya belajar. selain itu, jika manusia ini ada memelihara belaan dan sebagainya, belaan tersebut juga akan melaksanakan tugas tuannya seperti biasa walaupun sesudah ketiadaan arwah. Wallahu’alam.

  • mohamad firdaus April 1, 2012, 1:06 pm

    assalamualaikum .saya ini cume manusia kerdil yang tidak tahu ap2..cume mahu tanya kpd orang yang lbh mengetahui ..dikatekan alam barzakh itu ditutup rapat,n terdapat dinding diantaranya ..persoalanya terdapat ramai orang yg semasa pergi ke tanah suci makkah ,ternampak tok guru tok guru ,ustaz2,n ulamak2 yg sudah lame meninggal dunia turut sama beribadah …siapakah dia ?jin /iblis/syaitan/manusia /roh.??..harap blh dikongsi bersama..pandangan anda amat diperlukan ….wallahualam…(sesungguhnya orang soleh yg sudah mati , mati dcc manusia ttp tidak dcc allahswt ,,,dn mereka sentiasa berzikir n mendpt rezeki dariku ..kata allah swt)mohon maaf kalau ad silap ….

  • AyahVariz July 7, 2012, 4:19 pm

    Didalam salah satu surat Al Qur’an sudah jelas disebutkan Allah berfirman : “Hai Nabi, bila ada dari umatmu bertanya tentang roh, maka jawablah bahwanya roh itu urusan Ku”
    Disini sudah jelas sekali bahwa Nabi sekalipun tidak diberi pengetahuan tentang roh, apalagi manusia biasa. Bila ada orang meninggal dengan cara yg tidak wajar seperti kecelakaan, dibunuh, bunuh diri, kita harus yakin bahwa tidak ada istilah ‘Roh Gentayangan’, yang ada adalah tipu daya Jin / Syaitan untuk melemahkan iman kita. Semoga bermanfaat.

  • Bujang Redzuan Mohd July 7, 2012, 4:57 pm

    Berdasarkan keterangan YBhg Dato, bila sesorang itu meninggal dunia, maka rohnya kembali ke alam barzakh, tidak mungkin akan bersama kita lg. Tetapi dlm pd masa yg sama, kita slalu diperingatkan bhw berlembutlah dgn mayat si mati kerana si mati merasa sakit yg amat sgt. Adakah bermaksud ruh si mati yg sakit atau jasad si mati yg merasa sakit? Jika ruh si mati yg berasa sakit, adakah bermakna ruhnya masih berada di sekeliling? Bagaimana kesannya dgn org yg menderma organ?

  • aziman bin abdul majid July 8, 2012, 11:21 pm

    urat merih dan urat halkum apabila disembelih mengikut cara orang islam sebelum itu membaca basmillah memberi air dahulu sebelum sembelih (1)merdeka (2)akil baligh(3)waras-adalah orang yang berfikir warak boleh bersembahyang apabila berkahwin memberi makan siisteri makanan yang halal mengunakan badan isteri apabila lahir zuriat itu adalah nafkah sisuami apabila si suami duduk dirumah isteri kekerja adalah tidak wajar mengunakan duit dari isteri-tidakwaras tidak berfikiran khayal ikut kawan tidak warak tidak boleh berkahwin hilang ingatan fizikal sudah rosak-meminum arak bagi islam adalah haram kerana campuran alkohol
    (1)urat merih dan halkum(2)islamwaras tidak waras(3)melahirkan zuriat(4)arak campuran anggur dan alkohol(5)nafkah suami dan isteri (6)jawapan islam menghalalkan sisuami dan isteri duduk sesam berbincang atau makan bersama lebih afdal masalah rumah tangga mereka ucapan saya selamat tinggal sesiapa dalam bulan ini sudah berumah tangga atu hendak malam pertamafikir dahulu berbincang badan perempuan bukan boleh main-main nanti anda yang pening

  • Abu dzaki mubarak Rumakat August 5, 2012, 5:52 pm

    aduuuhhhh ana tdk paham sebagian bahasa MELAYU…….

  • harisson August 25, 2012, 4:05 pm

    masyarakat tlh terlalu sangat dimomokkan dengan cerita2 tahyul daripada filem dan media sehingga menjadi asam garam dlm kehidupan dan kepercayaan yang kuat tentang segala hantu, jembalang serta segala macam yang memesongkan akidah manusia. ini menjadikan kenyataan yang berlandaskan al-Quran tenggelam begitu saja. salah satu cara untuk membangunkan minda masyarakat yang positif, kerajaan mesti membendung dan mengharamkan pembikinan filem berunsurkan cerita2 tahyul, seram dan kurafat dengan menggantikan dengan cerita2 yang boleh menjana minda kepada masyarakat penyayang, patriotik, maju, berdidiplin, kreatif atau apa2 saja hasrat kerajaan bagi membentuk masyarakat yang lebih maju dan bertamadun dan berilmu.

  • Wrgaklia November 22, 2012, 9:18 am

    meme sah hantu raya atau pon saka….baik gi jupa ustaz@tok guru yg mahir bab ni.Parak lah demo…tido skali dgnnya!!!kta tak sedar sbb kta tak napak….

  • Mohd Shubhi August 30, 2013, 9:30 pm

    Selalu dengar cerita macam ini dari orang kampung, tetapi suami yang dah meninggal itu biasanya dikatakan bela hantu raya!
    Mohd Shubhi recently posted..Pasal nombor lagi

  • Zulhilmi Zainudin August 31, 2013, 1:26 am

    Jadi, sudah terjawab di sini bahawa kisah ‘roh’ kembali semula adalah tidak benar. Mereka yang telah pergi, tetap akan pergi.
    Zulhilmi Zainudin recently posted..Apa Itu Google Authorship & Apa Kebaikannya Kepada Blog Anda?

  • jannah August 31, 2013, 7:56 am

    sudah terang lagi bersuluh…yang mati pasti tidak kembali..

  • bagaimana September 3, 2013, 12:32 pm

    hanya Allah yg lebih mengetahui…
    bagaimana recently posted..Udang Goreng Kunyit Simple Bersama Kentang

  • Abdul Rahman September 24, 2013, 7:11 am

    Soalan saya Semasa israq miqraj Rasul SAW
    1. telah bertemu nabi-nabi yang awal. Adakah Rasul SAW bermimpi atau berjumpa secara fizikal?

    2. telah nampak apa yang terjadi di Syurga dan neraka, Adakah syurga dan neraka dihuni sekarang ini?

    Allahu Alim.

  • iza November 15, 2013, 10:50 pm

    Salam. Saya baru kematian suami tercinta dan di sepanjang jodoh kami selama 10 tahun, kami tidak dikurniakan cahayamata. Soalan saya:-
    a) adakah doa saya dan amalan yang saya hajatkan untuk arwah sampai sebagaimana doa2 anak yang soleh;
    b) jika sekiranya saya meninggal dunia adakah saya boleh bertemu semula dengan beliau di alam barzakh dan adakah beliau ingat kpd saya.
    terima kasih tuan…

  • sohoque November 24, 2013, 1:25 pm

    Jawaban yg blh mmberi pencerahan kpd semua.
    sohoque recently posted..Pameran Kerjaya Fokus Sektor (Sector Focus Career Fair) Anjuran UiTM Dan TalentCorp

  • Indrawan Sugiarto December 14, 2013, 2:57 pm

    betulkah kisah diatas?
    Indrawan Sugiarto recently posted..Kesaksian Para Penganut Demokrasi

  • ZURAIDI March 11, 2015, 12:50 pm

    Assalamualaikum, ini dari pengalaman/masalah yg saya hadapi..saya diganggu dengan bisikan secara nyata..kononnya qareen, siang dan malam dgn cerita2,fitnah,hinaan juga sihir2..seperti ia melekat dihati..ia mengikut kemana2..berbagai watak nyata..ibu,saudara,sahabat,guru juga saya x pernah tahu…bila tidur ia hadir dlm bentuk mimpi tentang apa saja..baik hinaan, brgaduh maupun memalukan…katanya saya kena ada guru…apa pandangan ustaz..minta pencerahan sedikit dah 5thn..merata pergi demi pencerahan…

  • ZURAIDI March 11, 2015, 1:00 pm

    Assalamualaikum..maaf Ini berkaitan permasalahan saya sendiri..Selama 5thn ini saya seperti diburu makluk ini mgkin qareen..datang berbisik2 secara nyata,terang..fitnah,hinaan,makian,ugutan,pujukan.Katanya sebab saya tiada guru,bila tidur jantung saya seperti discan, kaki berdenyut seperti ada benda masuk..ia datang ikut suka mereka..siang malam..ganggu kehidupan,amalan..macam dikepung..telah byk tempat saya ikhtiaq trmasuk darul shifa serta guru2 tertentu demi pencerahan…Apa pendapat ustaz..? Apa pandangan islam dalam permainan makhluk seperti ini? Boleh kah saya terima serta ikut kata2 mereka?..Mohon pencerahan…

  • Ariffin December 3, 2015, 10:54 am

    Wassalam. Saya rasa simpati dengan masalah saudara. Walau pun sudah banyak tempat saudara pergi merawat tetapi masih juga gagal, ini tidak bermakna tidak ada jalan penyelesaian nya. Saya adalah seorang perawat Islam dan pernah merawat seorang penuntut Malaysia di Australia yang terkena gangguan sihir pendarahan selama 2 tahun. Pernah pergi merawat beberapa tempat tetapi gagal. Alhamdulillah jin Ifrit beserta lebih 100 pengikutnya dapat dikeluarkan. Jika perlu khidmat saya boleh emel
    md.ariffin_darus@yahoo.com.my

Leave a Comment

CommentLuv badge