Tazkirah

Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?

Mimpi adalah permainan tidur. Kebanyakan mimpi berlaku hasil daripada khayalan, imaginasi manusia tentang sesuatu hal dan gambaran yang amat diingini atau ditakutinya. Mimpi juga biasanya mainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia melalui mimpi. Sesuatu yang berlaku dalam mimpi itu jarang sekali menggambarkan yang sah ataupun yang sebenar.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Tidak tinggal daripada nubuwwah (kenabian) melainkan mimpi-mimpi yang benar (al-Ru’ya al-Sadiqah).”

Mimpi-mimpi yang benar ini amat jarang berlaku. Kadangkala dilihat sebagai benar, namun apabila diteliti ia tidak benar sama sekali. Mimpi manusia biasa tidak serupa dengan mimpi Anbia dan al-Mursalin. Mimpi para Anbia dan al-Mursalin adalah benar sedangkan mimpi manusia biasa lebih banyak terdedah kepada pelbagai penipuan Iblis.

Persoalannya :
Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?

Secara umumnya Islam meletakkan saluran yang tertentu untuk menyebarkan ilmu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 43, maksudnya:

“Kami tidak mengutus Rasul sebelummu wahai Muhammad, melainkan daripada kalangan orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

Istilah yang digunakan dalam ayat ini adalah ahl al-Dhikr, iaitu orang yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Siapa lagi kalau bukan ulama yang muktabar. Salah satu tuntutan syarak ialah kita mengambil ilmu daripada ulama yang muktabar.

Dalam konteks ini, sudah ramai ulama dalam masyarakat yang boleh membantu anda melakukan ibadah. Jika anda memerlukan kepada orang yang boleh mendampingi dan menunjuk ajar ilmu perubatan sama ada perubatan alopati atau berasaskan doa dan ayat-ayat al-Quran, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Jangan mengambil ilmu daripada mimpi yang anda sendiri tidak pasti siapakah yang ditemui dalam mimpi itu.

Oleh yang demikian, ada dua kemungkinan sama ada arahan di dalam mimpi itu benar daripada orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT atau berkemungkinan hanya lakonan Iblis. Anda dinasihatkan jangan mengambil risiko kerana mentaati mimpi amat terdedah kepada risiko yang begitu besar, iaitu melakukan ibadah bukan kerana Allah SWT tetapi kerana syaitan.

Wallahu a’lam.

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din“.

43 Comments

  1. tq dato tuan guru. Ilmu itu penyuluh hdup

  2. Sungguh syetan adalah musuh yg nyata

    1. mimpi terbahagi pd 3 (menurut kitab sahih muslim):

      1. mimpi dari Allah
      2. mimpi dar sebab angan2
      3. mimpi dari syaitan

      1. cmne nk bezakan ketiga2 mpi ni? dr sebab angan2 maybe senang nk tau..

        1. ya..betul.Macam mana nk tau perbezaan,sbb kekadang mimpi tu x bersangkut paut dengan angan2 tapi sangat simbolik kepada kehidupan harian biasa.

      2. bagaimana hendak membezakan antara 3 jenis mimpi ini?

      3. ignorance citizen

        assalamualaikum,
        camana nak membezakan antara
        1-mimpi dari AALAH
        2-mimpi dari angan angan dan
        3-mimpi dari syaitan laknattullah

      4. -mimpi yang datang dari jin(syaitan) biasanya mimpi menakutkan/binatang2 berbahaya, bermimpi di tempat yang gelap/kotor dan mimpi2 yang membuatkan kita rasa resah gelisah dan tidak bersemangat ketika bangunnya~
        -mimpi dari angan2 biasa la, kisah kehidupan kita bercampur logik dan fantasi terhasil daripada perkara2 yang bermain2 di fikiran kita sepanjang hari~
        -mimpi dari Allah ? jarang berlaku tetapi ia mudah difahami oleh orang yang bermimpi tersebut~

      5. 1)mimpi tiba2 saya di mekah, semasa orang ramai sedang tawaf sy seolah-olah diberi ruang tok melihat kaabah dgn jarak dekat. semasa sy diberi peluang untuk berada dekat dgn kaabah, tiba2 perasaan sayu sgt2 dan terus sy sebut, kalimah allah, subahana allah, allahhuakhbar. lepas terjaga dari tidur, terdengar kari mengaji nk masuk subuh.
        2)mimpi berada di tanah yang lapang bersama dgn puluhan ribu manusia, ketika itu bumi ni gelap (tapi wajah orang ramai blh di lihat). suasana ketika itu kelam kabut tak tahu kenapa. tiba2 dari langit kelihatan langit seolah-olah terbuka(sikit je) berwarna jingga. bila orang ramai melihat keadaan tersebut menjadi hiru biru, dgn keadan macam tu seorang yg berjubah berada di sebelah saya mengatakan bahwa hari kiamat dah tiba, dengan itu dia mengangkat tanggan berdoa, semua yg berada di situ termasuk sy jg mengikuti nya apa yg dia sebut kan.(berdoa)( sebelum subuh sy bermimpi)

  3. Muhammad Nur Insani

    Saya nk tanya Ustaz! Satu soalan yg bermain di fikiran saya selama ini.Apa beza antara “MIMPI” dan “PERKHABARAN”(dari Malaikat atau Wali2 Allah s.w.t.???)

    1. Mimpi tidak boleh dijadikan hujjah. Kecuali para nabi…

  4. alhamdulillah

  5. kdg2 mimpi ni xleh nak ikut sgt… kita bukan mimpi mcm nabi

  6. kalo kat kg ramai yg ckp dia jadi bomoh/bidan/sewaktu dgnnya lps dpt mmpi. means that dpt ilmu dr mimpi… ad org alim yg dtg ajarkan.. ad pulak yg dpt dr arwah atuk yg dulunya mmg seorang bomoh terkenal. cmne tu? konfius2..

  7. assallamualaikum ustaz.
    baru2 ni saya ada bermimpi mimpi yg seakan saya dapat rasakan disaat ini dan terasa macam ianya realiti.
    saya di datangi seorang lelaki yang saya tak pasti samaada saya kenal atau tidak. Lelaki itu datang ber jumpa saya dan suami dan berkata
    anak yang saya kandung ini akan me njadi haknya sekiranya suami saya tidak menjelaskan hutangnya pada lelakit tersebut. Kerana menurutnya zuriat yang kami akan dapat ini adalah kerana berhutang kepadanya.
    Sekiranya kami inginkan zuriat ini, maka jelaskan hutang itu.

    Kemudian lelaki itu memijak saya dalam keaadaan saya tertiarap perut saya kebawah (dalam keadaan saya mengandung sekarang 7 bulan lebih) dan saya terasa sakit sambil berkata sakit sakit sakit sehingga saya terjaga apabila suami mengejutkan.

    1. Tanpa panduan al-Quran dan Sunnah, akal manusia tak dapat bezakan antara yang nyata dan khayalan/mimpi.

    2. tdo x cuci kaki ni

  8. Saya bermimpi diperjelaskan dapat melihat segala bintang dan bulan dengan jelas dengan pandangan mata kasar sahaja dari bumi.

    Apakah maksud dari tafsir mimpi ini.

    1. maknanya anda ada mata yg boleh melihat keindahan bulan dan bintang.

    2. kalau mimpi bulan bintang bukan lah mimpi dari syaitan kerna syaitan tidak dapt meyerupai bulan ,matahari para rasul

  9. assalammualaikun ustaz.
    saya ingin bertanya 2 soalan? adik saya dikatakan terkena santau angin/sihir apakah amalan yang patut dipatuhi atau apakah ubat yang mujarab baginya.nama nya norafeza bt mustafa.

    2. bahayakah penyakit ini jika tidak diubati segera?

    1. Salam.
      Utk menjawab persoalan sdri, pertama : siapa yang katakan adik sdri terkena santau angin atau sihir? Untuk memastikan adakah betuladik saudari terkena santau/sihir, beliau perlu dirukyahkan dahulu. Rukyah bermaksud membacakan ayat2 alquran yang tertentu bagi mengesan seterusnya mengubati apa jua sakit yang ada. sekiranya terbukti terdapat sihir atau santau, perlulah di rawat.
      kaedah rawatan sihir/santau adalah dengan ruqyah2 yg menggunakan ayat2 alquran. silalah berjumpa ustaz yg saudari kenali atau datanglah ke pusat rawatan darussyifa yang berekatan
      Kedua: Penyakit ini sekiranya benar ada perlulah dirawat segera kerana lama kelamaan ia akan semakin parah dan mengganggu kehidupan seharian
      wallahua’lam

  10. assalammualaikum ustaz….saya slalu bermmpi tentang mncari siput di laut,mmpi najis,mmpi ular,mmpi tntang suami curang…apa kah mmpi2 saya ini ustaz….?ada kah mmpi saya ini hnya mmpi biasa?

  11. salam,,,sy kerap bermimpi berlaku seolah-olah mala petaka bakal berlaku seperti tsunami, kemalangan buruk (tetapi berlaku pada tetapi suatu tempat), tahi bintang jatuh ke bumi dll. dan sy bermimpi hampir tiap2 bulan bhwa sy boleh terbang kemana2 tempat sy kehendaki. tidak ketianggalan pula mimpi ular dan anjing cuba menyerang saya tetapi memberi kesan kepada sy.

  12. kadangkala kita bermimpi orang yang telah meninggal dunia. Adakalanya orang yang telah meninggal dunia menyuruh untuk membayar hutangnya kepada sifolan. Adakah itu mimpi yang benar atau hanya lakonan syaitan?

    1. Roh akan berada dalam alam barzakh… Dia xleh meroyan masuk mimpi orang… Allahualam… Kalau nak persoalan lanjut mengenai Ruh boleh baca kitab Imam ibn Qayyim berkenaan dengan ruh.. Lupa plak tajuknya…

  13. salam, saya sering mengalami mimpi yang sama berulang kali.. di dlm mimpi itu sya melihat berlakunya kehancuran mukabumi. Manusia dlm ketakutan berlari sana sini, ada sekumpulan manusia dlm keadaan tenang berjln berpimpinan (keluarga), kilat/petir dan guruh berdentum kuat, ada suara menanggis memohon pertolongan dari langit.. dan di akhir mimpi itu ada kelibat seseorang memakai jubah menutup dari kepala hingga ke kaki dan bertongkat.. berdiri tanpa berkata apa2 dlm keadaan tenang.. apakah ini hanya mimpi mainan tidur atau sebaliknya..

  14. as salam ustaz saya nk mintak pandangan ustaz ,masa 2 hari nk berakhir nya puasa( 1432 hijrah) sya tertidur pada wakto petng tiba2 dalam mimpi sya ni ada hamba Allah dia menyuruh saya membaca satu surah dari al quran nama surah itu surah at tahrim. selepas itu sya terus terjaga.dari tidur..tolong sya ya ustaz

  15. Assalamualaikum wbt..
    saya selalu bermimpi yg saya mngubati org histeria, menghalau syaitan dan mcm2. dalam mimpi tersebut saya diajar al-fatihah, azan, ayat qursi dan yg terbaru ayat 1000 dinar… setiap kali bangun tidur saya akan rasa penat dan tercungap2..

    saya diberitahu oleh bapa angkat pakcik saya yg saya ni diikuti oleh saka keluarga ayah saya, dan org itu telah menawarkan diri utk membuang saka tersebut. katanya ada beratus2 pahlawan bugis mendayung sampan dan mengikut saya.dia mendakwa kaedah yg digunakan adalah ayat2 suci al-quran (wallahu a’lam..saya hanya mendengar dia menyebut “bismi…” dan terkumatkamit). antara kaedahnya ialah menggunakan jantung pisang yg diletakkan/ditekan pd ubun2, belakang tengkuk, jari2 kaki dan tangan dan pelipat siku. kemudian jantung pisang tersebut dibaling kedlm sungai sambil saya membaca bismillah dan selawat nabi SAW. kemudian, sy disuruh masuk kedlm sungai tersebut sambil sehelai daun keladi diletakkan diatas kepala dan sehelai lagi saya pegang dan dia arahkan supaya saya membaca A’uzubillahiminassyaitonirraji (tanpa bismillah) dan ludah pada daun keladi yg sy pegang dan menyelam sambil menanam daun tadi dalam pasir sungai itu. kemudian, dia menyiram air ca,puran bunga dan limau nipis, sambil membaca ayat2. saya disuruh membayar RM84 utk itu. beberapa hari kemudia, saya diberitahu yg kaedah itu tak menjadi dan saka masih mengikut saya dan saya disuruh bersedekah RM44 kepada anak2 yatim supaya anak2 yatim tersebut berdoa utk saya.

    persoalannya skrg, saya tak tau adakah benar saya diikuti saka dan saya takut utk bertanya pada ayah saya, takut dia kecik hati. dan skrg, keluarga emak saya memandang saya semacam, dan jika ada apa2 kejadian aneh, mereka akan kaitkan dgn saya. (utk pengetahuan ustaz, ibu bapa saya dah bercerai sejak 22 tahun lalu)… kadang2 saya amat kecewa dan sedih, sbb apa2 perkara aneh, mesti mereka akan tuding jari pd saya. sedangkan saya x merasa apa2 aneh pun…

    bantu lah saya

  16. assalamualaikum…saya hendak bertanya mengenai mimpi pelik…saya bermimpi diajar membaca ayat dari Al Quran ketika sembahyang subuh diatas sejadah emas yg bercahaya. saya mengikut bacaan yg datangnya dari suara yg tidak dikenali dan entah dari mana datangnya suara itu. saya mengikut bacaan dengan tertib ketika qunud dan sujud terakhir….ketika sujud nyawa saya ditarik dari hujung kaki hingga ke dahi…saya rasakan roh saya ditarik keluar, ketika itu jantung saya sakit dan sesak nafas…akhirnya saya melawan dan terlepas dari peristiwa tu… bantu saya utk tafsir mimpi nie…

  17. Assalamualaikum..

    Br2 ini sy ada bermimpi didatangi sepasang bayi tetapi dlm keadaan yg comot dan menangis. Kebetulan sblm ini sy pernah mengalami 2 kali keguguran. Mimpi ini tlh berulang 2 kali dan setiap kali didatangi mimpi ini sy akan menangis teresak2 hingga tersedar dr tidur & ternyata ketika itu mmg sy sdg menangis.utk pengetahuan uztaz saat ini sy sdg hamil 7 bln.Apakah ada maksud tersirat di sebalik mimpi ini?

  18. Dlm ayat Al-Quran tersebut..terang2 disuruh merujuk kpd ahli dzikir…kenapa pulak diulas sbgai ulamak…???? tak dinafikn mmg susah utk mencari ahli dzikir,,,lebih2 lagi yg mencapai taraf wali umpama mencari mutiara tulen di dasar laut…yg palsu dan tiruan mmg mudah di cari di pasaran. .wallhua’lam

  19. Salam Ustaz

    Mohom pencerahan mengenai tafsir mimpi. Saya bermimpi membaca doa berikut;-
    يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك, يا مصرف القلوب ثبت قلوبنا على طاعت

    Lantaran saya terjaga. apakah makna mimpi tersebut.

    Wassalam.

  20. Boleh Mengamalkan Ilmu Dari Mimpi | ماريا ياسمين صفية
  21. Dulu saya amik mimpi hanya sebagai mainan tidur…. sekarang saya anggap mimpi yang boleh saya ingat sebagai motivasi dlm kehidupan sebenar sejak ada yang saya mimpi benar2 terjadi….

  22. apa2 mimpi dlm keadaan berhadas besar takde makna apa2…walaupun mimpi terindah

  23. Assalamualaikum dato, di akhirat bulan Ramadan yang lepas saya bermimpi jumpa arwah kak ipar (rupa nya tak berapa jelas ) kata Nya Kepada saya amalkan “Subhanallah wabihamdih”.

  24. Saya mimpi sebanyak 3 kali berjumpa dengan seorang hamba Allah swt. raut muka yang bercahaya,janggut cantik dan rapi berwarna putih. dia mengajar saya 2 kalimah syahdah.dia bertongkat. 3 lapis baju dia pakai,warna hitam,hijau dan putih.kasut lusuh tapi bersih.dia tidak tinggi dan tidak rendah dan tidak gemuk. saya tidak boleh bercakap kata-kata dan hanya mampu menitis air mata membasahi pipi saya.dia memeluk saya sambil mengajar syahadah..

  25. Asmlkm kpd golongan arif yg pandai mentadbir mimpi yg sy tujukan soalan???
    Apakah sy mengalami mimpi dengar suatu suara dari langit yg dpt di dengari oleh semua makhluk di langit dan di bumi..suara yg bgtu Besar dan gerun itu mengucapkan ” 2 kalimah syahadah”
    Dan adakah mimpi sy ini benar@tidak???

  26. Asmlkm sy ingin ajukan soalan ini kpd ahli guru yg pandai mentadbir makna sesuatu mimpi????
    Sy ada bermimpi mendengar satu suara yg bernada seruan kpd peringatan.suara itu dtgnya dari langit yg boleh didengari oleh semua makhluk di bumi dan di langit…..sambil di datangi angin kecang dan hujan…..suara itu mengucapkan “2 kalimah syahadah”
    dan adakah mimpi sy ini boleh ditafsirkan sbg mimpi yg benar atau tidak??? >>Yg Arif Tuan Guru<<

  27. Kalau mimpi dibaling sampan. Macam mane ye?

  28. assalamualaikum….ustaz sy nk tanya,sy nie dah bnyak kali mimpi org yg sama…sy mmg kenal laki tue …dia bekas kekasih sy….dia curang ngn sy..so sy amik kptusan untk tinggal kn dia..tp skrg sy sllu mimpi kn dia…sy mmg dh xder aty lg ngn dia…sy pun xtahu nape sy masih mimpi kn dy…

  29. Mimpi melihat nabi…adalah benar…kerana syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad S.A.W

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *